Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, January 11, 2010

Rugi RM30j kerana cacing

KULIM: Terpedaya dengan pulangan sekali ganda dalam 12 bulan melalui skim pelaburan penternakan cacing, kira-kira 3,000 pelabur mendakwa mengalami kerugian RM30 juta apabila penganjurnya menutup operasi dan menghilangkan diri sejak Khamis lalu.

Malah, pejabat penganjur skim itu di Jalan Kilang Lama di sini, dikatakan disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunas sewa hampir RM10,000.

Difahamkan, lebih 200 laporan polis dibuat oleh pelabur setakat ini. Laporan juga dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nota: kesian. Makin ramai yang kena tipu sekarang. Macam-macam produk dan bahan. Meriahnye sekejap aje. Biasanya yang mula terlibat dialah yang masyuk. Benda yang manjang masyuk tapi orang tak join secara berjemaah ni MLM Heroin dan Kokain je. Nak mampos!!

Yang gua pelik, yang pegi buat cacing ramai-ramai tu pehal? Orang bukan makan cacing macam makan nasik. Ludah aje orang yang kobar permintaan tinggi dan market meluas la, pape aje la. Dia start nak kelentong la tu. Pesal dia aje tak buat. Nak pulak buat cacing. Jauh bonar matematik permintaan tinggi tu. Kot usaha sawah ngan ladang tebu logik la jugak. Nak pulak skang trend barang makan naik harga. Hehe....

Perusahaan tol jalan-jalan kampung takda ke? Den teringin jugak nak jadi konsesi. Kahkahkahkah..

No comments: