Abang topi merah mana? Jaga lembu korban ke? Cait.....
KJ ngata orang demo ni beruk? Mau atau tidak telan fakta ni wahai gerombolan?
Haih Malaysiaku!!!!
Perkongsian spontan tanpa kredit
Monday, November 30, 2009
Apa dah jadi dengan Pulau Pinang?
Statement serupa Kongkeng.
Mereka-mereka itu pengecut.
Persoalannya ada ke MB atau menteri semacam beliau? Ada atau tidak? Dan yang bersih/humble semacam beliau? Ada atau tidak? Tak kira MB pakatan atau gerombolan dan sila tunjukkan.
Sejak 10 Nov 2009 beliau di hentam kiri dan kanan. Takder belas kasihan malahan kenyataan beliau diputarbelit oleh wartawan laknatullah yang memang tak takut azab kubur dan neraka. Pasal apa jadi begini?
Otak tak berapa cerdik milik gua menafsirkan bahawa menjelma isu ini hanya setelah kick@feet di tendang keluar dari PMBK. Lepas satu satu masalah timbul. Lepas sorang sorang kena kitai. Semuanya punyai pertalian rapat dengan beliau(TGNA).
Menceceh hari-hari gerombolan mengatakan Melayu sudah berpecah dan lemah. Sudah boleh dibeli/diperkudakan oleh bangsa lain. Namun akhbar hari-hari hentam seorang yang sehumble beliau(TGNA). Apa bangsat punya kes jadi macam ni? Hanya kerana politik@kuasa kepartian maka negara ini sudah di injak-injak moralnya.
Sesunggunya 100% gua yakin selagi mana tak dikuburkan/dinyahkan gerombolan ini dari bumi bertuah ini selagi itulah fitnah semacam ini menjadi santapan harian rakyat Malaysia. Kot nak tuduh bahawa Pakatan Rakyat yang kaki menfitnah sekalipun, sekurang-kurangnya mereka ini disiasat dan di heret ke mahkamah. Gentle la jugak. UMNO a.k.a gerombolan ada berani? Khak tuih laaaaaaa.....
Mereka itu bacul walaupun ada senapang
Kamu menjatuhkan diri kamu sendiri. Asalnya kamu dihormati namun kini tidak mustahil muka kamu yang jernih itu bakal bertepek ludah merah berbau daun sireh. Lagi malang kalau ada yang berbau petai dan jering bagai. Insaflah...
Yang keduanya gerombolan. Nak gua ulas?
Mereka itu cuma ingin menadah tangan berdoa. Tiada pun Assault rifle/ Machinegun/ revolver/ M4/ Steyr/ AK47/ Lastik ball-bearing/ Senapang gajah/ Keris/ Samurai sword/ Kerambit/ dll di celah-celah ketiak/lengan/betis/peha/jari/tangan mereka. Tadah tangan cuma mahu mohon diberikan keadilan kerana kamu itu zalim. Kamu itu perompak yang cakap kamu hanya boleh di fahami oleh daun senduduk yang berkeliaran di pagar-pagar kubur tak pun kebun-kebun petani yang pemalas. Selayaknya kamu memang begitu.
Begitu takut sekali ya kamu ni wahai gerombolan....
(Dengarnya Inul dapat juga buat konsert. Tuan mufti dan pencacai tidak mahu ulas? Manalah tahu kot kalau geleknya itu boleh menolak bala!!!!!!)
Kehkehkehkeh.......
Anwar vs Mahathir
nota: Eleh, paham dah. Orang tua tu kang macam-macam hal. Macam la tak tau.
***
Kes Linggam takkan senyap je, boringla camni..... (lawak spontan tu!!!!)
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Sunday, November 29, 2009
Apa khabar mamat ni skang?
Makluman dan perhatian.
Saturday, November 28, 2009
Simpati buat Taufik...
Pedihnya jiwa bila pakai turbo...
Friday, November 27, 2009
CHE DET vs BARRY WINE.
BNM mula siasat MB N9.
Oh Kelantan! oh TGNA!
Bukan tak pernah berlaku huru-hara macam ni sebelum ni tapi untuk tahun ni TGNA cukup panas. Lepas satu hal datang lagi macam-macam hal.
Adakah terjadi punyai maksud tersirat? Maklumlah dah 19 tahun...
Wednesday, November 25, 2009
Laju sangat majunya negara ini...
Biar betik.... Arak? Babi? GRO yang bayar cukai? Bapak ayam? Emak itik?
Takpelah.. kitakan urban....
Lama saya tak update rupanya...
Tu pun kalau IQ pemimpin tahap-tahap cerdik la. Kot tahap longkang kirim salam.
nota: berapa harga minyak RON95 sebelum subsidi? cuba teka...
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Ngata orang dia yang lebih..
Yang mengata tu level jawatan tahap-tahap tinggi jugak rasanya tapi IQ tahap-tahap kongkang...
Rasa-rasanyalah....
Monday, November 23, 2009
Tak tau dah istilah apa yang sesuai untuk puak-puak spesis macam ni.
Gua terpikir, kenapa samapi takut sangat puak-puak yang gua tak tahu nak gelar apa ni sama dengan DSAI. Gua ingat kalau Osama Laden tak pun Robin Hood datang ceramah la kat Kulai tu takder kot sampai kecoh-kecoh macam ni.
Slogan macam biasa la tuan-puan. "Pengkhianat Negara" dan "Kaki Bontot" zikir yang selalu bermain di mulut-mulut puak yang tak tahu la gua nak gelar apa.
nota: Kita semua tahu apa puncanya jadi kes macam ni. Kalau gua ulas jugak dalam entry ni bermakna ini adalah ulasan yang ke 3987456876239287637847 kali untuk puak-puak yang tak tahu gua nak gelar apa ni supaya paham dan hadam.
*Sape pernah tengok rencana dari Channel Discovery pasal Maknyah kat India?
Sunday, November 22, 2009
Kisah lembu..
Lembu Khalid, lembu Najib dan lembu Shah Alam.
SPRM mana? sudah jadi lembu ka??????Kesian pada rakyat Malaysia, kalau tak sedar dan buat-buat bodoh akan
isu ni maka terang lagi bersuluh kau juga telah dilembukan oleh
gerombolan.
Apa cerita subsidi minyak tahun depan? Masih nak lembukan rakyat lagi?
Saturday, November 21, 2009
Buang masa... (takyah tengok)
吃饱经营救出来临摹本人名牌照片子弟妹夫妇科普及其余力度量刑法官腔调查阅读书面试行不要求婚姻缘分别的确定期间接受伤心里面对方法院校园林业务必须知道理想去年龄
人才能力中午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路上午饭店铺路
Tuesday, November 17, 2009
UMNO yang tak sudah-sudah menyusahkan orang
Tak beragak langsung SPR nih!!
Suatu sistem yang dah terbarai. Penjilat yang tak tahu malu. Cilakak!!!!Kot la kes ni kena kat PR.....
Monday, November 16, 2009
Manusia menilik, tuhan yang punya kuasa. Toksah la nak ek!!!!
Kot dah bersepah fitnah macam gossip artis berkemban, budak berjimak atas batu bersepah, minum arak macam minuh teh o ais limau jadilah sumo tu mengundang balo. Koso tuhankan?????
Situasi sekarang? cacamerba dan kelam-kelibut. Dengan politiknya,sosialnya, rasuahnya, rosmahnya, hassan alinya, rasul melayunya,
sumpah-sesumpahnya......
MACAM NAK UNDANG KIAMAT!!!!
*gambar cikun dari isuhangat.net tanpa izin.
Saturday, November 14, 2009
Kesian KJ
10 tahun gerombolan tuduh Anwar macam-macam sampaikan skrip drama liwat lagi teruk dari cerita raja lawak dan mamat kongkeng ni masih lagi menyalak bukit..
Untuk pengetahuan brader KJ, 1 dunia tahu semua ini cerita bohong termasuklah maknyah dari Afrika dan Bosnia dan engkau yang kononnya graduan U Oxford, kaya, urban, kurang hensem, up to date, ada twitter dan blog serta menantu x-PM boleh jadi bangang tahap babun ni??
*Oxford sila tarik sijil mamat ni, memalukan!!!..
Friday, November 13, 2009
Remaja perempuan yang urban kononnya...
Gua copypaste dari isuhangat.net
Mereka-mereka ini yang tak jadi isu dalam negara. Berfikiran terbuka kononnya. Up to date dan maju serta tidak jumud dalam apa jua segi. Menjadi kebanggaan negara dan aset masa depan. Para pimpinan politik memandang mereka ini baik akhlaknya dan hanya mencari rezeki yang halal. Agamawan yang menegur dilabel ekstrem serta bodoh dan otak tersepit dek ketatnya serban.....
Kemain semangat buaya-buaya ingin menerkam. Lu agak-agak gambar yang di tangkap untuk buat stok apa?
Riang-ria dek sebab kejahilan. Mereka ini cuma mencari rezeki yang halal!!!!. Khhaaaaaakkkk tuuuuiiiihhhhhhhh
Perghhh, angle terbaik. Role model masa depan.
Belia pewaris negara!!!!!
*kredit tu isuhangat.net
Cek Bala
Hahahahahaha....
Mana tau jugak cek tendang...
Kehkehkeh...
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Thursday, November 12, 2009
Bunian oh bunian....
Yang meninggal dah semadi .. yang trauma, dihantar kaunseling. Yang salah, sampai sekarang tak jumpa. Bunian .. oh bunian. SPRM pun macam bunian.
Perbelanjaan setahun Ketua Menteri Melaka!!!!
PAS, KEADILAN dan DAP Melaka apa lagi buat risalah, banner sebar takkan itu pun nak tunggu ?
Pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh kepada Ketua Menteri Melaka mengenai kos sewa dan kos penyengaraan rumah rasmi Ketua Menteri:
Soalan 1:
Nyatakan jumlah perbelanjaan sewa kos serta kos penyengaraan (maintenance) bulanan bagi rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.
Soalan 2:
Nyatakan jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.
Soalan 3:
Nyatakan bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah rasmi Ketua Menteri dan tugas masing-masing.
Setelah ditanya dan inilah jawapan Ali Rustam kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat
Jawapan 1:
Kos penyengaraan RM595 098.40.
Jawapan 2:
Jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom sejak Januari 2008 sehingga Jun 2009 adalah:
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00
Jawapan 3:
Bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah ini dan tugas masing-masing:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun
Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009 adalah RM 962 807.40. Adakah pembaca rasakan ini relevan sehingga mencecah RM1 juta dalam masa setahun setengah sahaja kos penyengaraan mencecah angka yang begitu besar? Renung-renunglah kepada rakyat Melaka yang mengundi Ali Rustam dan pada masa sama menindas rakyat.
:sumber chegubard:
Wednesday, November 11, 2009
Harapan RPK, harapan saya dan harapan???
Individu menentang individu yang lain tapi individu yang kedua ada kekuatan satu negara+bini. Kelakar... Jawapan hanya cukup dengan 1 penafian di media. Tidak perlu yang lain-lain seperti mahkamah contohnya. Uniknya 1Malaysia!!!
Logiknya PM tak perlu diganggu, dia sibuk mengurus negara@membikin projek@menubuh jawatankuasa@memilih lagu 1Malaysia. Tahu tak??
***
Seronok tak jadi Deepak? rasa-rasanya?.
..
...
Semoga beliau terus diberi kekuatan dan keberanian bagi mendedahkan
saki-baki misteri pembunuhan kejam terhadap Altantuya
Pantun kalau malas study (isuhangat)
Can’t study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.
*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.
Tuesday, November 10, 2009
MORAL???
Lu orang boleh faham tak? Saiko betul pakcik sorang ni...
***
Sakit pulak perut gua ni...
Monday, November 9, 2009
Apa nak jadi dengan PAS ni?
Eh, hello!! UMNO dah nazak tu takkan masih nak main konda-kondi lagi.. aduh!!
AMIK HATI RAKYAT BUKANNYA AMIK HATI NYAMUK...... KONGKENG!!!
takda tajuk
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Saturday, November 7, 2009
Friday, November 6, 2009
Sultan Tegas Isu Tauliah - Sinar Harian (6/11/09)
Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah.
“Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah.
“Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam.
“Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagi mengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” katanya.
Dalam pada itu katanya, baginda Sultan turut mengambil berat tentang perpaduan rakyat terutamanya umat Islam di negeri ini.
“Baginda turut bertitah supaya orang Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta perlu menjaga keharmonian di negeri ini dan mengingatkan supaya semua masjid di negeri itu tidak boleh dijadikan gelanggang politik yang boleh menyakitkan dan memecahbelahkan perpaduan ummah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Jais menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan ceramah tanpa tauliah.
Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan di antara beliau dan Exco Kerajaan Negeri dengan Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi kelmarin turut membincangkan mengenai penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Kedah Cemerlang!!
***
Pak Jeeb boleh ke buat macam ni????
Atau mungkin jugak MB Kedah pandai meniaga unta???
Thursday, November 5, 2009
Update terpantas selepas maghrib.
2. Kes MB Perak tangguh tak tau bila boleh dapat jawapan.
3. Tiket final bola Piala Malaysia yang dijual di Kota Bharu licin
tapi kat Seremban tak pasti pulak.
Sekian.
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Semoga Ustaz Zamihan diberikan kekuatan.
Untuk ajaran Dr Asri, bersepah di Youtube dan kadangkala terpapar di dada akhbar dan di dalam penulisan buku beliau sendiri. Itu sendiri akan menjawab isu pertuduhan Ustaz Zamihan pada peringkat awal. Manakala isu sijil yang panas sehari dua ini nampaknya beliau tidak cepat melatah dan terus memohon maaf dengan segera. Kita nilaikan sendiri.
Perbalahan di antara Dr Asri dengan Ustaz Zamihan saya kira sudah lama. Isunya tertumpu pada perkara Salafi-Wahabi. Yang ini saya serah pada pembaca untuk menilai. Bahkan ianya cukup lama saya kira berdasarkan pada kitab-kitab kuning yang mengulas isu ini secara panjang lebar oleh ulama'-ulama Nusantara (merujuk pada tulisan Allahyarham Ustaz Wah Shoghir). Kita tinggalkan part itu.
Bergelodak isu ini adalah berita penangkapan Dr Asri bila beliau dikatakan mengajar tanpa punyai tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor. Seputar tulisan yang banyak di blog-blog yang rutin saya lawati melahirkan rasa terkejut pada hal ini. Ia agak ganjil juga bila seorang yang tak punyai tauliah itu adalah pemegang Ph.D(Agama) dan juga bekas mufti. Maka disini gua lampirkan jawapan dari ustaz Zamihan sendiri:
Pihak Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang didapati berceramah agama tanpa tauliah tanpa mengira kedudukan profesional, akademik @ sosial individu berkenaan. Namun di dalam enakmen yang berkaitan, tauliah boleh dikecualikan. Contohnya, jika individu tersebut mendapat jemputan 'rasmi' sebagai penceramah dari pihak berkuasa Agama Negeri (Jabatan Agama, Majlis Agama dan Jabatan Mufti). Atau menjadi tetamu istimewa Baginda Sultan. Memandangkan, Dr Mohd Asri tidak memiliki tauliah mengajar Agama Negeri Selangor, maka penahanan beliau adalah sesuatu yang biasa berlaku. Beliau juga boleh ditahan dimana-mana negeri sekalipun atas kes yang sama.
Sebenarnya, pihak berkuasa agama tidaklah terlalu 'jumud' dalam mengendalikan isu tauliah. Mana2 individu yang ikhlas berdakwah, menguasai disiplin ilmu agama, kebolehan @ kepakaran di bidang agama adalah dibenarkan berceramah. Kebenaran ini diberikan selagi mana penceramah berkenaan tidak menyampaikan pandangan yang bertentangan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa, tidak melibatkan politik kepartian dan tidak mencetuskan kontroversi agama. Atau tidak timbul sebarang laporan dari penduduk terhadap ceramah yang disampaikan. Jabatan Agama Islam mengenalpasti ramai yang tidak mempunyai tauliah. Tetapi, Jabatan masih tidak mengambil sebarang tindakan drastik untuk menahan mana-mana pendakwah. Sebaliknya, pihak Jabatan Agama sanggup mengeluarkan budget serta memberikan ruang dan peluang untuk memohon tauliah. (klik untuk selanjutnya)
Saya tegaskan di sini, isunya bukan Salafi-Wahabi tetapi isu pentauliahan. Kalau nak berkuntau isu Wahabi saya rasakan di sini bukan tempatnya. Cukuplah saya kira jawapan dari Ustaz Zamihan di atas. Tak kira apa Jabatan@Agensi kerajaan tetap punyai kelemahan, namun dari apa yang berlaku pada Dr Asri saya merasakan penguatkuasaan itu berlaku dan beliau terkena kali ini (jika merujuk surat amaran yang telah di hantar sebelum ini kepada beliau : KP JAIS).
Semoga Ustaz Zamihan diberikan kekuatan dan saya tetap menyokong beliau........
Yang Benar:
lamputih@antusabun@gua
****
Jawapan pada isu tauliah ini warisan penjajah:
SILA RUJUK PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH INI :
"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-
Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:-
Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya
Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya
* Boleh tangkap tanpa waran
[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]
Ekslusif: Habis handal la ni.....
Dipost bagi meredakan ketegangan perbalahan diantara Dr Asri dan Ustaz Zamihan serta debaran menunggu keputusan Mahkamah isu MB Perak yang sah. Releks......
Puak-puak yang mengaku Urban@Indie....
Merasakan wajahnya tersangatlah ayu....
Lagi sasa dari gua!!
Lu bayangkan mamat ni sesat kat Kampung Lonek, Kuala Pilah!!!
Cilakak... tengok la bibir dia yang pink tu!!!
Yang lepas gua pernah post produk dari Thailand. Dan yang ni pulakdari negara belah-belah benua Afrika nun. Banyak lagi sebenarnya tapi
kang teruk pulak gua kena macam-macam nanti.
Gua post benda alah ni hanya untuk rujukan agar kita semua tak tertipu
mana yang tulen dan mana yang water set....kahkahkahkah
Kredit pada pengirim E-Mail yang berkenaan..:)
***
Paling tak boleh tahan siap ada yang tak cukur misai, bapak la kodi
gila bapok Afrika ni. Budget rendah kot sebab persaingan tak
sengit...hehe.
Kot Mr Kannan "the Santan King" tengok ni mesti dia happy...:)
.
Wednesday, November 4, 2009
Wang Ehsan Untuk Kelantan
Kenapa Ehsan ini tidak diguna pakai pada Negeri Terengganu(Sebelum PAS) dan Sabah?
Jarak Pelantar di perairan Laut Cina Selatan dan Terengganu adalah 220KM dan Sabah pula 210KM. Manakala Kelantan dengan JDA cuma 150KM.
Bayaran dibuat setelah Kerajaan Pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan.....bla bla bla
nota: Gua dah tak reti nak kata apa... (tiris berbelanja confirm akan berlaku seperti beli laptop 2 unit berharga 84k oleh MARA baru-baru ni)
Monday, November 2, 2009
Perpaduan taik palat!!!
Persoalan:
Kenapa tidak dengan Anwar?
Kenapa mesti dengan PAS?
Perpaduan yang macam-mana kalau bukan kerana politik?
Nak kena ludah?
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Dr MAZA di tangkap malam tadi.
Pelbagai andaian yang terkeluar. Tak tau mana satu betul dan yang salah. Isu politik la, isu beliau yang agak keras dalam berpendapat la, isu wahabi la, isu itu la, isu ini la... nyampah gua.
Ada yang kata beliau dilakukan sebegini rupa kerana tolak jawatan di dalam YADIM, atau juga pasal beliau mula berjinak-jinak dengan pembangkang... entahla...
Pastu ada pertikaian dalam JAIS menjalankan tugas. Kenapa tak tangkap yang buat maksiat berleluasa tu??? pun gua geleng kepala ajer laaaaaaaaaaaaaaa.......
Lu nak gua bagi kesimpulan?
Lu buatla kerja camna pun, ikhlas bagai nak rak sekalipun, tetap akan ada kontroversi dan sejarah telah membuktikan. Kita kena faham akan isu tangan ghaib disebalik setiap kejadian. Lu ada otak lu pikir sendiri.
nota: Tapi gua lebih suka fokuskan pada isu kenapa PGSM dan 12 NGO Islam membantah kemasukan beliau di dalam YADIM dan siap hantar memorandum bantahan kepada YDP Agong.
Biasalah tu tuan doktor, barulah true jadi ulamak ni bila kena sumbat dalam penjara. Cuma benar atau salah tu kita serah je pada Allah. Tak gitu?
June 2011 rakyat Malaysia akan dihulu-hulukan..
Baik, kembali pada tajuk. Jun 2011 akan diberhentikan import bagi barangan terpakai (used) komponen kereta. Oh! berita sedih buat pencinta modifikasi kereta dan pengumpul kereta-kereta lama (juga yang tak berapa nak berduit).
Nak bagi paham gua bagi contoh kat bawah:
- Lu pemilik Mercedes oldskool tahun 1980. Condition tip-top dan pemanduan pun mantap. Lu bahagia dengan kereta mewah ni. Cat pun cantik lagi dan apa gila nak trade-in tukar kereta VIVA yang selekeh tu. Sekali satu bala dah datang lu eksiden pada Ogos 2011. Setan dah gelak besar, lu dah mencarut-carut. Mintak maap bai, lu dah boleh antar scrap kereta vintage lu tu. Spare-part kereta lu dah jadi sejarah. Lagipun mana lu nak dapat fender ngan grill keta lu yang brand new apatah lagi lampu lu yang gedabak tu....
- Lu datang dari keluarga sederhana. Nak pakai motor kesian anak bini berhujan berpanas. maka lu beli la Kancil second hand. CCnya cuma 660. Senyum manjang lu orang satu keluarga. Bolehla jalan-jalan pegi pantai Port Dickson yang cantik ibarat syurga tu. Kereta second hand maknanya kualiti pun second hand la. Beli pun kereta tahun 1996 yang berharga cuma RM5500. Murah dan berbaloi. On the way ke Pantai Port Dickson kereta lu buat hal. Tow ke bengkel bila dah check sekali gearbox yang problem. Datang sekali bala yang kedua kejadian pulak berlaku pada Februari 2012. Untuk pengetahuan pembaca setia sekalian gearbox Perodua Kancil 660 yang di jual di Perodua Servis Center berharga RM11,000 siap upah pasang. Berbaloi kan????
- Kisah ketiga dan terakhir. Lu agak mampu pakai Honda City baru yang faceliftnya ala-ala robot Transformers. Warranti ada lagi 2 tahun. Tapi yang jadi masalah bila bala yang kunjung tiba hanya menjelma pada April 2013. Anak-anak pulak dah besar-besar mula merengek nak beli benda bukan-bukan, Alang-alang bela la kereta separa mewah tu dari dijual pun harga merudum kaw-kaw. Sparepart untuk gearbox tiptronicnya? Boleh dapat tak dengan harga timbang kati kat Pusat servis dan jualan HONDA?
Apa opsyen yang lu orang ada? Nak tukar kereta setiap lima tahun? Atau bila dah abis bayar je cepat-cepat usha katalog kereta-kereta terbaru yang mengancam untuk disambar? Takkan lu yang bergolok-bergadai membeli Myvi SE tu nak pakai dalam tempoh lima tahun aje? Nak pakai motor? naik bas atau LRT?
***
Adakah semua orang mampu untuk beli kereta baru? Bagaimana dengan industri kereta terpakai? Kesimpulan gua, seronoklah mereka-mereka yang punyai syer di dalam Perodua dan Proton........ tak gitu?
Punyalah gua ni tak true fan N9...
.
..
...
....
takpun sukan bola negara ni yang kodi??. kahkahkah......
Jangan marah ye suami Rita Rudani!!!.
.
--
.......
Sent from my CSLberry wireless device via Digi-CSL Mobile
Sunday, November 1, 2009
Seronok bila dapat tengok cili ganjil ni.
Cili bercabang unik. Hasil gua berpeluh bersama rakan-rakan.
Alhamdulillah..
****Pertanian adalah perniagaan.