Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, March 24, 2011

Video itu walau apa pun, kredit tetap pada Anwar dan PR.

Permainan video seks ini aku nampak ia mula memakan UMNO kembali. Katalah sungguh pemimpin UMNO tidak terlibat langsung dalam permainan ini namun kredit tetap dapat pada Pakatan Rakyat.

Suara-suara pundek dari Zul Kulim kita tinggalkan sebentar.

Katakan video ini adalah serangan dari Anwar, mustahil aku rasa kerana dalangnya adalah Rahim Thamby Chik ini memang totok birunya. Mustahil aku rasakan dia sudi jadi player disini.

Persoalan Eskay itu adalah kawan Anwar langsung juga tidak relevan kerana Najib dan Mahathir juga dulu satu kapal dengan pemimpin PKR tersebut.

Kenyataan Ummi Hafilda yang beliau memiliki 18 video xxx Anwar pula membuatkan aku senyum. Lagi lambat KDN bertindak untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan maka rakyat dibawah ini tidaklah terlalu bodoh untuk menilai.

Media perdana yang terlalu obses dengan perangai jerung tak cukup makan itu pula, yang gelojoh tak tentu hala ketika highlight pada berita ini kononnya rahmat pada UMNO pun satu hal jugak.. sendiri mau ingat.

Sekarang kita tunggu aje politik bangsat yang busuk ini. Maruah jadi mainan dan fitnah jadi jenaka. Kita telah tinggalkan sejarah yang hitam buat generasi yang akan datang. Semuanya kerana nafsu yang tidak pernah kenal erti puas pada sekadar yang ada.

Pada yang luar sana. Kalau pun buruklah PKR, DAP atau PAS sekalipun. Namun tidaklah sejijik kotornya UMNO untuk negara ini. Pilihannya cuma 2. Samada PR atau BN.

Kembalikan kuasa pada rakyat.

posted from Bloggeroid

No comments: