Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, April 10, 2013

TERNYATALAH BAHAWA UMNO BUKAN PARTI RASUAH DENGAN PENDEDAHAN INI

 



1.Isa Samad/ Pengerusi Felda:
Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.


2.Ali Rustam/ Ketua Menteri Melaka:
Dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang. Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail .


3.Khairy Jamaluddin/ Ketua Pemuda UMNO:
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.


4.Khir Toyo/ Mantan Menteri Besar Selangor:
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.


5. Datuk Abdul Rahman Bakri/Ahli Parlimen (UMNO) Sabak Bernam:
 Didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

6. Abd Ghani Ismail/ Ketua Umno Bahagian Pandan:
Dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Begitulah kehebatan UMNO...

N'N: Apa yang kita patut harapkan drpd parti politik yang penuh dengan pemimpin rasuah? PRU-13 lakukan perubahan....Ubah sekarang selamatkan Malaysia.....UNDILAH PR.......

 

(Via Na'im Nikmat @blog)

No comments: