Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, September 23, 2010

Indon yang bodoh dan bongkak serta majikan yang perangai serupa pundek!

Perangai serupa binatang punya majikan. Indon ni pun satu hal. Lu ligan Serbia la kalau jantan sangat!

Kumpulan BENDERA bantah kes dera amah, desak rakyat kita tinggalkan Jakarta

JAKARTA: Kira-kira 500 orang menaiki motosikal mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini, membantah kes terbaru penderaan pembantu rumah di Malaysia.

Kumpulan penunjuk perasaan berkenaan berhimpun di luar rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin menuntut beliau meninggalkan republik itu dalam tempoh dua hari.
Penunjuk perasaan juga mengancam untuk meronda pusat beli-belah tempatan untuk mengusir warga Malaysia.
Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam dua hari. Jika beliau tidak berbuat demikian kami akan menceroboh masuk rumahnya dan membawa keluar semua barang di dalamnya, kata Mustar Bonaventura dari kumpulan nasionalis, Benteng Demokratik Rakyat (BENDERA) yang menganjurkan tunjuk perasaan itu.
Malaysia sudah bertindak keterlaluan. Pembantu rumah kita sekali lagi didera dan diperkosa. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya.

Penunjuk perasaan itu menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia dan membawa sepanduk Ganyang Malaysia.

Penganjur berkata mereka akan bertindak mensasarkan rakyat Malaysia yang keluar membeli-belah di ibu kota itu.
Kami akan memberitahu rakyat Malaysia di pusat beli-belah Senayan City agar tidak lagi membeli-belah di Indonesia dan berambus. Namun kami akan memberitahu mereka secara sopan santun bukan seperti rakyat Malaysia yang mendera dan memperkosa itu, kata Bonaventura.

Bagaimanapun konvoi penunjuk perasaan yang cuba memasuki Senayan City dihalang polis 100 meter sebelum pintu masuk utama pusat beli-belah itu.

Mereka cuba berunding dengan polis agar membenarkan 65 daripada penunjuk perasaan memasuki pusat beli-belah itu, tetapi tidak dibenarkan polis.

Malaysia semalam mengecam sebarang tindakan mendera mana-mana pembantu rumah selepas munculnya satu kes pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun yang didakwa dianiaya dan diperkosa majikannya di Pulau Pinang.

Pasangan majikan terbabit bagaimanapun sudah ditahan pihak berkuasa.
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar kelmarin melarang calon pembantu rumah negara itu untuk bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan pembantu rumah Indonesia di Pulau Pinang pada 13 September lalu. AFP/Agensi

1 comment:

opisboi said...

lagi drama swasta...hehehehe..siapa yg tak ada teloq?negara dihina sedemikian ruper masih tak nak bersuara lagi?