Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 15, 2011

Mahathir dulu gua lupa pulak datangnya dari Parti mana....

Tak kiralah apa isu sekalipun, PRU mana-mana sekalipun, tidak akan lupa berita dari media perdana untuk meratibkan nama Anwar. Ada sahaja isu untuk memburukkan nama Anwar. Sekelumit pun ruang tidak akan dipersiakan untuk memburuk dan menajatuhkan Anwar. Apa isu, apa perkara pasti Anwarlah dalangnya. Khas untuk yang buruk-buruk sahaja.

Manakala berlaku sebaliknya ketika mana bahang memuncak di Sarawak, Taib Mahmud itulah manusia yang hebat, tidak ada cacat-celanya bahkan blog-blog yang melaporkan sebaliknya pula itu yang di serang.

Datang dari minda yang sihat dan cuba juga gua mengikuti Buletin Utama malam ini dengan hati yang kosong maka gua bukak tv. Terpacul muka Mahathir memuji Barisan Nasional dan kejayaannya dalam mentadbir Malaysia selama 50 tahun.

Sambil menguyah nasik gua bukak siaran ulangan Raja Lawak kat Astro Prima. Lebih menghiburkan......

No comments: