Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, May 12, 2020

Taasub vs berpikir luar dalam

Kopi pasta terbaik hari ini.

Kredit to Norman Radzuan dgn ucapan, "Make it public la bro 🤣".

*******************************************

Saya tidak berparti tapi yakin PH terbaik...

Ramai kalangan profesional atau Profesor membuat penilaian pertarungan PH dan BN pada PRU lalu adalah pertarungan antara golongan intelektual berlawan dgn golongan taklid buta ( 'org kampung'. )

Saya berbangga melihat insan yg bertungkus lumus menubuhkan Tabung Haji dan Melayu intelektual, Profesor Diraja Engku Aziz ( gambar ) dan anak beliau bekas Gabenor Bank Negara, Zety menunjukkan sokongan ketika itu. Ia membuktikan isunya bukan soal bangsa dan agama tetapi soal selamatkan negara.

Barangkali Prof Engku Aziz kecewa dia membina Tabung Haji utk membantu org Melayu tapi pemimpin Melayu yg ada sekarang merompak wang Tabung Haji utk kepentingan diri.

Saya sendiri boleh saja duduk dgn keluarga, tumpukan pada perniagaan dan biarkan org kampung ditipu begitu saja. Tapi itu bukan saya... mahu saya gigit besi mangga tu melihat pemimpin2 Melayu membodohkan org Melayu terutama di desa2. Kalau bukan kita siapa lagi yg nak bantu bangsa sendiri.

Selepas 20 tahun menyokong dan membantu dgn sumber yg ada selain penulisan... PRU yg lalu buat pertama kalinya saya turun berceramah di pentas politik selama 42 hari meninggalkan anak dan isteri. 

Niat bukan nak jadi calon atau Tok Sidang tapi nak mengubah negara ini jgn sampai kita jadi bodoh ditipu politikus usang itu. Saya lakukan sb saya sayangkan bangsa saya dan negara ini.

Selepas mereka ( PH ) menang saya memerhati dan mengkritik pula kerajaan PH. Nyata sokongan saya benar. Hampir 2 tahun tiada kes pecah amanah atau rasuah. Simpanan kerajaan bertambah tapi malangnya negara yg ingin dipulihkan hancur lebur harapan rakyat kerana kerakusan pemimpin2.

Melayu dipergunakan dgn isu yg sgt mudah... agama dan bangsa . Saya melihat mereka mem 'branding' kan 'DAP jual nyahkan Melayu' utk memainkan emosi bangsa Melayu. Selepas berjaya utk mengekalkan kekuasaan diwujudkan pula prasangka yg tidak wujud iaitu RBA. Yg ramai lebai hanya tahu menyebut tapi tidak tahu maksud dan kebenarannya.

Baru 2 bulan puluhan juta menjadi kes. Mereka terus memperbodohkan rakyat. Bila dia menjatuhkan kerajaan dahulu dia tidak pedulikan Agong tetapi apabila org lain cuba menjatuhkan mereka dia menggunakan Agong sebab dalil agama tiada. 

Hukum bertukar tukar sesuka mereka. Puluhan kata2 mereka bertukar dari haram kepada halal dan dari halal kpd haram.

Sampai bila? Wahai bangsaku Melayu jika pada diri kamu tiada rasa terkesan pemimpin mencuri duit ketahuilah samada kamu taklid buta, tidak memahami kehendak agama, kamu rasis atau kamulah Melayu yg mudah diperbodohkan.

Kalau bangsa ini rajin la sikit membaca, mahu luangkan sedikit masa duduk bicara dgn golongan intektual dan mahu menggunakan sedikit akal utk berfikir pasti mereka tidak lagi mudah dipergunakan oleh politkus itu.

No comments: