Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, October 17, 2013

Muslihat Mahathir Akhirnya Terbongkar


http://feedly.com/k/19LKsDe

Apabila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. 

Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. 

Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi.

Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan 'terdesak' untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. 

Mahathir bagaikan penjenayah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini.

Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. 

Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin Abu Bakar menang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya.

Keempat orang lawan Khairy yang setengahnya seperti ditaja Mahathir kalah sehinggakan hilang wang pertaruhan. Kemenangan besar Khairy itu menandakan suara kejauhan Mahathir agak Khairy disingkirkan atau diberi petunjuk kurang sokongan dengan ada undi tentangan tidak menjadi.

Kemenangan bergaya Khairy itu dibaca dan dinilai Mahathir, ia membawa kecelakaan kepada calonnya, Mukhriz Mahathir. Lantaran itu Mahathir kena mengubah strategi termasuk memalukan dirinya sendiri. Apa dimaksudkan memalukan diri sendiri dan mengubah haluan ialah bila mana Mahathir sekonyang-konyang bersetuju dengan kenyataan Zahid Hamid yang menyarankan agar penjenayah ditembak. 

Zahid membuat kenyataan itu dalam majlis tertutup tetapi dapat dihidu oleh media massa. Kenyataan Zahid menjadi kontroversi.

Dalam kontroversi inilah Mahatir tiba-tiba tampil memberi sokongan moral kepada Zahid dengan berkata; kalau orang acu pistol ke arah awak, tembaklah... tetapi jangan pula dok pergi menembak merata. Komen Mahathir itu memberi gambaran beliau menyokong tindakan Zahid.

Mahathir terpaksa menyokong Zahid kerana dia menyedari kedudukan Zahid begitu berpengaruh. Zahid akan mendapat sokongan besar dalam pemilihan kelak. Jadi Mahathir mahu pengaruh Zahid itu mengalir kepada anaknya Mukhriz. 

Pernyataan sokongan itu juga memberi gambaran yang salah seorang naib presiden dalam konteks ini Hishamuddin Hussein, lemah dan gagal menunjukkan prestasi baik semasa dia memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri (KDN) dulu.

Maksud yang hendak disampikan Mahathir di sini ialah Hishamuddin perlu digugurkan kerana tidak menunjukkan prestasi baik sebagai seorang menteri kanan. Pujian Mahathir ke atas Zahid itu menjelaskan Hishmuddin lemah. Mahathir tentu mahukan Hishmuddin terkeluar untuk memudahkan anaknya masuk. Walaupun kalau mengikut chemistry, Mahathir tidak ngam dengan Zaid tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan dan pengaruh Zahid meluas.

Siapa telah lupa sejarah yang dilakukan Mahathir kepada Zahid sebelum ini. Zahid menjadi Ketua Pemuda pertama yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet oleh Mahathir. Zahid menjadi menteri setelah Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. 

Apakah sejarah itu dilupai Zahid dan beliau akan membantu Mukhriz memenangi kerusi naib presiden? Rasanya tidak. Bagi Zahid Mahathir tidak ada apa-apa budi kepadnaya untuk dibalas dengan memberi laluan kepada Mukhriz.

Baik Zaid, Hishamuddin hatta Najib Razak sendiri tentu akan berasa tidak seronok kalau Mukhriz berada di tangga ke tiga dalam hierarki parti sebagai salah seorang naib presiden. Mereka tidak mahu terganggu dengan kehadiran Mukhriz itu. Mahathir yang selamanya menjadi penasihat politik kepada anaknya dan menaungi kerajaan Kedah akan menggunakan Mukhriz untuk menyalurkan pandangannya. Teguran-teguran beliau kepada Umno akan disampaikan melalui Mukhriz. Keadaan inilah bakal mewujudkan suasana tidak sihat dalam Umno kelak.

Agenda Mahatir tidak akan mudah habis. Sebagai seorang yang berasa orang lain bodoh, tidak cerdik beliau tetap mahu menunjukkan yang otaknya bagus. Kerana itulah beliau akan mencari apa-apa saja lubang dan peluang untuk 'memerintah'. Jadi kalau anaknya berada di dalam Umno ia memudahkan untuk beliau terus menguasai Umno.

Justeru, pujian dan sokongan kepada Zahid berhubung cadangan agar penjenayah ditembak itu, ia bukan satu cadangan yang ikhlas melainkan ada muslihatnya. Mahathir seorang yang sebelum ini berpegang kepada prinsipnya; seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi ia tidak didapati bersalah. 

Apakah dengan penjenayah ini beliau ada pandangan lain dan telah mengubah prinsipnya. Oh tidak, pujian kepada Zahid itu tidak lain dan tidak bukan kerana ada undang di sebalik batu. Beliau mahu anaknya mendapat blessing Zahid Hamidi. Itu sahaja.

Dan Mahathir kini sudah terdesak dan sedia untuk jadi seperti seorang penjenayah menembak sesiapa saja. ~mso

No comments: