Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, October 20, 2009

YANG PENTING ADA PROJEK...

LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan "jambatan separuh" bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketuanya, Nawawi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

"Pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

***

Dapat buat tiang jambatan pun jadik....

Apa ke haram pulak buat jambatan separuh-separuh ni? Gila ke apa?

No comments: