Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, January 5, 2009

86-Oh Abou Treika!!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza".
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Lamputih cakap - Pemain bola sepak Malaysia sibuk pegi kejar artis pulak!! Lagi canggih!!
p/s credit to artikel hangat

2 comments:

MaSHee said...

Keadaan di semenanjung gaza skrg amat menyedihkan...x tau ler apa majlis keselamatan dok tggu lagi. Nak tggu suma umat islam palestin syahid baru nak amik tindakan kot...huhuuhu...sesungguhnya aku x bersemangat nak komen apa2!!!

anntaj said...

hai, selamat tahun baru ya..
saya dulu main bola sepak, tak percaya?
betul...tapi takde siapa nak kejar..
:)