Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, June 1, 2012

Kanak-kanak 11 Tahun Lumur Diri DENGAN DARAH Untuk ELAK DIBUNUH Tentera Assad



HOMS - Ia hanyalah seorang kanak-kanak Muslim berusia 11 tahun, dengan izin Allah, Ali el-Sayed selamat dari pembunuhan. Ia menceritakan bagaimana dia melumuri dirinya sendiri dengan darah saudaranya yang telah dibunuh dan berpura-pura mati ketika tentera Bashar Assad masuk ke rumahnya dan membunuh enam anggota keluarganya pada tragedi pembunuhan di Al-Haulah yang terjadi pada hari Jumaat (25/5/2012) di wilayah Homs, Syiria.

Bercerita kepada akhbar The Guardian, kanak-kanak lelaki yang baru memasuki usia remaja itu berkata pasukan rejim Assad tiba di kawasan tempat tinggalnya kira-kira pukul 3:00 pagi waktu setempat pada hari Sabtu (26/5), beberapa jam setelah pengeboman dan pembunuhan dilakukan di Al-Haulah.

"Mereka datang dengan kenderaan kalis peluru dan beberapa buah kereta kebal," kata anak itu. "Mereka menembak lima peluru di pintu rumah kami. Mereka mengatakan, mereka mahukan Arif (bapa saudaranya) dan Syawqi (kakaknya), ayahku dan ibuku. Kemudian mereka menanyakan tentang bapa saudara ku, Abu Haidar. Mereka juga mengetahui namanya."

Menggigil ketakutan, kanak-kanak itu berdiri dibelakang pintu masuk keluarganya, pada saat itu, pasukan Assad menembaki semua anggota keluarganya di depan matanya.

"Ibuku berteriak pada mereka," kata Ali.

"Dia bertanya: 'Apa yang kalian mahukan dari suami dan anakku?', seorang lelaki botak berjanggut menembaknya dengan sebuah machine gun. Kemudian mereka membunuh adik perempuanku, Rasha, dengan senjata yang sama. Dia berusia lima tahun. Kemudian mereka menembak kakakku Nadir di kepala dan di punggungnya. Aku melihat nyawanya meninggalkan jasadnya di hadapanku," ungkapnya sedih.

Ketika semua anggota keluarganya telah dibunuh, tentara Assad itu mengarahkan muncung senjatanya ke arahnya. Ketika itu, dia terfikir untuk berpura-pura mati dan mengambil percikan darah saudaranya kemudian melumuri ke tubuhnya dan berpura-pura mati.

"Mereka menembakku, tetapi pelurunya tersasar dan tidak mengenaiku. Aku sangat gemetar, aku sangka mereka akan memperhatikanku. Aku melumurkan darah ke wajahku untuk membuat mereka menyangkakan bahawa aku telah mati," katanya.

Ternyata helah anak itu berhasil, dengan izin Allah, tentera Assad yakin telah menyelesaikan misi pembunuhan mereka, kemudian mereka berpindah ke rumah di daerah lain untuk memburu Muslim yang lain.

"Rupanya mereka yakin tugas mereka telah selesai, lelaki-lelaki bersenjata itu pindah ke daerah lain, ke rumah dimana mereka akan meneruskan pembunuhan dan merompak harta milik keluarga," katanya. "Mereka mencuri tiga televisyen, sebuah penyedut hampagas dan sebuah komputer," tambahnya. "Kemudian mereka beredar."

The Guardian menghubungi kanak-kanak lelaki ini melalui seorang tokoh di sana yang merupakan seorang anggota Dewan Revolusi Syiria yang sekarang sedang merawatnya.

Kanak-kanak itu berkata bahawa dia menunggu sehingga tentera itu bergerak menjauhi dari jalan rumahnya, kemudian ia berlari ke rumah bapa saudaranya yang letaknya tidak jauh dari kediamannya, untuk bersembunyi. Tentera yang sama mengetuk pintu rumah bapa saudaranya beberapa minit kemudian.

"Ketika mereka pergi dari rumah ku, mereka ada berkata ingin membakar rumah ku, aku panik dan kemudian pergi ke rumah bapa saudaraku tidak berkasut."

"Mereka tidak tahu dia (bapa saudaraku) juga adalah ahli keluargaku dan ketika mereka memberitahunya ke enam-enam orang yang mati di rumahku. Termasuklah aku. Mereka fikir aku telah mati."

Selama 15 minit perbualanan, anak itu berdiam hingga ia diminta untuk bercerita bagaimana dia tahu para lelaki bersenjata itu adalah tentera pro-rejim Assad, yang dikenali sebagai tentera Syi'ah Shabihah. Pasukan yang sering dituduh banyak melakukan pembunuhan di Al-Hulah, dengan memasuki rumah-rumah warga Muslim dan membunuh ahli keluarga di dalamnya. Pada tragedi pembunuhan di Al-Hulah terakhir, 50 dari lebih 100 korban adalah kanak-kanak.

Ali menjawab mengapa dia yakin pasukan bersenjata itu adalah tentera pro-Assad, "Mereka keluar dari kereta kebal dan memiliki senjata dan pisau. 11 daripada mereka berpakaian tentera dan ada diantara mereka berpakaian biasa, rambut dicukur dan berjanggut (identiti tentera Syi'ah Shabihah)."

"Mengapa kalian bertanya padaku siapa mereka? Aku tahu siapa mereka. Kami semua tahu! Mereka adalah para tentara rejim dan orang-orang yang berperang dengan mereka adalah benar," tegasnya.

Assad sering menolak dakwaan pasukan tenteranya dan tentera pro-Assad yang melakukan pembunuhan selama ini, dan menyalahkan terhadap kelompok 'pemberontak' atau 'pengganas'. Pengakuan kanak-kanak ini adalah salah satu dari banyak bukti bahawa yang melakukan pembunuhan adalah pasukan Assad dan tentera-tentera Syi'ah pro-Assad.

Pesan Ali-el Sayed kepada masyarakat dunia

"Aku meminta kepada masyarakat dunia untuk menghentikan pembunuhan di Syiria dan di Al-Haulah. Siapa saja yang mendengarku, harus tahu bahawa kami dibunuhi, kami dibunuh di rumah-rumah kami,

Masyarakat dunia hanya duduk diam, hanya bercakap dan tidak berbuat apa-apa. Kamu harus berperang untuk kami, lakukan apa yang kamu ucapkan, dan lindungi kami,

Aku meninggalkan rumah dalam keadaan mengeletar (ketakutan). Aku melangkahi jasad adikku. Aku lihat kakak dan ibuku terbunuh di tempat tidur.

Aku melihat mereka semua..."


No comments: