Anda pengguna tegar internet? Twitter dan Facebook? Anda memiliki blog dan sering melayari blog-blog yang anda anggap penting dalam hidup anda? Dan posting kali ini gua akan bercerita tentang kehebatan Android. Kenapa tidak ios atau Apple? Sebabnya gua jarang explore gadget yang terlalu mahal itu.
Barangkali anda semua tahu yang kini penjualan PC seluruh dunia merudum teruk angkara penjualan Laptop dan Notebook yang semakin murah. Bahkan pakar meramalkan juga yang Laptop tidak lagi relevan untuk pengguna biasa menjelang 2016 kerana angkara tablet yang bersepah di pasaran serta semakin murah. Fungsi dan peranan smartphone juga tidak boleh di pandang enteng. Juga angkara Android dan smartphone maka Laptop yang gua miliki ini hanya di gunakan untuk editing video bagi di uploadkan ke Youtube dan mendownload ROM. ROM itu tak perlu gua ulas panjang.
Perenggan pertama tadi gua tulis kehebatan Android dan apa kena mengena dengan penggunaan seharian kita kepada komputer. Sini gua ulas…
Blog: Memang leceh untuk kita buka satu-persatu blog dan menjadi masalah kalau purata blog yang kita kunjungi melebihi 100 biji sehari. Terutamanya blog politik. Tahukah anda yang kita kini boleh menggunakan Googe Reader dan dengan Android perkara sync itu dapat kita lakukan dengan mudah. Blog yang bersepah dengan iklan boleh kita hindarkan dengan mudah, sangat ringan dan pantas dan semestinya menjimatkan masa dan yang paling penting anda tidak akan tertinggal walau satu pun artikel. Banyak apps percuma yang boleh didapati di Market Apps Android dan boleh kita muat turun untuk digunakan. Antaranya GReader dan NewsRob. Gua biasa menggunakan NewsRob sebab antaramukanya yang simple dan pantas.
Dengan aplikasi Reader ini juga boleh kita kongsikan link dengan rakan-rakan melalui Google+, Facebook, Email dan Twitter. Lebih celaka lagi jika anda muat turun aplikasi ReadItLater, artikel blog tersebut boleh diemailkan pada sesapa sahaja yang berada dalam contact list anda. Memang jahat sungguh. Hanya dengan 2 atau 3 klik sahaja tugas anda selesai.
Bagi aplikasi blogger pula gua menggunakan Bloggeroid dan BlogIt. Dengan BlogIt, anda bahkan boleh set label untuk entry anda. Terkesima tak? Manakala Bloggeroid pula kerana antaramukanya yang simple, upload gambar sekali banyak dan support multiblog maka ia adalah pilihan gua.
Yang ni adalah antaramuka NewRob dan anda boleh lihat kumpulan yang dalamnya ialah blog yang telah gua klasifikasikan kecenderungan entrynya.
Blog di bawah kumpulan politik. Yang nombor tu ialah jumlah artikel yang belum gua baca. Kalau pagi biasanya all articles tu cecah ratus-ratus.
Antara muka blog Paul Tan yang gua bukak. Simple dan tidak serabut. Full artikel so takyah sambung ke browser.
Ready to share? Long klik on article. FB boleh, tweeter boleh. Nak email artikel pun boleh, tapi kena install ReadItLater dululah.
Yang ni gua guna tulis entry hantar kat blog. Sangat simple dan pantas Bloggeroid
Juga dengan aplikasi Friendcaster ini anda boleh set Favorate Groups dan page yang anda Join dan Like. Nak padam status yang dah di post pun boleh. Friendcaster ini boleh di dapati di market secara percuma atau versi berbayar. Terpulang pada andalah untuk pilih yang mana menjadi pilihan. (gua malas nak jadi jahat)
Anda boleh save group atau page yang anda minat.
Antaramuka yang sangat cantik
Tengok sapa yang like status Ustaz Azhar Idrus.
Antara muka baru yang boleh kita tengok by Category, status update, Picture Upload, Family atau kesemuanya sekali. Berguna bila benci status orang pasal Games Facebook atau Spam Link.
Dengan Friendcaster juga anda boleh share status orang, copy dan paste status orang untuk anda sebarkan di twitter atau email… ahhhh banyak lagilah. Twitter: Ini pun sudah banyak di integrasikan dalam mana-mana smartphone yang berada di pasaran. Gua tidak menggunakan aplikasi natif Android kerana gua terjumpa aplikasi yang lebih handal dari yang standard. Hootsuite misalnya. Ia boleh di dapati secara percuma di market dan membenarkan anda set schedule bagi status anda. Set Masa untuk post status anda andainya berlambak-lambak idea datang dan mengepostnya secara pukal membuatkan orang benci dengan spam yang anda lakukan. Ini boleh bikin followers anda naik hangin. Dengan auto shorten link, plus anda boleh sekalikan update untuk akaun facebook anda dengan 1 aplikasi yang percuma, ini adalah sangat mudah berbanding dari menggunakan komputer. Sangat gila dan pantas bukan?. Sila ingat HootSuite dan anda bahagia menggunakannya.
Untuk Google+ pulak, developer Hootsuite sedang menunggu API yang mungkin akan dilepaskan oleh pihak Google. Andai ini terjadi, perghhh la jawapannya. Dan buat sekarang ini gunakan sahaja aplikasi Google+ yang disediakan oleh pihak Google yang anda boleh dapati secara percuma di Market.
Aplikasi Hootsuite yang membenarkan anda schedule status anda. Tidak kira tweeter atau Facebook
Antara muka editing
Timeline Twitter anda. Kalau anda tidak berkenan boleh sahaja gunakan UberSocial atau Twidroyd yang lebih advance. Hashtag, Trending atau liveview misalnya.
Android yang berada di pasaran kini pun sudah sangat murah. Setakat yang menggunakan 1Ghz CPU pun ada dah yang bawah 1k. Kenapa 1Ghz? Kerana ia sudah memadai bagi anda untuk mengelakkan lagging dan task anda di lakukan dengan cepat dan sempurna. Nanti gua tulis pasal editing gambar pulak ye. Pasti termenung anda di buatnya. Klik ajer kat flickr gua dan saksikan keajaibannya.. bubai
*entry ini google bayar gua RM10k.
*iOS5 atau iPhone mungkin lebih canggih barangkali…
No comments:
Post a Comment