Madrasah As-Saidiyyah



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, July 26, 2020

Kita kritik Maza

Ada sahabat ana yang pro DrMaza marah kat ana.. Kononnya sebab ana selalu perli Tok Mufti utara tu.. 

Ni ceq nak habaq mai kat hang..! 

Hang tu belajar agama.. Tak kan hang tak boleh beza dakwah sebenar tu lagu mana.. 

Zaman Nabi dakwah ditegakkan kepada semua golongan.. Tidak kira puak mana.. Yang suka kepada Islam atau yang membenci Islam.. 

Semua sama saja.. 

Disantuni dengan baik.. Bahkan saling berhujah sehingga ada yang beriman dan ada yang memilih untuk kekal dengan menjadi seorang yang musyrik.. 

Tapi..

Ada ka kita baca sejarah Nabi marah orang bukan Islam kritik Islam..? Ada ka Sahabat Nabi duk gam lidah orang musyrik tak bagi bercakap..? 

Jadi.. 

Kalau nak banding dakwah sebenar dengan dakwah yang kita duk bawak hari ni jauh bak ang..! 

Yer la.. 

Asal ada orang kafir bercakap sikit tentang Islam terus kena cop musuh Islam.. Terus kena maki hamun.. Bukan kita nak jawab bagi elok pun.. Dah nama pun orang kapir.. Biarlah depa nak bercakap.. Selagi perkara yang depa duk pertikai tu masih boleh dihurai.. Berhujahlah dengan baik.. Itulah tugas kita.. Moga² kebenaran itu sampai.. Yang paling besar depa pun boleh terima Islam.. 

Lagu ni la.. 

Muslim yang duk ada ni pun kita jenuh duk jaga.. Macam² jenis perangai.. Ada yang duk guna Agama untuk dapat kuasa.. Macam RUU355 yang duk kecoh nak tanam kat jirat kalau sapa tak sokong tu.. Dengan mudah depa duk guna Agama.. Orang kapir pun pening macam mana agama Islam boleh nak tanam kat kubur depa sebab tolak RUU355.. 

Jadinya..

Kita pakat buat kerja kita sudah la.. Selebihnya kita serah pada Allah.. Kalau berjaya kita bersyujur.. Tak berjaya kita bersabar dan teruskan usaha.. 

Kan mudah.. 

😊😊