Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, February 4, 2011

Politik yang hampir serupa.

Demokrasi itu penting dan kebebasan bersuara tiada agama yang menghalang. Namun batasannya tetap ada. Manusia berfikir dengan logik semata dan mengenepikan proses taa'bud itu mintalah di jauhkan.

*


Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan
itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan.

Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu , alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana - mana pemimpin yang
sedang didesak untuk mengundurkan diri.
Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan ‘ continuity ’ atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk
menjana pembangunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila
berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya.

Matlamatnya sama ; iaitu untuk terus berkuasa .

Sedutan dari http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2011/02/di-malaysia-ni-mubarak-yang-dah.html

posted from Bloggeroid

No comments: