Thechive.com
Perkongsian spontan tanpa kredit
Tuesday, December 21, 2010
Kita Perlu Berubah Sekarang.
Kalau pun PR itu teruk dari kaca mata sesetengah orang, sekurangnya mereka itu belum benar-benar teruji. Namun di 4 buah negeri kita nampak ketelusan itu bertambah baik. Kalau itu pun kamu tidak nampak maka sudah sampai masa kamu kosongkan otak dan belajar untuk menilai dan dan berhenti menerima berita-berita dari media perdana yang ada sekarang. Kalau kamu percaya Anwar meliwat bersumber pada Wikileaks maka kamu juga perlu bersedia untuk menerima tuduhan yang lagi satu ke atas PM 1Malaysia sekarang. Bolehkah? Sekurang-kurangnya Anwar itu bangun melawan tapi PM 1Malaysia kejadah apa tengok bola bersila pun nak heboh-heboh seluruh pelusok kampung? Rendah diri? Pooorahhh….
Jikalau PR itu memerintah maka kita jangan terus bergelak ketawa siang dan malam di atas kemenangan mereka. Yang perlu kita lakukan adalah membuat perbandingan dan bersedia melakukan perubahan andaikata perangainya itu 2x5 dengan BN dengan memangkah parti KITA@AKIM di PRU14. Mudah tak? Kalau susah sila potong jari anda dan berhijrahlah ke Selatan Thailand.
Itulah demokrasi yang sebenar. Rakyat bukan jadi kuda dan lembu manakala pemimpin menjadi tuan. Rezeki mereka menjadi pemimpin berdasar undi yang mereka terima dari rakyat dan bukannya di apply dari borang SPA atau Jabatan Buruh. Mereka hanya mengurus dan bukan menelan duit yang bukan milik mak bapak mereka.
Dari politik kepartian inilah politik sosial menjadi ukuran. Memperjuangkan politik sosial sahaja tidak akan selesai masalah sampailah kiamat nanti. Memekak susu naik 30 sen Januari depan di kedai kopi atau ruangan chatting juga pastinya tidak akan berjaya kalau BN itu tidak kita bungkuskan dalam PRU yang akan datang nanti. Semuanya hanya bergantung di kertas undi. Itu sahaja pilihan yang ada selagi mana BN tidak main gay dengan mengharamkan pilihanraya. Apa nak kasihan kalau PM itu tiada kerja berbanding ratusan ribu siswazah menganggur sekarang. Banyak dah simpanan orang tua tu. Tak abis sampai anak cucu dia. Percayalah.
Sikit-sikit orang kapir paham pasal moral.
LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.
Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.
Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.
Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi
***
orang kita pulak dengan muka selenge poyo ngaku gay. tak ke bangsat bunyiknya tu?
Monday, December 20, 2010
Bangsat+bangang+sombong=hak asasi neraka.
Apa lu ingat agama ni boleh main rujuk-rujuk kat google dan wikipedia aje ke?
Dunia nak jadi apa kalau semua orang jaga tepi kain sendiri dan melenting dengan teguran?
Nak bangga apa dengan fahaman agama yang separuh-separuh tu?
Kita tutup ajelah course agama kat universiti tu kalau semua dah boleh jadi pakar rujuk ye tak? Bangsat!!
Sunday, December 19, 2010
Gua tunggu kalau-kalau UMNO nak melolong tentang Amanat Hadi..
Takdanya PAS itu lembut dan PKR itu penghancur ketuanan Melayu. AKIM pun boleh kena rogol kalau menang besar dalam pilihan raya. Kahkahkah..
Puak-puak ni dulu kurang dapat susu badan dan kasih sayang ibubapak. Terutama Zul Nordin.
Heh..
UMNO DAN APCO=TETAP ANWAR BELUM TERSUNGKUR.
Makin awal la lu bungkus!
Agak-agak lu, dalam kubur ada speaker ke nak bela lu?
Wednesday, December 15, 2010
Takda tajuk.
peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.
Kehkehkeh.. Memang best la.
Topik paling panas dulu-dulu tu UMNO dah lupa ke?
Cuma sekarang ni slow sikit sebab topic of the year ialah "ketuanan Melayu".
Lama dah gua tak dengar topik "Amanat Hadi".
Kahkahkah..
Tuesday, December 14, 2010
Apa jadah kenyataan macam ni?
menang, tiada pihak lain yang boleh
atau harus menang."
Ini satu kenyataan bahaya... apa yang
akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang?" katanya lagi.
Petikan dari MalaysianInsider.
Apa dia ingat negara ni Bapak UMNO punya ke?
Monday, December 13, 2010
Pertapaan gua baru di pertengahan perjalanan.
Bangangnya melampau-lampau la pulak. Jadi elok la gua teruskan pertapaan balik...
Wikileaks? Kahkahkah..
Sunday, December 5, 2010
Friday, December 3, 2010
Kenaikan harga minyak memang mengundang maki di hati rakyat.
Bukan di gaduh kenaikan 5 sen tu bai tapi yang gamat ialah harga barang lain akan ikut sama dan dengan kenaikan disel maka huru-hara la jadinya. Punca kenaikan adalah kerana untuk penyeragaman. Apa yang nak diseragamkan entah gua pun tak pasti cuma apa yang pasti idea untuk menaikkan harga petrol dan disel ini kerana nak seragam-seragam memang mengundang maki dan mencarut di hati rakyat jelata.
Natijahnya tunggu sahaja PR Sarawak nanti. UMNO bebal akan lihat feedback di situ dan yang ni gua amat pasti sebelum Najib mengumumkan PRU yang akan datang.
Politik yang jahanam semuanya datang dari UMNO. Nak bagi rakyat makan pasir serta ketuanan melayu sesat dan pendokong agama khurafat juga serahkan pada mereka. Takda kene-mengena dengan Anwar, DAP atau PKR.
Inilah politik busuk dan menguntungkan poket sekerat-sekerat orang dari jalan politik yang paling busuk dalam dunia. Rakyat perlu buka mata. Menukar kerajaan bukan bermakna kita semua jadi bangla.
Gua syak bangla yang naik basikal tu pun mengeluh bila minyak naik.....
Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?
Bukan nak syndrome nafi. Tapi cari pembolehubah. Apa pun, kita tetap ucap tahniah kepada UMNO dan bunyikan loceng kecemasan untuk pihak blogger rakyat.
Pembolehubah 1.
Gua main agak jer nih. Bukti takda, dan ilmu bab benda alah ni pun takda. Peningkatan blogger UMNO dan penyusutan blogger rakyat bermula dengan hampir kesemua blog rakyat diserang malmware tupperware apa ntah. Sampai Wak Banjar tukar blog.
Gua ingat ujian peluru berpandu pakar upahan UMNO dari India la. Bokepstudio apa ntah. Sampai skang ni, gua terkial-kial nak buang. Last2 jadi Melayu. Lantak la. Hahaha. Nak minta tolong uma, lu tahu la dia skang ni. Sejak mengamalkan ilmu cakar harimau ni. Payah bai.
Pembolehubah 2.
Zaman facebook. Blog atau internet adalah wadah golongan muda. Ianya melonjakkan sokongan muda terhadap BR semasa PRU12 dulu dengan blog as platform. UMNO still ketinggalan. Time tu, word blog paa UMNO ialah bahan binaan pembangunan.
Kemuncak blog ialah pasca PRU12. Macam cendawan. Dikuasai rakyat. Tukar tiub, Penarik Beca, MSK, Topeng Perak, Pink Turtle.
Lepas tu tak zaman dah blog. Lu tgk la blog Topeng. Dah macam sarang ular. Tapi lu tengok FB dia. Macam mahligai. Pembaca gua pun kebanyakan komen artikel gua yang auto aplod dalam FB. Kena kutuk pasal pakai seluar slack baju letak dalam pun dalam FB, menega T Shirt pun guna FB. Skandal Manjung Mari dengan bini orang kenamaan Pahang pun dalam FB. Kah3...
Cuma gua selesa blog sebab gua jenis taip panjang2. Taip panjang2 kat FB gua tak masuk jiwa lagi.
Pembolehubah 3.
Carta blog UMNO tu diambil ketika isu PKR panas. Mesti la semua baca sudut UMNO. Sebab sudut rakyat tak ramai yang jentik PKR. Cuba ambil time PAU plak. Pemilihan Agung UMNO.
Pembolehubah 4.
Kekerapan update. Blogger UMNO kebanyakan dibayar. Blogger rakyat plak ikut masa terluang. Kena cari nasi untuk anak isteri dulu. Tu blom bayar bil air lagi. ISA takpa.. dia update sambil bayar bil air. Advance tahap dewa dah tu bai. Tak boleh ikut kita.
Lu tengok ketika BlogPriaMalaya dalam keadaan rajin update. Rank naik menggila. La ni, ketika dia gagal untuk menjadi tahap rajin update, menjunam.
Gua tak tahu apa masalah priamalaya. Dia kata Disember nak wat penjelasan kepada kejadian dia. Ada masalah kongsi bro. Lu kena ugut ke? Kongsi sini. Tak payah goyang la. Insyaallah. Takan nak mati atas katil? Hina bai.
Pembolehubah 5.
Bantuan promosi dari media perdana. Media perdana banyak memetik blog UMNO adalah salah satu pembolehubah dalam hal ini. Lu sendiri tahu la rank blog gua bila media UMNO promosi blog gua kejap dulu.
Ada hikmah gak tu. Banyak yang selongkar tulisan2 gua yang dulu. Tak terima takper. Tapi sebenarnya gua dah implan sudut idea tu dalam memori dia. Insyaallah, berguna nanti tu. Ngeee...
Penutup.
Tahniah UMNO. Parpu Kari punyalah bangga. Siap hina lagi blog UMNO yang lain. Hahaha. Tahniah bro. Buat yang tinggalkan blog dan fokus FB, harap, janganlah perkecilkan audien blog, walau kita tahu ianya semakin luput. At least ada gak saki baki audien yang tinggal.
Wallahualam.
Orang bodoh bila buat kerja..
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
kerajaan akan menimbang kemungkinan
untuk menyeragamkan harga diesel yang
diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan
di negara ini.
***
Turunkan harga emas jadi takda orang pegi rompak kedai emas. Bodoh melantun-lantun. Pesal tak cakap petrol membahayakan nyawa aje?
Thursday, December 2, 2010
MENUNTUT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK !
Kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15sen baru-baru ini setelah menaikkan 5sen pada bulan sebelumnya, adalah satu cubaan 'test market' dari kerajaan Barisan Nasional untuk melihat respon daripada rakyat secara keseluruhannya sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia. Sekiranya tiada penentangan yang solid daripada rakyat, itu bermakna BN telah berjaya melangkah setapak lagi untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa sekiranya berlaku pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Sedar atau tidak sedar dalam tempoh lebih 50 tahun, inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menunjukkan kuasa sebenar melalui satu undi Parlimen untuk setiap seorang dengan hasilnya membina sebuah kerajaan pusat yang berorientasikan rakyat. Siapa rakyat Malaysia yang mahu peluang untuk mendirikan sebuah kerajaan pusat yang baru dilepaskan begitu sahaja?
Rakyat pasti mahukan kemerdekaan yang sebenar apabila memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, yang menjadi kerajaan pertama selepas Barisan Nasional mendominasi kekayaan negara sebayak 5 dekad lamanya. Jangan jadikan ungkapan "hanya BN sahaja boleh perintah" mendominasi pemikiran anda. Kita ada tuhan!
Kini tiba masa dan peluangnya kekayaan sebenar sebuah negara yang penuh dengan sumber alam diagihkan dengan pendekatan yang lebih mengutamakan rakyat dan mesra kebajikan, berbanding pendekatan umnoputra yang hanya membenarkan segelintir elit melayu menjadi kaya raya dengan meletakkan proksi bangsa lain malah warganegara lain merompak khazanah negara. Pakej jahanam ini termasuklah rompakkan bersenjatakan penguasaan monopoli kapitalis dari segala hasil titik keringat rakyat.
Kita wajar mengubah nasib kehidupan rakyat negara ini dengan terlebih dahulu mengubah kerajaan pusat sedia ada. Mungkin nasib kita jauh lebih baik dari nasib dengan orang lain, di mana kita telah berada di dalam zon taraf kehidupan yang selamat walaupun serba sederhana. Tetapi tidakkah anda mengenang bagaimana nasib anak bangsa kita yang lain? yang asalnya kurang bernasib baik dari mula kehidupannya?
Mungkin ada di antara mereka yang masih merempat di bumi sendiri, lantas merembat demi sesuap nasi. Bagaimana nasibnya nelayan, penoreh, petani, kerani, pekerja restoran makanan segera, pekerja konsesi tol, dan golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Apakah kita tidak ada rasa bertanggungjawab sekiranya mereka ini mengemis di bumi sendiri? Harus diingat bahawa mereka yang daif ini adalah saudara sebangsa kita sekalipun bukan saudara berbau bacang.
Jangan kata untuk menyimpan wang, jangan kata habis bulan habis gaji, malah kebanyakkan di antara mereka ini tidak cukup untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang serba sederhana di sebalik kuasa pembelian yang rendah kerana harga barangan yang kerap mendadak naik di atas manipulasi harga minyak contohnya, di atas monopoli harga barang umpamanya. Dari sini kita akan lihat betapa mereka akan bekerja lebih masa, bekerja lebih trip, bekerja lebih shif, bekerja siang dan malam, siang di pejabat malam di pasar malam. Suami dan isteri berganding tenaga untuk mendapatkan lebihan wang ringgit yang tidak seberapa demi membesarkan anak-anak dan dengan pendidikan semampu mereka. Mimpilah untuk sekolah berpendidikan percuma!!
Tanpa mereka sedari, bahawa anak-anak mereka sebenarnya punya potensi besar untuk terlibat dengan gegala sosial, berpotensi untuk memenuhi pusat serenti dan berpotensi untuk terlibat dengan jenayah juvana. Kerana apa fenomena ini berlaku? Kerana masa yang sepatutnya ibu bapa bersama keluarga telah ditukar-ganti dengan kerahan mencari pendapatan tambahan! Begitu suntuk untuk bersama anak-anak dan kerana itu juga tempoh masa paling penting untuk anak-anak mendapat perhatian dari kedua ibu bapa telah tergadai di atas kerakusan pemodal kuasa ekonomi berpaksi kapitalis. Ia memang berkaitan, jangan kata ia tidak punya kaitan!
Kehidupan seumpama ini harus diubah! Nasib sesuatu bangsa itu tidak mungkin dapat diubah melainkan ianya bermula dari diri sendiri. Tepuklah dada dan tanya pada hati, apakah hidup ini dikerah untuk memperkayakan golongan-golongan bangsawan bangsat yang semakin kaya hasil daripada keringat kita? Akhirnya kita menggadaikan keluarga demi mereka yang di atas!!
Justeru itu, sematkanlah jiwa itu untuk menyertai gerakan membebaskan negara ini dari cengkaman penggadai maruah bangsa yang kaya raya. Kalahkan golongan yang kaya-raya ini dengan kuasa yang kita ada iaitu kuasa mengundi selain dari mereka! Tafsirkanlah sendiri siapa 'mereka' yang dimaksudkan itu.
Jika setiap dari anda semua menyimpan perasaan untuk melihat kehidupan yang jauh lebih baik yang seharusnya menjadi milik kita tetapi dirompak sehabisnya demi anak cucu mereka, maka saya tegaskan bahawa saya begitu optimistik untuk melihat sebuah kerajaan pusat yang baru dalam masa terdekat (sedekat bubarnya parlimen Malaysia).
Mungkin masa depan untuk saya tidak seberapa dengan bertukarnya kerajaan ini, tetapi masa depan anak saya dan anak bangsa akan lebih terjamin daripada apa yang ada pada hari ini.
RE-FOR-MA-SI !
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
















