Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, October 20, 2013

Kerajaan berjiwa fakir, halang pelajar berjumpa Anwar di Australia


http://feedly.com/k/16jJLnB

Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mempunyai 'magnanimity' yang tinggi dan tidak mempunyai jiwa fakir. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang berjiwa besar, bukannya pemimpin yang bercakap besar atau garang. Sekarang ini zaman kemajuan dan bukan lagi zaman batu dalam mana siapa yang mempunyai otot yang paling besar dan keras merekalah yang berkuasa.

Arahan kerajaan agar pelajar-pelajar Malaysia tidak menghadiri program Adelaide Festival of Ideas yang bermula hari ini amat memalukan dan melambangkan kemiskinan  serta kefakiran jiwa pimpinan kerajaan. Ini di sebabkan kerajaan tidak mahu pelajar kita di Australia berjumpa dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang di jangka berucap malam ini.

Saya secara peribadi memprotes tindakan penguasa pelajar di Australia yang bertindak seperti tuan kepada kandang kerbau dan kambing. Mereka menganggap pelajar kita ibarat kambing yang hanya di halau untuk masuk dan keluar kandang mengikut kemahuan tuannya. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah kerana jiwa miskin dan terlalu kecil tidak mempunyai keyakinan diri yang terlalu menonjol.

Anwar ada hak untuk bertemu dan di temui oleh sesiapa termasuk pelajar dan orang awam yang lain. Ini adalah demokrasi. Pelajar merupakan gulungan yang sedang dalam latihan berfikir. "Scroll' yag mereka terima semasa konvo itu hanyalah untuk mengesahkan yang semua mata pelajaran yang mereka pelajari telah tamat di lalui dan lulus peperiksaan.

Tetapi motif utama seseorang itu menjejak dan duduk dalam kampus itu ialah untuk melatih diri untuk berfikir dan bertindak secara betul dan benar. Saya tidak tahu kenapa orang yang mengeluarkan arahan itu tidak menggunakan daya pemikiran untuk bertindak secara orang yang telah di pelajarinya di universiti dahulu. Ini amat menghairankan kepada mereka yang mempunyai sedikit daya pemikiran.

Takut jika kalau Anwar mempengaruhi pelajar? Kenapa takut? Kita mesti menghormati pemikiran pelajar yang sedang dalam latihan itu. Tidak semestinya mereka akan terpengaruh dengan Anwar kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang baik. Jika pun Anwar mampu mempengaruhi mereka apakah kesalahannya? Kenapa takut.

Saya sendiri telah mengikuti setiap langkah politik Anwar sejak zaman pelajar lagi. Saya mengikuti Anwar sejak beliau mengetuai PKPIM yang berpejabat di ITM Jalan Othman pada 1970 dahulu. Kalau hendak terpengaruh dengan beliau sayalah orang yang paling mudah untuk mempercayai Anwar kerana sudah begitu lama melihat dan mendengar kata-kata dan pemikiran beliau.

Kita mesti ingat orang yang rumahnya bersempadan dengan kawasan gereja tidak semestinya akan menganut agama kristian. begitu juga seorang kristian yang rumahnya berhampiran dengan suruan dan masjid, tidak mudah untuk menukar agamanya kepada Islam. Begitu juga bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar, tidak akan terpengaruh dengannya begitu mudah. Jika mudah terpengaruh dengan Anwar jumlah yang menghadiri ceramahnya sebelum pilihanraya dulu pun tidak dapat menumbangkan BN dalam PRU yang lalu.

Tetapi sehingga hari ini saya tidak mempunyai keyakinan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan. Itu pemikiran saya dan saya tidak marah dan akan berbuat apa-apa kepada mereka yang yakin kepada beliau. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya kekurangan keyakinan terhadap beliau dan orang lain ada sebab dan asas mereka sendiri kenapa mereka yakin terhadap Anwar. Ini demokrasi. "Let us respect each other's opinion"

 Jika ada pelajar-pelajar yang mengikuti blog saya ini di Australia, saya menyeru agar datang beramai-ramai untuk mendengar pemikiran Anwar itu jika tidak mengganggu waktu belajar dan ulang kaji pelajaran mereka. Pergi ramai-ramai dan meriahkan majlis itu. Tidak ada salahnya.

Katakan kepada pihak yang memberi ugutan biasiswa akan di tarik balik dan sebagainya itu, yang biasiswa yang anda terima itu bukan duit UMNO atau duit datuk dan nenek pemimpin UMNO. 

Duit itu adalah duit dari cukai rakyat termasuk dari ahli PAS, DAP, UMNO dan mungkin dari mereka yang bersimpati dengan Parti Komunis Malaya yang di haramkan itu. Duit itu duit orang ramai.

No comments: