Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, October 31, 2009

Terima kasih bagi yang berkenaan....

Sebab bagi gua Levis 2 keping.. Gua hargai pasal gua memerlukan.

Gua dalam mood happy.....:)

--
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile

Program gua skang ni...

Gua dah nak ke Beijing!!
Super busy skang...

.


..


...

....

ada tak flight ke China hari ni?

Friday, October 30, 2009

3000hp car minggu ni kat sepang

Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile.

Lama dah gua ngidam tengok pesen keta-keta drag ini macam cuma kecewa tiket paddock naik plak. Hantu betul......

Dengarnya 3 bijik keta bawah 10sec akan ada buat persembahan jugak.

Arghh............. terbaik!!!!

p/s Gambar dan maklumat asal dari zerotohundred.com

Gua suka artikel ini. Jelas dan menarik untuk menerangkan kemelut dalam PR.

Kemelut politik yang melanda seperti taufan yang gua pun tak reti nak letak skala yang macam mana. Tak kiralah dalam PR atau pun BN. Namun kemelut di dalam gerombolan di pandang sepi di dada-dada media milik gerombolan. Barah di hujung dunia jugak yang dipertikaikan. Dasar yang ntah pape...

Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO jangan ditangisi atau dirisaukan. Ini kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.

PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.

Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.


Panjang sebenarnya artikel ni. Klik ajer untuk sambung lagi...

Artikel asal milik Tulang Besi yang boleh dilawati di http://malaysiawaves.com.

Ratu Bapok

Gua dapat melalui e-mail pagi tadi. Terus gua forward ke blog. Tak tau
nak bagi kredit kat sapa...

Layan je la...

Petang yang biasa-biasa aje..

Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile.Petang yang tiada perempuan urban menjerit-jerit terharu kerana menang tiket pegi tengok konsert orang AMERIKA...


*****

Tenang dan releks sambil layan radio chanel arab tapi berbahasa melayu...


*****
Ni cerita petang semalam. Pasal apa gua post menatang alah ni sebabnya
gua mati idea....

Thursday, October 29, 2009

Memaksimumkan Utiliti Perokok

Jumaat 30hb October 2009 ini, genaplah 70 hari aku tak merokok. Setiap hari aku beli rokok Winston Light 14’s paling kurang. Kadang-kadang 20’s. Maka setelah menangguhkan perokokan ini, setiap hari aku campak dalam tabung sebanyak RM5.50 (harga Winston Light 14’s lama). Anda darablah untuk 70 hari nanti.

Sebenarnya aku tak galakkan sesiapa pun untuk tiru sikap aku ini. Sebabnya aku rasa bosan gila babun bila tak merokok. Kerja-kerja menulis aku jadi merosot. Rasa nak menebang pokok saja 24 jam. Semua kucing dan ayam jiran aku suap batu batu. Memanglah. Kalau kita perhatikan; pengkarya-pengkarya seni yang hebat-hebat, mesti tercokeng rokok di mulut dan jari. Baru macho langsung. Itulah gaya hidup sebenar. Janganlah jadi macam aku. Macho tetap macho, walaupun tanpa rokok.

Tapi nanti dulu. Yang sebenar-benarnya, bukanlah aku sudah tidak mahu jadi macho tanpa rokok lagi, tetapi hanya inilah sahaja cara aku mahu melawan kerajaan. Aku tak mahu bagi satu sen pun lagi duit kepada kerajaan kalau boleh. Aku mahu buat semua DIY. Aku harap perjuanganku ini akan ada pengikutnya. Namun aku tidak memaksa juga. Demikianlah. Kerana aku tahu. Dunia ini tidak lagi melahirkan ramai putera puteri revolusi. Apakah setelah Che Guevera keok di tali gantung, revolusi ikut terjerut mati sekali?

Ya. Sesungguhnya demikianlah. Aku tak mahu lagi memberi muka kepada kerajaan yang tak habis-habis hendak memeras golongan perokok yang macho, kreatif dan banyak menyumbang kepada pembangunan budaya bangsa dan negara ini. Usop Selam memang badigol. Ada ke patut asal buat filem ada gangster saja, semua hisap rokok dalam disko. Tak macam Mafia Itali langsung. Kalau gangster sangat, sangkut la biawak dekat tengkuk ke. Junjung kepala babi ke. Atau makan kue tiaw pakai cangkul ke. Baru macam Iblis Senyum. Merokok bukan kejahatan. Songkok tak ada kena mengena dengan insaf.

Kalau aku hendak merokok, masih mampu sangat lagi sebenarnya. Ada saja cara boleh aku buat. Rokok gulung pun ada. Rokok Cowboy pun ada. Kalau orang cakap rokok bahaya, arwah atuk aku, umur 82 tahun meninggal dunia. Merokok dari zaman budak-budak lagi. Ah, jiran aku. Perempuan. Meninggal dunia akibat kanser otak. Ada seorang lagi budak perempuan. Sekarang menderita barah kopek. Jangan kata rokok, dadah pun depa tak hisap. Makanan sekarang semua pun dah beracun. Semua Tuhan punya kuasa juga tapinya. Aku simpati tentang itu. Dan harap semua kita sejahtera juga adanya.

Tetapi itulah. Aku meluat dengan sikap kerajaan yang hipokrit. Daripada menaikkan harga rokok tiap-tiap tahun untuk menghentikan tabiat merokok, lebih baik haramkan terus. Siapa tanam tembakau, shock konek dia dengan cota karan. Yang perempuan pun sama. Shock pet dia dengan cota karan juga (pastikan wanita yang jalankan hukuman ni). Baru hak celah kangkang sama rata. Kalau tidak Tok Zat Jalal marah pulak. Yang memiliki rokok pulak jangan kasi muka. Bakar kepala takuk dia. Haaaa, baru la betul nak membasmi rokok. Tapi ini cadangan saja. Memang nampak kejam. Tapi mungkin berkesan. Setakat buat papan tanda kempen ‘Tak Nak’, taik jubur la. Menguntungkan tauke papan tanda saja ada la. Ingat murah ke? Kontraktornya lagi makan dekat tengah. Duit rakyat juga habis. Habis ke mana tak tahu. Siapa yang untung tak tahu.

Maka tidak hairanlah, setiap kali kerajaan menaikkan harga, kelam kabut penyeludup rokok. Rasuah pun meningkat. Bukan nak menuduh. Itulah hakikat. Aku dengar rokok cap ‘Bola’ pun sudah RM3.00 sekotak sekarang? Rokok ‘Nusantara’ untuk kenduri tak tahu la pulak. Lebih RM2 dah agaknya. Ye la. Nak bayar duit pau lagi. Keliling pinggang tukang pau menanti. Apa yang dapat kerajaan buat?

Kerajaan hentam pengeluar rokok sedap. Pengeluar rokok sedap hentam perokok. Tetapi benda ini berantaian. Perokok dan bekas perokok macam aku tak pernah lupa. Api yang membara dalam dada tak pernah padam. Dendam yang mengempang makin penuh dan akan pecah semasa PRU13 nanti. Kerajaan yang ada sekarang boleh jadi akan tumbang di tangan perokok sahaja. Janganlah dengan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini, golongan perokok boleh memaafkan dosa-dosa hipokrasi mereka. Sudda la, pergi balik la geng Gerak Gempar.

Oh ya, duit tadi. Duit terkumpul tadi, aku nak memulakan projek penanaman tembakau secara fertigrasi atas bumbung rumah. Ada sesiapa mahu ikut serta? Marilah. Marilah wahai perokok-perokok semua. Tak ada siapa yang akan membela nasib kita melainkan kita sesama kitalah cuma. Parti politik di Negara kita ini tak ada yang akan menyokong kita. Marilah kita kumpul modal bersama-sama. Kita bina empayar tembakau terbesar di dunia. Semoga usaha kita ini akan menjadi contoh juga kepada pemuda-pemuda Amnau dan Pis, BiEM dan PiAR yang tak pernah pun menyatakan sokongan secara terbuka, apatah lagi simpati. Marilah. Aku mau lawan idea Tok Jeb yang katanya mahu jadikan FELDA gedung taik negara 1Malaysia.

Jadilah perokok yang bijak dan sedar hak serta tanggungjawab anda.

***

Bagus kamu wahai Rahimin.

Gambar paling kelakar untuk minggu ini..

Gambar gua cilok dari blog Bro Isham. Dia cilok dari mana tak pulak gua pasti....

Haha....

***
komen dari Encik Kannan "the Santan King" melalui sms pada gua (nama dah ada king tapi jahil IT tahap babun) : "Main macam kambing bagus, tapi main dengan kambing itu sangat bongok..huhu"

Gila babi punya statement..

Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan ummah - Utusan Melayu

***

Gua terbau longkang dari mulut somebody!!!!

Kontraktor buat jambatan adalah guru besar???

Kes naya!!
Orang yang buat jambatan mana? Nape JKR tak tahu menahu?

Ini hal budak mati lemas. Bukan kambing atau ayam. Pedih kalau kena kat diri sendiri...

Masih lagi mahu politik!!!!!!!!!

Wednesday, October 28, 2009

Nak tau pendapat gua pasal sidang DUN Perak hari ni?

.


..

...

Gua malas nak ulas!!!

******


Bila dah anjing yang jadi pemerintah, ada lagi ke sinar harapan yang
indah buat rakyat?

.


--
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile

Tuesday, October 27, 2009

Misteri!!

Hanya tunjuk dengan jari, helikopter putih itu berpusing!!

Gua dah start berdebar. TV pulak tayang misteri nusantara..


...

cilakak!

Terjerit-jerit macam celaka.

Gua balik petang tadi dari opis dengan memandu tenang-tenang tak mau gopoh-gopoh pasal mahu jimat minyak yang mahalnya maha celaka pastu menteri badut ni kompang kat orang-orang buta IT yang minyak kita murah gila khinzir dan kita patut bersyukur kalau banding dengan NORWAY bla bla bla.... sesambil dengar radio cenel Amerika pastu gua terus mencarut-carut bahasa Kanada.

Punyalah teruja satu minah URBAN ni bila menang tiket tengok konsert bangsa Amerika kat Kuala Lumpur. Terjerit-jerit kerana teruja dan sebak.. Faking eshol!!

Gua pulak teruja nak hantar minah tu kat SUDAN ngaji pondok!!


***

Amacam? Lu orang teruja tak macam gua?

Lagi dan lagi kenangan.

Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile.
Lain kali bila gua terkenang-kenang gua letak lagi gambar...

Keamanan dan keadilan untuk semua!!!

Kenangan mengusik jiwa

Terkenang-kenang pulak petang ni..

Sayu meruntun jiwa......

Saya teruja untuk sapot buatan negara.

Pedulikan perihal jenama. Kadang-kala kerana jenama kita leka dengan
kesesuaian sesuatu produk berbanding harga.

RM500.00 kita dapat hp dengan fungsi TV? Touch Screen? Push email*?
QWERTY pad? Kamera? 2 kad sim? haha...

So far push email berjalan dengan baik. Hatta entry ini dihantar
menggunakan hp RM500.00 ini. Cuma 3G aje takda. Internet tiada
keraguan dengan menatang-alah ni....


***

Saya berpuas hati. Anda?

Hari ini..

Negeri Sembilan sudah ada payung..

.

..

...

tu je nak bagitau :)

Monday, October 26, 2009

Update pepagi buta.

Bantulah ENOT untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan..

.

..

...

....

arghh, pesal boleh ada rancangan gila ni?!!!!!

.

Sunday, October 25, 2009

Muktamar Khas....

.

.

..


...



....




.....


TERUSKAN!!!!!!


.

Untuk PAS..

EGM la.. Sapa kata tak patut tu seligi je.. Banyak pulak cakap..

Fikir panjang sikit ye. Jangan sok dah bungkus baru nak meraba-raba.

Friday, October 23, 2009

Ramai jadi penakut rupanya...

Thursday, October 22, 2009

Sekadar hiburan sambil minum petang...


Sebuah kisah pilu tentang belacan..

Pilu dan pedih, namun apakan daya....

Lu orang sume standby...

Harga minyak mentah cecah AS$82 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia terus melonjak ke paras tertinggi tahun ini, iaitu AS$82 setong semalam. [+]

***

Script lama berulang kembali...

Wednesday, October 21, 2009

Lu tengok rambut makcik ni...

Sapa makcik ni sebenarnya? Nape rambut dia kaler-kaler? Hodoh nak mampos...
Mahu berkenalan dengan makcik ni? Zaaassssss... Scrool ke bawah ye pakcik-pakcik sekalian

Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.

Hari ini makcik ni sudah top di Malaysia tapi bakal di pandang sepi oleh media arus perdana yang lagaknya seperti katak di bawah tempurung kelapa "Kannan The Santan King".

Akan ada menteri-menteri lagak serupa genius Dr House namun otak hanyalah sebesar otak tungau* mengeluarkan kenyataan serupa bau longkang dan dapat kita gambarkan ketiak mereka yang berbulu lebat dengan berkutu bagai serta mempunyai niat di hati mahu buat rebonding!!!

faking eshol!!!!!!!*

Ikuti kenyataan makcik ni kat bawah.....



PAKAR : YAKIN 80% TEOH DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Penutup kita serah pada encik tukar tiub...

tukartiub: "Askum semua, satu pun akhbar arus perdana belum membawa berita ini.mungkin talian internet terputus atau semua wartawan sedang membuat rekod dikir barat paling lama dalam jamban kah kah kah..., Sekian dari saya"*


*beberapa kalimah gua curik kat blog lain tapi dah lupa kat mana...

Masih lagi projek nak bodohkan orang Melayu

MISI DIKIR BARAT ATAS TREN TERCAPAI – melayau

Misi membuat persembahan dikir barat tanpa henti di atas tren dari Singapura ke Tumpat di sini berakhir tepat pukul 10 pagi tadi apabila tren nombor 14 Ekspres Timuran yang membawa mereka selamat sampai ke stesen keretapi Tumpat.

Ia bermakna, misi yang mengambil jarak lebih 700 kilometer itu ditamatkan dalam masa 15 jam 10 minit.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH..

woit… TAK TAHU LAH… APA NAK CAKAP… kah kah kah..

woit… KETUPAT TERBESAR TELAH DI BUAT… kah kah kah…

woit… BENDERA TERBESAR SUDAR TERPASANG… kah kah kah…

woit… DEBAT TIGA HARI TIGA MALAM TELAH DI BUAT…kah kah kah..

kah kah kah… YANG INI LAGI HEBAT DARI HEBAT… kah kah kah…

kah kah kah… LAGI GEMPAQ DARI GEMPAK…. kah kah kah..

kah kah kah….KEJAYAAN PALING AGUNG LAGI CEMERLANG TAMBAH TERBILANG LAGI UNGGUL HEBAT DAN MENGGEMPARKAN… kah kah kah…

nota:
bila agaknya orang melayu ini hendak
berhenti dari di bodohkan oleh gerombolan kah kah kah..

JANGAN BAWA MUSUH - JANGAN BUNUH BUDAYA TEMPATAN

MATA YANG SONGSANG

Dari negara atas agin - ianya datang dengan angkuh sekali. Besar tersergam - besarnya lebih besar dari semua yang besar. Orang ramai – orang ulu dan orang bandar - tercengang melopong – masuk lalat keluar cacing. Lalu orang ulu dan orang bandar berlabon sesama sendiri tentang betapa besarnya ‘unggun’ ini.

Orang ulu dan orang bandar tidak pernah melihat gunung yang sebesar ini. Mereka tidak pernah melihat pintu yang seluas ini. Maka mereka terus melangok dan melopong. Lalu orang ulu dan orang bandar ini mengheret anak anak mereka untuk turut sama menebeng dan melangok

Datuk Bandar tersenyum apabila melihat orang ulu dan orang bandar berduyun duyun datang untuk menyembah ‘unggun’ besar ini. Juak juak istana pun berkata inilah kejayaan yang telah di bawa. Inilah dia apa yang dipanggil pembangunan. Inilah dia kejayaan.

Jangan lupa wahai orang ulu dan orang bandar lima tahun lagi undilah aku sekali lagi.

Adalah seorang Mamat yang telah melihat ‘unggun’ ini. Dalam tercengang dan terlopong. Si Mamat ini hampir tidak percaya apa yang dilihat. Maka dianya pun berlari lari pulang ke kampongnya yang maha jauh di hulu. Maka apabila si Mamat sampai ke sebuah pekan di hulu maka dia pun bercerita pada kawan dan taulan. Maka ramailah anak muda melopong dan ternganga apabila mendengar kesah ‘unggun’ yang besar dari negara atas angin ini.

Maka cerita dan kesah ini sambung menyambung. Maka sampailah cerita ini kepada Tok Sidang lalu Tok Sidang membawa kepada Tok Khatib lalu di bawa kepada Tok Penggawa lalu di bawa kepada Tok Guru. Tok Guru yang belum pernah melihat ‘unggun’ yang bagini besar seperti yang di kesahkan amat amat berahi. Maka si Tok Guru telah menghantar wakil untuk menjemput tuan empunya ‘unggun ‘ agar datang membawa unggun ini ke kampongnya.

Demikianlah kesah adanya:

Hari ini kita semakin diasak oleh kaum pemodal antarabangsa untuk membuka pasaran dalaman negara kita. Dengan licik sekali kaum pemodal antarabangsa melalui jaringan badan-badan dan lembaga dunia seperti World Trade Organisation, FTA, APEC, Bank Dunia telah memaksa negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membuka pasaran mereka. Semua dilakukan berasaskan akidah dan firman : perdagangan bebas.

Justeru – hasilnya - negara kita sedang dilanggar oleh bencana unggun besar dari gedung Carrefour , Tesco dan Giant.

Gedung-gedung membeli belah ini sebenarnya adalah musuh kepada kita semua – musuh yaang datang dari negeri atas angin.

Memang sekali pandang kita akan melihat gedung-gedung memberi khidmat kepada pelanggan. Ini adalah pandangan yang amat juling dari mata yang bula. Pandangan juling ini lahir dari sesiapa sahaja yang tidak memiliki fikrah atau fikrah yang telah bonsai.

Amat disedari bahawa ramai warga berbangga dengan wujudnya gedung gedung ini yang dikatakan memberi khidmat dan keselesaan kepada mereka. Tetapi pendapat ini adalah pandangan juling berjangka pendek – sependek keupayaan otak mereka berfikir.

Betul – sekali pandangan – gedung ini sedang melambakkan bahan-bahan keperluan harian dari sayur mayur, ikan, daging, keperluan dapor, pakaian, pinggan mangkok, perhiasan rumah - malah semuanya ada untuk keselesaan para pembeli. Hanya gajah dan telor naga sahaja tidak ada – yang lain semua ada.

Disebalik semua keselesaan ini – ada racun ekonomi - yang sedang di bawa oleh gedung membeli belah ini. Racun ini meresap dengan perlahan-lahan tetapi yakinlah ianya akan membawa porak peranda ke atas ekonomi kita.

Dalam masa berjangka panjang gedung-gedung ini adalah pemusnah asas ekonomi negara bangsa. Dalam jangka panjang gedung-gedung ini akan menindih, menghimpit dan akhirnya akan mematikan perniagaan tempatan. Dalam jangka panjang gedung gedung ini akan membunuh kedai-kedai kecil. Akan mematikan petani kecil. Akan melupuskan Tok Peraih. Akan mengkebumikan kedai-kedai anak beranak – kedai adik beradik - yang berniaga di pekan dan badar yang menjadi watak pekan pekan kecil kita semenjak beratus tahun.

Ini bukan pandangan orang politik. Orang politik hanya dapat melihat dengan adanya bangunan tegak berdiri maka dengan bangganya mereka menjerit dan melolong - inilah dia pembangunan yang mereka bawa. Para politikus inilah yang membenarkan gedung gedung ini semakin berselirat di tanah air kita.

Wajib kita sedar - ramai orang politik ini tidak faham tentang ekonomi politik. Ilmu politikal ekonomi mereka amatlah kontot lagi cetek. Pembacaan dan pengkajian ekonomi mereka amatlah terhad. Tetapi mulut dan poket mereka amatlah besar. Kerana mulut besar dan akal kontot maka mereka tidak memiliki keupayaan untuk membuat kerja-kerja lain. Yang terbuka hanya menjadi orang politik atau macai politik atau menjadi rakan tidur kaum pemodal antarabangsa.

Orang politik yang tidak memiliki kesedaran ekonomi ini telah dilobi dan dirasuah oleh tuan empunya gedung. Orang-orang politik ini dijadikan orang depan – mungkin diberi saham/mungkin diberi menjadi ahli lembaga pengarah/mungkin diberi amoi - untuk melobi pengelulusan lesen-lesen agar gedung-gedung ini dapat membeli tanah-tanah di kawasan yang stratejik untuk beroperasi dalam tanah air kita.

Memang betul – sekali imbas – dilihat gedung-gedung ini memberikan harga yang murah berbanding dengan kedai runcit di pekan kecil. Memang betul dibawah bumbung gedung ini kita dapat memilih semua yang kita perlukan. Memang betul kita selesa dengan kesejukan hawa dingin ketika membeli belah dalam gedung gedung ini.

Tetapi waspada. Gedung berjaya meletakan harga yang murah kerana mereka menjual dengan volume/jumlah yang amat banyak. Ini dapat dilakukan kerana gedung ini datang dengan modal yang mengunung. Gedung-gedung ini bukan lagi membeli barangan dari Tok Peraih dari kampong sana dan kampong sini. Gedung ini memiliki segala macam gudang untuk mengeluarkan barangan yang akan dijual digedung mereka sendiri.

Untuk gula – gedung ini bukan hanya memiliki kilang gula malah memiliki ladang gula. Bagitu juga untuk tepong – bukan hanya kilang malah ladang gandum sendiri dimiliki oleh gedung ini. Bagitu juga untuk ayam , daging, sayur dan barangan dalam tin atau kotak. Semua adalah milik gedung ini.

Jika kilang itu bukan milik gedung ini seratus peratus besar kemungkinan tuan empunya gedung ini memiliki saham dan kepentingan dalam apa sahaja barangan lain yang akan di jual di dalam gedung. Banyak bahan bahan yang dijual datang dari negara atas angin. Justeru kapal laut dan kapal terbang juga dimiliki oleh gedung ini untuk menghantar barang-barang.

Tesco adalah syarikat membeli belah yang ketiga besarnya dalam dunia. Jaringan kepentingan gedung ini berselirat diseluruh dunia. Kerana ianya bagitu besar maka syarikat ini boleh menentukan harga barangan yang ingin dibelinya. Gedung ini boleh menekan harga bahan yang ingin mereka beli. Ini berlaku apabila mereka telah memonopoli pasaran.

Akan sampai satu ketika di mana kedai kedai kecil tempatan akan lupus kerana tidak dapat menandingi gedung gedung ini. Kedai-kedai runcit di pekan kecil akan tutup. Tok Peraih dan peniaga kecil – pekebun yang bejaja sendiri – akan lupus. Mak Cik penjual sayur, Pak Cik penjual ikan, Abang penjual daging di Pasar Khatijah akan hilang dengan sendirinya apabila Tesco muncul di Kota Bahru. Pasar borong Selayang atau Pasar Chow Kit akan terkapai kapai apabila gedung –gedung ini terus dibiarkan berkembang.

Gedung-gedung ini sedang membunuh pekan pekan kecil. Gedung-gedung ini yang akan mengambil tanah yang amat luas untuk dijadikan tempat letak kereta. Perhatikan rupa bentuk gedung ini. Ianya tidak memiliki nilai-nilai estetika tempatan langsung. Ianya bukan pekan atau bandar. Gedung ini adalah unggun yang menyesakkan pandangan.

Tidakkah disedari bahawa gedung ini tidak akan melahirkan silatulrahim antara pembeli dengan penjual. Tidak ada hubungan kemanusiaan antara si pembeli dengan si penjual – kerana yang menjual hanya kuli-kuli yang diupah seperti robot. Ini amat berbeza dengan hubungan kemanusian antara Mak Cik menjual sayur di pasar Khadijah dengan si pelanggannya. Mereka berkenal suai. Mereka berbual. Mereka merayakan diri mereka sebagai manusia. Mereka bukan hanya robot yang kerjanya hanya membeli sebagai konsumer.

Sedarlah - di kota-kota tradisional di Eropah – gedung-gedung ini dilarang untuk menjalankan perniagaan didalam badar. Mereka dinyahkan ke luar kota. Gedung ini tidak dibenarkan merosakan rupa bentuk kota asli. Kota San Sebastian di utara Sepanyol terus tidak membenarkan gedung ini dibuka didalam pekan. Gedung-gedung ini dilihat sebagai pemusnah budaya tradisional Sepanyol.

Dalam negara kita – kita amat juling – kita amat songsang. Kita gagal untuk melihat mudarat yang dibawa oleh gedung gedung ini. Kita dengan tidak tentu hala – tidak senereh harah mengikut kata orang Negeri Sembilan - merasa bangga kerana wujudnya ‘unggun’ ini di sebelah kawasan rumah kita. Inilah contoh fikrah yang bonsai. Inilah contoh slogan lompong : rakyat didahulukan. Tetapi sebenarkan orang yang berslogan – rakyat didahukukan itu sedang medahulukan kepentingan pemodal antarabangsa.

Tidakah ada kesedaran bahawa gedung ini sedang mengambil alih pekan pekan kita. Tidakkah disedari gedung gedung ini akan membunuh pasar malam kita.(TT)

Tuesday, October 20, 2009

Gua lagi setuju yang tak pakai pape langsung...

KUALA LUMPUR: Pop star Beyonce Knowles has postponed her widely anticipated Malaysian leg of her tour scheduled for Sunday, Oct 25, to a date that will be announced soon.

***

Minah ni nyanyi dalam video klip pakai spenda je. Apa pendapat Al-Fadhil, Al-Sahibus Samahah, Al-Hafiz, Al-Syeikh, Al-telo pindang sume?????????

YANG PENTING ADA PROJEK...

LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan "jambatan separuh" bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketuanya, Nawawi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

"Pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

***

Dapat buat tiang jambatan pun jadik....

Apa ke haram pulak buat jambatan separuh-separuh ni? Gila ke apa?

Mangkuk tingkat punya kerja....

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik.

Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan. - + selanjutnya

***

Yang untuk rakyat berkira nak mampos. 20 sen pun kalau boleh nak tuntut sampai lubang cacing.

Sudahnya duit rakyat jugak kena kitai...

JANGAN LUPA STADIUM!!!!!

Monday, October 19, 2009

Kisah petang tadi..

BABI PUNYA BENGGALI!!!

(Ko maki aku cukup-cukup, aku bukak pintu kereta tau pulak ko lari..)

kita akan berjumpa lagi wahai babi.......

Teka-teki dari gua......

RON97 harganya RM2.05 manakala RON95 pulak RM1.85....
RON97 takda subsidi dari kerajaan dan RON95 pulak ada.
Kalau bukak buku sejarah, subsidi minyak standard kerajaan bagi adalah RM0.30 bagi seliter.
Takkan dapat lebih sebab kerajaan ini taik hidung masin... Kedekut nak mampos.

Jadi, pastinya RON95 yang engkorang pakai sekarang harganya adalah selepas di tolak RM0.30 hasil bantuan kerajaan 1Malaysia yang baik hati..

Soalannya ialah...

1. Berapa harga sebenar RON95?
2. Mana lebih tinggi kualiti, RON95 atau Ron97?
3. Kalaulah RON97 mahu di subsidikan berapa harganya di pasaran bagi setiap liter?

Pemuda UMNO Menjadi Rakan Komunis?

Dalam sibuk-sibuk UMNO menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dalam zaman tuanya, tiba2 kita dikejutkan oleh berita bahawa Pemuda UMNO telah mengadakan hubungan dua hala dengan Liga Pemuda Komunis China. (Communist Youth League of China – CYLC)

sambung disini...

Mana dia pencacai BN?

Utusan Meloya : Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India 15/10/2009 7:00pm

KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

AntiBeerN - Apa lagi pencacai BeerN sekelian... melalak la plak pasal isu ni. Ari tu Nizar bg tanah kat cina tak boleh... korang melalak mcm anjing... sekarang melalak lah gak lagi... mcm ARNAB plak ke...

TPU - AntiBeerN... ur cool..!

Friday, October 16, 2009

Dia takpe, orang lain tak boleh..

Boleh belah!!!
Brengset!!!

PAS tak boleh, DAP tak boleh, PKR tak boleh, tapi UMNO tersangatlah bolehnya..

PAS bagi tanah kat Cina tak boleh, maki sana-sini, boneka bagailah.. Terbaru peruntukan pada India apa cerita Zambry!!!

***

Nak je aku tangan-tangankan mamak sekor ni...

Thursday, October 15, 2009

Guru Itu Umpama Pelita.

Maka guru itu perlu banyak berkorban. Bermacam jenis pengorbanan guru kena lakukan. Wang ringgit, masa, tenaga, kereta, dan sebagainya. Mulia sungguh roh seorang guru. Bukan senang mahu menjadi seorang guru mithali...

Maka gua ingin ucap selamat.. oopsss, silap. Selanjutnya disini.

Hebat guru sekarang tuan-tuan, terutamanya di Terengganu... Haha.

Wednesday, October 14, 2009

Bila si PP ngomen pasal LCCT!!

Kawasan situ memang tak ada satu warung pun yang macam Kedai Aji. Semua kedai-kedai stailo. Gua hairan juga. Apa pasal bila lapangan terbang saja, mesti kena letak kedai-kedai stailo dalam tu. Apa salahnya buka port warung cendol sama pisang goreng ke, warung nasi dagang ke, apam balik ke. Baru steady. Ingat orang Jerman tak boring ke layan Starbuck?

Nak tak nak gua pergi pekena juga di Old Town White Kopi. Gua sebenarnya memang tak minat betul sama Old Town ni. Makanan dia barai. Tak kena dengan selera tekak gua. Harga pula macam tak ada kasih sayang sesama insan.


***

Jerman?? kahkahkah....

Statement mereng!!

PORT DICKSON, 13 Okt (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Samad berazam mahu membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, beliau juga mahu BN menakluk semula tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang yang kini berada di bawah pembangkang iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut.

"Kemenangan kerusi DUN Bagan Pinang telah membuktikan semula kepercayaan kaum bukan Melayu dan golongan muda terhadap BN ..next..

Pejadah?? Takkan ni aje sebab si mangkuk ni bertanding??

Monday, October 12, 2009

1 soalan dari gua...

Ya atau tidak kes rasuah Isa Samad sebelum ni?

YA ATAU TIDAK? ya atau tidak? YA ATAU TIDAK? ya atau tidak?

***

TIDAK!!! jerit orang Bagan Pinang...

Nasib tak lawan kat Seremban...

Sunday, October 11, 2009

Argentina 2 : Peru 1

Oklah, ada harapan untuk tengok Messi beraksi. Kena cari balik jersi World Cup lepas. Mahal gua beli...

p/s Bagan Pinang? Pakyin!!, lu jangan banyak2 alasan, pegi cepat ngundi..

Saturday, October 10, 2009

1 pandangan liar....

update: memang la orang asli, sumpit je tarakk!!

Kata seorang pakcik: " Kita kena pastikan PAS menang, kalau tak sama kita dengan orang-orang asli kat Sarawak nun".

Gua dah terbarai gelak...

***

p/s dengar tu wahai orang-orang Bagan Pinang..

Thursday, October 8, 2009

WTF Abah Kau Ananda Krishnan?

Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih lapor akhbar Kosmo.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

SELEPAS (atau SEMALAM..)
KUALA LUMPUR, Oct 7 — Malaysia’s pay-TV operator Astro All Asia Networks said today it had won the rights to broadcast the English Premier League (EPL) for the next three years in the Southeast Asian country.

Astro, which won the bid jointly with sports content provider ESPN, did not specify how much it bid for the rights but The Star newspaper cited sources as saying the firm had forked out RM800 million.

Analysts say the company, owned by reclusive tycoon Ananda Krishnan, beat Telekom Malaysia after a fierce bidding war.

“Given our belief that Astro probably submitted a fairly aggressive bid this time round [versus a reported US$150-200 million (RM515-687 million) in 2006], content cost is expected to balloon,” investment bank OSK in a research note.

“Management had previously guided for content cost to be some 35 per cent of pay-TV revenue for FY10. We expect Astro to pass on the higher cost to subscribers with a subscription price hike for its sports package in the interim.”

Astro shares were up 0.6 per cent at RM3.41 by 1056am in a broader market up 0.4 per cent.

...........

Apa cerita ni bai?Dulu bulan 8, kata fees sport package naik sebab license EPL naik harga.Rupanya baru nak bidding.Dah menang,lepas tu nak cover balik kos bidding,nak naikkan lagi.Apa bendanya ni Ananda Krishnan?Kau nak menipu ke hapa?Kalau license tu dijual untuk 3 tahun,apsal tetiba bulan 8 aritu kau naikkan cas?Dan kalau kau menang bid untuk 3 tahun akan datang,kenapa tetiba musim ni cas naik?

Kan license dijual 3 tahun sekali.Jadi,secara automatiknya,untuk musim ni sepatutnya takde perubahan la kan?

Tak 1Malaysia la macam ni macha!Takkan caj naikkan dulu sebelum tahu menang bidding tu.Nampak macam ada konspirasi nak menipu je ni.

p/s gua juga berkongsi derita dengan mantot ni. Itulah jadinya bila takder pihak lawan yang boleh bersaing dalam perniagaan. Syok la dia....

Wednesday, October 7, 2009

Dah nak hujung-hujung belanjawan ni

Belanjawan dah nak bentang tak lama lagi. Kat bagan Pinang rakyat sedang kena gula-gula dari gerombolan. Sembang confirm kencang, tapi buat kerja Siput babi boleh bagi titik 16 tiang.

Tapi belum pape harga rokok dah naik tak nyempat-nyempat. Bagi yang tak merokok confirm senyum sinis. Eleh, poyo la lu... gua boleh hisap rokok SAAT, Legue takpun Nusantara (Malaysia Duty Not Paid), sure menggigil menteri kesihatan dan tukang kutip cukai. Gua pedulik apa, asik lu aje yang bagi orang gigil. H1N1 pun settle macam budak jalan ngengkang lepas bentan bersunat.

Doalah wahai rakyat Malaysia agar takder pape yang naik dah lepas ni melainkan elaun tambahan dan gaji berkepuk-kepuk. Nama je pegawai tapi gaji kalah dengan pekerja buruh "buluh runcing" kat sini.

p/s bayar zakat takpe.
(kajian dari badan bebas (bukan fakta sains), sekotak nusantara (12 batang) khasiat sama dengan 2 gelas Tongkat Ali atau 3 cawan Kopi jantan!! (amacam?)

Tuesday, October 6, 2009

Perbezaan ini sungguh ketara wahai tuan-tuan..

Macam dosa kecil dan besar. Mungkin sebab China besar dan Malaysia kecil. Cilok dari sini...

Gua geram ni...


klik untuk besarkan

Minat gak la kat Siti ni sedikit-sebanyak. Kat lagu je la.. tapi pehal makin banyak pulak gua nampak rambut dia ni? Patutnya makin sikit kan?

gambar cilok mana ntah...

Kronologi pergaduhan terkecoh minggu lepas dan minggu ini..

Bulan berkempen sepatutnya kita berkempen, bukannya buat lawak walaupun gua ambil serious benda-benda macam ni. Cerita-ceriti kena bantai sampai 20 orang tu senyum gak la gua walaupun gua lagi suka lawak Charlie Chaplin dan Hitler..

Lu layan ajer la, cerita banyak pun buat penat je tekak....

Mula-mula jadi begini dan disapa. cuba gak google kot-kot ada 20 orang kerumun tapi takda pulak. Mungkin semut api....

Tup-tup jadi begini. agak kebal jugak la sebab kena keromok 20 orang agak clean dan hampir nampak takda pape. Mungkin mata gua kabur...

Terus jadi gini... kronik gak. Gua boleh simpati je la.....
p/s lagi senang update pakai pc rupanya....

Monday, October 5, 2009

Laporan dari Bagan Pinang oleh pak uda gua.

Tadi balik dari opis gua terus balik kampung. Saja nak tengok tanaman gua, alih-alih jumpa pak uda gua tengah mesin rumput. Laju betul dia buat kerja, kalah gua. Gua bagi salam terus tak laju kerjanya. Ntah pape ntah....

(bersambung pasal gua ngantuk)

Saturday, October 3, 2009

Cerita Orang Bagan Pinang

Maka bertandinglah mereka itu di Bagan Pinang. Boleh la mereka itu tampal poster dan berkempen. Lobi-melobi pun boleh jugak. Ada yang berpeluh, ada yang tidak. Yang pasti orang PD berpesta dan gelak-gelak..

Tak jadi gua nak pegi rumah Mak lang gua,road block mesti banyak...

Friday, October 2, 2009

Good Bye Yoshihito Usui.....


FANS of popular cartoon Crayon Shin-chan need not worry that they will not get to see the boy any more following the death of his creator Yoshihito Usui.


Sin Chew Daily reported yesterday that there are plans to have other cartoonists draw the character because of his popularity in Japan.


The daily, quoting a newspaper report in Japan, said Usui’s family had also agreed to let other cartoonists continue drawing the boy.


It has been reported that the body of Usui was discovered at a cliff of the 1,423m Mount Arafune in Japan recently. - + selanjutnya

Hilang lagi satu mahakarya gila-gila yang mana gua adalah peminat setia. RIP.