Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, February 12, 2012

TERKINI: Malaysia usir wartawan Saudi...

Dakwaan hina Islam: M'sia usir wartawan Saudi

Wartawan muda Arab Saudi yang mencetuskan kemarahan rakyat di negaranya akibat komennya di Twitter yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW telah diusir pulang oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Menurut AFP yang memetik seorang pegawai kerajaan Malaysia yang tidak mahu identitinya didedahkan, Hamza Kashgari, yang ditahan di negara ini minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi, meninggalkan Kuala Lumpur dengan kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi menggesa Malaysia supaya tidak mengusir penulis muda itu.

Antaranya, penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa beliau tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

"Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya.

Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.

Turut menyokong saranan itu adalah aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.

Beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengusir Kashgari tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat isu tersebut.

Fadiah Nadwa Fikri, seorang jurucakap kumpulan aktivis peguam - Lawyers for Liberty - pula berkata Kashgari adalah seorang penulis blog yang mengutuk "penindasan wanita".

"Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas," katanya sambil menambah Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari.- M'kini

No comments: