Hari Isnin lalu saya jumpa ramai kawan-kawan yang sesama belajar dengan saya di Universiti dulu. Sebabnya kita berjumpa di majlis orang kahwin. Ya, kawan saya dah kahwin. Kawan saya ni baik dengan saya. Jadi saya gagahkan jugak diri untuk menghadiri majlisnya itu.
Setiap yang saya jumpa saya sapa. Bertanya khabar dan kisah yang terbaru. Paling advance bila masing-masing sudah mula mendukung anak. Hebat. Rata-rata memberitahu saya sudah mendapat tempat di sekolah-sekolah. Menjadi guru. Lagi hebat. Saya terpegun dengan jiwa kental mereka. Saya sudah serik menjadi guru. Selama 2 tahun macam hell buat saya ketika menjawat jawatan guru. Saya resign!!
Malam tadi jumpa lagi seorang sepupu saya. Ini pertama kali selepas dia berkahwin. Dia pun guru. Bercerita pasal sekolah buat saya makin berdebar-debar. Ganas rupanya kehidupan sebagai guru ini. Nak tahu:
1.Ada rakannya tidur lokap semalaman hanya kerana rotan murid. Sekali pulak tu.
2.Ada yang kena saman RM240,000.00 juga sebab rotan budak. Nasib baik menang.
3.Guru tidak boleh merotan murid walaupun sekali.
4.Guru tidak boleh bawa rotan kedalam kelas. Walaupun tidak berniat untuk rotan (Acah aje)
5.Jalan di koridor bawak rotan pun tak boleh.
6.Yang boleh rotan hanya pengetua sahaja. Pengetua pulak perempuan. Hati lembut.
Lu boleh bayangkan tak? Agak-agak lu susah tak nak didik bebudak sekarang?
Sekarang gua tak heran pesal budak skang asik shuffle je!!
7 comments:
Tu pasal budak2 sekarang x tau hormat guru!
Aku dulu time sekolah kena pukul ngan pembaris panjang yang cikgu letak kat tepi papan hitam tu. Sikit punya besar ker pembaris warna oren tu. Balik rumah aku ngadu kat mak, mak aku cakap padan muka sapa suruh x ikut cakap cikgu.
Budak sekarang mak bapak terlalu manja sgt smpi cikgu x boleh sentuh! Sekarang bila budak2 dah makin bermasalah mula lar sibuk nak cari mekanisme tangani masalah remaja.
Apa susah..balik cam sistem sekolah dulu! Beri kebebasan guru nak membentuk akhlak pelajar.
Sekian, itu aje pendapat aku.
Nasib baik gua tak jadi cekgu... kalau tidak mau lokap seumur idup... gua bukan setakat rotan sekali kalau dengan perangai budak2 sekarang nih...
yeh aku sokong dengan pandangan aku..dia...kamu. kena kembali ke zaman purba balik kalau nak didik anak murid. Hidup guru-guru.
tak payah rotan..
lu humban je keluar tingkap!
gua dulu tengok cikgu bawa rotan kat koridor pun dah takut..gila punya undang2 zaman sekarang..
salam antusabun
saja mai ziarah..
bila pree mai jengok blog
www.cabai-kering.blogspot.com
timakasih...
cabaikering
anak saya di sjk(c)
sepuluh kali saya lalu depan sekolah, hampir 6-7kali saya nampak guru besarnya pegang rotan merayau2 dlm kawasan jagaanya....hebat!
teringat zaman saya dulu-dulu.
Mak Nani
Post a Comment