Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, May 23, 2013

SAMM Tempelak Zahid Pertahan Rampasan Kuasa Perak

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menempelak Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan bertanya mengapa Naib Presiden Umno itu mempertahankan rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009.

"Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?," kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin.

Beliau juga mendakwa Zahid sengaja memutar belit isu perhimpunan Ahad ini.

"Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan," katanya dalam satu kenyataan.

Perhimpunan di depan Amcorp Mall di sini disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan jawatankuasa tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

Badrul Hisham mendakwa SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah.

"Malah, kononnya SPR direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

"Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan," tambahnya.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Dalam Negeri jangan mengulangi kesilapan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

"Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor," katanya. -FMT

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2013/05/samm-tempelak-zahid-pertahan-rampasan.html

No comments: