Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, June 7, 2012

Tolonglah Wahai Dukun Dan Tabib: PM Kita Dah Hidap Demam Panas!


Najib tak sepatutnya campurkan agama dengan politik - Md Nur Manuty

KUALA LUMPUR - “Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty.
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.

“Kita merasa hairan dengan segelintir rakyat Malaysia yang sengaja menjadikan Tanah Suci Makkah sebagai tempat meluahkan emosi di bawah telunjuk parti tertentu dengan kononnya membawa mesej berhimpun secara aman, bergambar dengan memakai baju kuning sambil memegang kain rentang ‘Bersih 3.0′ dan ditonton oleh seluruh dunia,” demikian ucapan Najib.

Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat.

“Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda.

“Umno sekarang berada dalam keadaan ‘defensive’ demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan,” kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily. - sumber
(Via MOUNTDWELLER)

No comments: