Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, July 25, 2020

Apa sebenarnya berlaku pada TH plantations?

Projek Pembodohan BN diwarisi oleh PAS!

-Isu TH Plantation anak syarikat TH dikatakan jual aset tanah mereka pada harga RM4,500/ha. 

-Yb Marzuk selaku Timb Menteri jaga Agama Islam ghairah nak pekena mantan menteri agama (Dr Mujahid) sanggup jadi pak turut mewarisi projek pembodohan zaman BN dulu kala.

-Tanah THP dari anak syarikatnya Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas dibeli tahun 2013 pada keluasan total 6513.8 ha pada harga tinggi iaitu RM264.2juta

-Apa yang Yb Marzuk (PAS) Timb Menteri Agama tak bagi tau rakyat ialah tanah dibeli masa zaman BN dulu kala sebenarnya ditipu oleh orang tengah yang gila komisen tinggi. Hektar tanah yang bole ditanam hanya sekitar 4,842ha sahaja walaupun penilaian dibuat sebelum beli tahun 2012 dicatit 5,700ha. 

- Pada tahun 2018 satu penilaian baru dibuat pada tanah yang boleh ditanam dinilai pada RM 11,425/ha

- Selain itu, projeksi tinggi dibuat bagi keluaran FFB (fresh fruit branches) mulai tahun 2014 tetapi hasil sebenar meleset jauh sejak 2014-2018 dari 569,020metrik tan projeksi hanya tercapai 181,212 metrik tan iaitu hanya 31% sepanjang 4 tahun!

-Syarikat tanggung rugi dan tidak mencapai performance dijangkakan (hasil zaman Umno jaga)

-Keputusan menjual BSV, Maju Warisanmas anak syarikat THP adalah kerana syarikat ni rugi. Nilai jualan ialah RM170juta.

-Jika dibandingkan dengan keluasan tanah total iaitu 6513.8ha maka sehektar ialah RM 26,098/ha. Kalau yang boleh tanam 4,277ha maka RM38,742/ha.

-Nampak dak pembodohan dibuat di parlimen dengan rasa tak bersalah Yb Marzuk menyebut Mujahid jual RM 4,500/ha.

-Maka gegak gempita Yb Umno dan Pas tepuk meja dan para mangsa pembodohan pun seronoklah buat poster Mujahid Lelong RM4,500/ha!

-PAS lawan Umno/BN pasai marah projek pembodohan dan Umno BN ditolak, hari ini PAS mewarisi lebih hebat dari Umno membodohkan rakyat dan pastinya ahli PAS dan Harakah!

Anti-Pembodohan

Pak Ngah Pikiaq
Kola Sarang Semut

No comments: