Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, September 6, 2010

Liberal? Apakah?

Ya, memang kita sudah di akhir zaman. Pabila semua orang boleh berkata-kata apa yang dia rasa boleh cakap walaupun dia sebenarnya pandir. Atas nama hak kebebasan bersuara yang WTF! padahal ia sebenarnya boleh mengganggu gugat akidah. Ini gua lihat banyak berlaku. Apa korang ingat bercakap perihal agama ini macam kunyah kacang goreng? Pundeklah!!!

Bukan gua mahu mendabik dada berkata perihal agama jauh sekali bersifat takabbur dengan ilmu yang gua ada. Namun gua lebih senang bersifat hati-hati dalam urusan agama Allah. Perihal banyaknya cabang ilmu teras dalam agama dan jauhnya gua dari zaman Rasulullah maka kita-kita ini eloklah lebih banyak berdiam diri sebenarnya.

Melewati bebarapa blog yang berbicara perihal agama dan selamba badak menghentam atas dasar liberal itu memang banyak gua jumpa. Ilmu ini yang korang boleh bersuara dan menaip padahal hanya kutip dari Google, bersiaplah bala Allah yang akan turun kerana jelas sudah tanda-tanda akhirnya umat Muhammad di muka bumi ini.

Kenangan di timur tengah betapa mereka-mereka ini mahir segala lapangan ilmu dan Qur'an tersemat di dada, gua pasrah. Gua terlalu jauh. Disiplin gua hancur walaupun tidak sedikit buku yang gua khatam talaqqi bersama-sama Sheikh gua di ardul kinanah dahulu.

Biarlah kita bersederhana. Walaupun pendapat mereka itu berlainan dengan kita, apa yang penting kita periksa dulu di dada kita ini. Layakkah kita....

(Memang kita Melayu semakin jauh dari agama ini tapi janganlah kita antara punca masyarakat jadi sebegitu. Kita perlu jadi sebaliknya.)

No comments: