haha.. Layankan aje. Harapkan Sepang Drag ape jadah keta ada Aircond pun join..
Perkongsian spontan tanpa kredit
Tuesday, August 30, 2011
Mat Sabu Bukan Penghianat
DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.
Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?
Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.
Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.
Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu
Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.
Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.
Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.
Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)
Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?
Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.
Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.
United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.
Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.
Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.
Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.
Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.
Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.
Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.
Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.
Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.
Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.
Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.
Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Perid. End. Fin.
Original Page: http://malaysia-today.net/mtcolumns/dari-jelebu/43132-mat-sabu-bukan-penghianat?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Saturday, August 27, 2011
10 Penipuan Yahudi
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang berkunjung ke laman ini.Pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 10 penipuan besar yahudi kepada penduduk dunia.
Michel Collon, seorang wartawan dan pengarang berketurunan Belgium dalam bukunya "Israel, let's talk about it," telah menempelak media Eropah, yang sejak berdekad yang lalu telah menipu pandangan umum kerana menyokong Israel.
Michel Collon
Collon dalam bukunya telah merumuskan "10 Penipuan Besar " yang tersebar dalam media Barat semata-mata untuk menjustifikasikan kewujudan dan tindakan Israel selama ini. 10 penipuan tersebut adalah;
1. Penipuan pertama, Israel bertapak ekoran dari reaksi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi semasa Peperangan Dunia Kedua. Hakikatnya, tanggapan ini adalah palsu. Israel sebenarnya adalah satu projek mendominasi dunia yang telah diluluskan dalam Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dalam kongres tersebut, pejuang-pejuang kebangsaan Yahudi telah bertegas dan mengambil keputusan untuk menduduki tanah Palestin.
2. Justifikasi kedua untuk pendudukan dan pengesahan Israel adalah, bahawa bangsa Yahudi terpanggil untuk kembali ke tanah nenek moyang mereka di mana satu ketika dahulu mereka telah diusir pada tahun 70 M. Ini adalah cerita dongeng. Saya (Michel Collon) telah bersembang dengan seorang sejarawan Israel, Profesor Shlomo Sand dan beberapa sejarawan yang lain, Mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku "penghijrahan keluar beramai-ramai" bangsa Yahudi. Jadi apa maknanya "kembali". Tiada makna. Manusia yang mendiami Palestin tidak pernah meninggalkan tanah purba itu. Keturunan Yahudi yang mendiami Palestin sebenarnya adalah mereka yang tinggal bersama penduduk asal di situ. Puak-puak yang menuntut, kononnya untuk kembali ke tanah leluhur mereka, sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur serta Afrika Utara. Sand juga menyatakan bahawa bahgsa Yahudi sebenarnya tiada negara. Mereka juga tiada sejarah umum, bahasa dan kebudayaan. Satu-satunya benda umum yang mereka miliki adalah agama mereka dan agama tidak membentuk negara.
Profesor Shlomo Sand
Shlomo Sand
3. Ketiga, apabila orang Yahudi menduduki Palestin, ia adalah sebuah tanah yang kosong dan tidak diduduki. Ini satu penipuan di siang hari. Terdapat dokumen-dokumen dan bukti yang menjelaskan bahawa pada kurun ke 19 hasil pertanian rakyat Palestin telah dieksport ke beberapa buah negara termasuk Perancis.
4. Ada manusia menyatakan bahawa orang-orang Palestin meninggalkan tanah air mereka atas kehendak sendiri. Ini satu lagi pembohongan. Ramai yang percaya dan yakin, termasuk saya sendiri dan juga sejarawan Israel seperti Benny Morris serta Ilan Pappe berkata bahawa bangsa Arab Palestin telah pergi dan diusir dari tanah mereka secara paksa dan ugutan.
5. Pembohongan menyatakan bahawa Israel hari ini adalah satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan ia patut dilindungi. Ia adalah negara berdaulat. Tapi lubuk hati saya menyatakan ia bukan negara berdaulat. Ia adalah satu-satunya regim dan tiada undang-undang yang menjelaskan dan menggariskan sempadan dan wilayahnya. Semua negara di dunia memiliki perlembagaan yang mendefinasikan wilayah dan sempadannya. Israel adalah projek perluasan kuasa yang tiada sempadan negara. Undang-undangnya sama sekali bersifat perkauman. Mengikut undang-undang ini, Israel adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi dan rakyatnya yang tidak berketurunan Yahudi adalah manusia yang tidak perlu dihormati.
6. Pembohongan mengatakan bahawa Amerika Syarikat berusaha untuk melindungi demokrasi di Timur Tengah dengan cara melindungi Israel, dan kita tahu bahawa belanjawan tahunan Amerika memperuntukkan sejumlah 3 billion dolar sebagai talian hayat Israel. Wang ini digunakan Israel untuk mengebom negara-negara jirannya. Dan Amerika bukan sekadar untuk "memantapkan demokrasi" dengan cara begitu tetapi juga untuk memastikan pengaliran minyaknya tidak terganggu.
7. Mereka berpura-pura kononnya Amerika berusaha mencari perdamaian antara Israel dan Palestin. Ini juga satu penipuan yang nyata. Setiausaha Agung Majlis Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah memberitahu Israel "Anda adalah negara ke-21 Kesatuan Eropah". Industri Persenjataan Eropah, sejak dahulu bekerjasama dengan angkatan tentera Israel dan membantu kewangannya. Apabila rakyat Palestin memilih kerajaan mereka, Eropah tidak mengiktiraf dan memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza.
Javier Solana
8. Apabila anda bercakap tentang fakta-fakta ini serta sejarah Israel dan Palestin, dan apabila anda mendedahkan laba yang dikecapi Amerika dalam situasi ini, anda akan dilabel sebagai anti semitik, supaya anda diam. Tetapi kita patut menyatakan bahawa apabila kita mengkritik Israel, ia bukanlah perkauman atau anti Semitik. Kita mengkritik kerajaan yang tidak mempercayai kesamaan Yahudi, Kristian dan Islam yang boleh membawa kepada kehancuran perdamaian di antara pengikut ketiga-tiga agama ini.
9. Media massa menyatakan bahawa orang-orang Palestin mencetuskan keganasan. Kita menyatakan bahawa kerja masa lapang tentera Israel adalah menimbulkan keganasan dan ketakutan. Polisi merampas tanah dan rumah yang dicuri dari rakyat Palestin adalah keganasan.
10. Isu yang sering ditimbulkan adalah, tiada jalan untuk memecah kebuntuan dan polemik Israel-Palestin ini. Tiada berkesudahan dan tiada penyelesaian untuk menghilangkan perasaan benci, dendam yang diakibatkan oleh Israel dan konco-konconya. Tetapi hakikatnya memang ada jalan penyelesaiannya. Satu-satunya cara untuk menghentikan proses ini adalah dengan memberikan tekanan tekanan umum terhadap rakan subahat Israel di Amerika dan Eropah dan negara-negara lain. Tekanan terhadap media massa yang menyembunyikan kebenaran dan tidak bercakap benar tentang Israel. Menggunakan Internet atau apa sahaja media untuk menerbitkan berita-berita sebenar tentang Palestin.
sumber:Carigold.com
Original Page: http://www.2dayblogger.com/10-penipuan-besar-yahudi-terhadap-umat-islam/
Friday, August 26, 2011
The Bestest Steve Jobs Quotes
They don't make 'em like Steve anymore. Not only was he clairvoyant about technology but he's always had a zinger ready to go and he was never afraid to use it. Here are our favorite Steve Jobs quotes:
On Apple:
"We have always been shameless about stealing great ideas."
—PBS Documentary, Triumph of the Nerds, 1996
"It's really hard to design products by focus groups. A lot of times, people don't know what they want until you show it to them."
—BusinessWeek, 1998
"If I were running Apple, I would milk the Macintosh for all it's worth — and get busy on the next great thing. The PC wars are over. Done. Microsoft won a long time ago."
—Fortune, 1996
"The products suck! There's no sex in them anymore!"
—BusinessWeek, 1997
"Nobody has tried to swallow us since I've been here. I think they are afraid how we would taste."
—Shareholder meeting, 1998
"Pretty much, Apple and Dell are the only ones in this industry making money. They make it by being Wal-Mart. We make it by innovation."
Apple's market share is bigger than BMW's or Mercedes's or Porsche's in the automotive market. What's wrong with being BMW or Mercedes?
—Macworld, 2004
"And boy, have we patented it!"
—Macworld, 2007 (iPhone introduction)
On Bill Gates:
"I wish him the best, I really do. I just think he and Microsoft are a bit narrow. He'd be a broader guy if he had dropped acid once or gone off to an ashram when he was younger."
—The New York Times, 1997
On PCs:
Playboy: Are you saying that the people who made PC don't have that kind of pride in the product?
"If they did, they wouldn't have made the PC
—Playboy, 1987
On Life:
"I would trade all of my technology for an afternoon with Socrates."
—Newsweek, 2001
"My sex life is pretty good these days, Walt. How's yours?
-AllThingsD D8, 2010
"That's the kind of Porsche that dentists drive"
—As said to Kati Hafner of BusinessWeek when they walked through the Next parking lot. The Second Coming of Steve Jobs
On design:
"The only problem with Microsoft is they just have no taste. They have absolutely no taste. And I don't mean that in a small way, I mean that in a big way, in the sense that they don't think of original ideas, and they don't bring much culture into their products."
—PBS Documentary, Triumph of the Nerds, 1996
"In most people's vocabularies, design means veneer. It's interior decorating. It's the fabric of the curtains of the sofa. But to me, nothing could be further from the meaning of design. Design is the fundamental soul of a human-made creation that ends up expressing itself in successive outer layers of the product or service."
When you're a carpenter making a beautiful chest of drawers, you're not going to use a piece of plywood on the back, even though it faces the wall and nobody will ever see it. You'll know it's there, so you're going to use a beautiful piece of wood on the back. For you to sleep well at night, the aesthetic, the quality, has to be carried all the way through.
—Playboy, 1987
Advice:
"You make some of the best products in the world — but you also make a lot of crap. Get rid of the crappy stuff." to Nike
—As said to Mark Parker, The Innovation Secrets of Steve Jobs
"Do you want to spend the rest of your life selling sugared water or do you want a chance to change the world?"
—As said to John Sculley, Odyssey: Pepsi to Apple
Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.
—Stanford Commencement Speech, 2005
Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me ... Going to bed at night saying we've done something wonderful... that's what matters to me.
—The Wall Street Journal, 1993
"I want to put a ding in the universe."
It's obviously just a small sample of the man but it goes to show how he's unlike anyone else. Feel free to add your favorite Steve Jobs quotes in the comments.
Image Credit: Baron Wolman/Playboy
Original Page: http://feeds.gawker.com/~r/gizmodo/full/~3/s81ZjKlQwZY/the-best-steve-jobs-quotes
Najib vs Muhyiddin...
Masuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Sebahagian daripada kabinet asal Najib apabila beliau mengambil alih Badawi pada April 2009, Muhyiddin telah membuat beberapa keputusan kontroversi yang telah ditafsirkan sebagai cabaran yang sengaja terhadap dasar Najib dan kesan dalam kepimpinan.
Yang paling terkenal antara semua ialah perisytiharan terkenal Muhyiddin bahawa dia adalah "Melayu pertama" dan bukannya "Malaysia pertama", dalam percanggahan langsung untuk platform 1Malaysia Najib. Najib, tidak mempertahankan dasar itu, sebaliknya mempertahankan kenyataan Muhyiddin walaupun diprotes dari menteri-menteri dan rakyat. Pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia, Najib menghujah mengenai isu ini, berkata, "1Malaysia adalah falsafah pembimbing kami. Ia tidak kira apa yang anda katakan, hanya cukup selagi anda ikuti. "
Selain dari komitmen acuh tak acuh "1Malaysia" Najib, Muhyiddin juga terkenal dengan sokongan berterusan dan terbuka untuk Utusan Malaysia, yang baru-baru ini telah dipanggil untuk pergerakan "1Melayu, 1 Bumi".
Kualiti kepimpinan yang jelas di Muhyiddin sejak permulaan kerjayanya. Dilahirkan di Johor, beliau lulus dari Universiti Malaya di Kuala Lumpur sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha Latihan dan Biasiswa. Pada tahun 1986, beliau menjadi Menteri Besar Johor, dan dalam sepuluh tahun beliau membuat peningkatan yang ketara ke negeri itu. Bapa kepada empat orang, bagaimanapun, menghadapi jalan berbukit dalam UMNO, di mana beliau bertanding dan kehilangan beberapa jawatan termasuk kerusi Majlis Tertinggi dan kedudukan Naib Presiden.
Tetapi di mana beliau gagal, Muhyiddin cuba dan cuba lagi, dan akhirnya dia menaiki tangga UMNO mantap daripada naib presiden kepada Timbalan Presiden pada tahun 2009 apabila Najib menggantikan Badawi. Ketekunan dalam mencapai matlamat walaupun kurang daripada kadar kejayaan yang sempurna mungkin mendedahkan watak yang lebih kukuh dan semangat perjuangan yang sangat jelas kekurangan semasa Perdana Menteri kita.
Bolehkan UMNO mampu melahirkan seorang presiden yang tidak boleh mendapat kepercayaan orang bukan Melayu?
Selaras dengan wataknya, Muhyddin juga terkenal untuk mencabar dan akhirnya jatuh dengan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Sama ada atau tidak ini menunjukkan ketidakupayaan untuk mengikuti dan keperluan untuk kawalan , atau semata-mata kekuatan untuk berdiri untuk cita-cita sendiri belum diketahui.
Perpecahan lanjut antara Najib dan Muhyiddin termasuk keputusan Muhyiddin untuk tidak meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , yang didakwa bercanggah dengan idealisasi oleh Presiden Kita dan bekas menteri undang-undang UMNO Zaid Ibrahim Selain itu, menurut beberapa laporan berita, Muhyiddin juga secara terbuka menafikan rancangan Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pemilihan, berikutan Bersih 2.0.
Jelas, pengendalian yang lemah Najib terhadap timbalannya telah berjaya untuk terus mencemarkan kepimpinan beliau di mata ramai, dan kini, seperti yang diketengahkan oleh media, dia boleh merasai ubat ubatan sendiri, apabila penganalisis meramalkan penamatan daripada kepimpinan beliau pada tahun 2012.
Walau bagaimanapun, semakin Muhyiddin menjajarkan dirinya dengan akhbar seperti Utusan dan memunjukkan secara jelas bahawa dia adalah " Pertama Melayu ", imej pelampau di barisan hadapan UMNO mungkin akan membuatkan parti itu kehilangan sokongan dari lebih banyak rakyat bukan Melayu, yang sudah pun nipis seperti wafer selepas Bersih2.0.
Dengan Muhyiddin sebagai pemimpin bertindak, masa depan parti itu akan tidak menentu pada tahap terbaik, terutama pada masa kebangkitan politik rakyat terhadap hak mereka untuk pertubuhan yang bukan-apartheid. Sebagai sebuah negara yang menuntut keadilan dan politik bukan kaum, kepimpinan Muhyiddin dalam UMNO sama ada akan memusnahkan harapan dan masa depan parti, atau kemungkinan, negara.
Walaupun kebimbangan ini, realistik dengan tiadanya penindak barisan hadapan yang lain untuk kedudukan kepimpinan parti dan sokongan yang dikatakan dari bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Timbalan Muhyddin Yassin boleh menuntut kedua-dua gelaran dan kuasa dari Perdana Menteri kita tanpa apa apa sebutan"Tak boleh-lah!".
- Malaysia Chronicle
Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/08/najib-vs-muhyiddin-kahkahkah_25.html
Wednesday, August 24, 2011
Cerpen : Karier Dunia Atau Karier Akhirat?
"Mak,saya tak tau apa nak buat lagi mak..." kata Farhan.Farhan hanya mengangguk kepala mendengar.Beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya ditekan menamatkan perbualan.Farhan tersandar di sofa di ruang tamu rumahnya.Dia melihat jam dinding,tepat pukul 10:00 malam.Anaknya terbaring di sebelahnya.
Kedengaran bunyi kereta sedang masuk di garaj rumahnya.Lampu dimatikan.Pintu dibuka. Zainab melangkah masuk.
"Zai, awak pegi mana ni? Malam baru balik. Saya dengan Emma makan nasik dengan telur goreng aje malam ni..." tanya Farhan.
Zainab renung wajah suaminya tanpa ada rasa bersalah."Awak tu,saya dah ajar awak masak sikit-sikit..bukannya nak buat.."
Farhan diam."Kenapa saya call awak tak dapat?"
"Ni haa..bateri saya habis!" kata Zainab sambil menunjukkan telefon bimbitnya."Dah la...saya dah balik dah ni..abang tak payah la bising-bising...saya penat. Takkan abang tak paham kerja saya macam mana?"
Farhan mendukung anaknya lalu meletakkan anaknya di atas katil bilik Emma.Farhan tersenyum melihat Emma.Kedengaran bunyi shower dibuka. Farhan mengeluh sambil duduk di sebelah Emma yang sedang tidur.
Beberapa minit kemudian Zainab keluar dari bilik air.Farhan melangkah masuk ke arah bilik tidur mereka lalu duduk di atas katil.
"Awak dah solat Isyak?" tanya Farhan.Zainab menggelengkan kepala."Nanti solat ye?" pujuk Farhan.
"Maghrib tadi solat kat mana?" tanya Farhan lagi.Zainab senyap saja tanpa apa jawapan sambil menyikat rambutnya.
"Zai...?" Farhan bertanya semula, lembut.
"Saya tak solat Maghrib....tadi meeting terlajak dari ke petang sampai 9 lebih.." jawab Zainab.
"Situ tak ada surau ke?Takkanlah tak boleh berenti sekejap semayang ni?" tanya Farhan kepada isterinya lagi.
"And ask my boss to hold the meeting just for me?" tanya Zainab semula.
Farhan terdiam. "Takkan la diorang semua tak solat?"
"Nope...none..." jawab Zainab.
"Kalau dah macam tu...kan lagi baik awak resign aje...tak elok kerja tempat-tempat macam tu.." tegur Farhan.
Zainab mendengus,"..here we go again with all the 'resigned' talk..Abang...it's not easy for us to live in KL with only one salary ok!" Zainab berang."I've told you about this a lot of time before!"
"Iye Zai..tapi kalau dah macam tu..terpaksa tinggal solat..terpaksa burn benda wajib...tak baik," Farhan mempertahankan dirinya.
"Look Farhan..." Zainab melenting. "If God betul nak bagi kita rezeki...kenapa dia suruh kita kerja? There are so many things in our religion that makes our life impractical! Have to cover these..have to do this..shouldn't do this and that.."
Sambung Zainab menghela nafas," kalau I tak join meeting tu...my promotion will be jeopardized. Kalau I pegi solat masa diorang tengah meeting, macam mana pulak kalau ada orang lain yang propose idea dia dulu dan cantas I punya chances?" Zainab betul-betul marah sambil matanya tepat terjegil ke arah Farhan.
" If I do what God intend me to do...macam mana kita nak tambah rezeki kita? Macam mana duit kita nak bertambah kalau I solat? You tell me? How?" tanya Zainab.
Farhan terdiam.Dia memang akui perlukan isterinya bekerja kerana beban kehidupan di kota agak sukar untuk dihadapi keseorangan.Sayangnya,dia tiada jawapan untuk soalan Zainab sebentar tadi.
"So..tell me? Macam mana Allah nak bagi u duit kalau setiap masa dia mintak u ingat dekat Dia? Macam mana u nak dapat gaji kalau time meeting jatuh masa solat maghrib? Tell me because I can't see how!" tanya Zainab separa menjerit.
Pintu bilik mereka terkuak perlahan.
"Mak..abah...Emma terjaga..." Emma melangkah masuk lalu terus memeluk ibunya.
Farhan tidak mampu berkata apa-apa.
Original Page: http://cursingmalay.blogspot.com/2011/08/cerpen-15-karier-dunia-atau-karier.html
Monday, August 22, 2011
Sunday, August 21, 2011
Rocky
Rocky to lead media onslaught against Najib?
Word has been going around about what Rocky of Rocky's Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign.
He's planning a new blog… he's planning a new web site…
Now a new blog fingers Rocky as leading an online media onslaught against Najib Tun Razak, the Umno president, whose precarious hold on the prime ministership looks even more tenuous day by day.
Rocky had risen to prominence by using his blog and his network of blogger and journalist friends to campaign against the Abdullah Ahmad Badawi government and the New Straits Times.
When Abdullah was ousted and Najib took over a year later Rocky appeared to have become the voice of the new power establishment, with close ties to the new Najib appointees at the NSTP group.
He made a loudly proclaimed return to the Malay Mail where he had once worked (and supervised its collapse as a free afternoon paper) before being pushed upstairs as editorial adviser after Redberry, primarily an outdoor advertising company, took control of the Malay Mail, Malaysian Reserve, a financial daily, and Bernama TV media sales.
Now Rocky's out on the loose — and some say he's gunning for Najib.
The latest is this posting at a new blog, Cat Out Of the Bag. - MT
Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/08/rocky.html?m=1
Shared from Read It Later
Saturday, August 20, 2011
Keharusan membuka aib seseorang?
Adakah hukum yang lebih spesifik? Kemudaratan yang timbul dan lebih besar akan menjelma dan adakah kita perlu mendiamkan atas kapasiti sayang pada saudara sesama Muslim?
Sini saya detailkan, sesuatu perkara yang memang bermasalah namun kita gagal untuk membendungnya setelah pelbagai cara cuba dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Segala teknik dan uslub cuba juga di perhalusi dan di gunakan namun ia gagal. Keadaan meruncing bila fitnah terus bertebaran namun masih ada pihak yang degil serta melengah-lengahkan keadaan.
Amanah itu berterusan pada setiap anak Adam. Tanpa mengira pangkat dan darjat yang salah tetap perlu di banteras. Adakah di sini masa itu perlu di ambil kira? Bagaimana pula kalau masa yang kita tunggu itu tidak kunjung tiba sedangkan kesesatan barat itu semakin meruncing?
Adakah ini kita boleh anggap bergurau-senda?
Berlembut ada kadarnya. Pada gua, perang memang perlu di balas perang…..
UPDATE : KONTROVERSI DI ANTARA DAVID VILLA DAN MESUT OZIL
Video Suggests David Villa Didn't Insult Mesut Ozil's Religion
Saya terus dihujani pertanyaan yang berkaitan kontroversi yang melanda
diantara kedua-dua pemain ini.Kesemua peminat diantara kedua Kelab
terkemuka dunia ini hendakkan kepastian dan kesahihan berita
ini.Kenyataan I was defending my religion, because David Villa insulting
Islam! kononnya dari Mesut Ozil telah disebarkan dahulu di laman
Twitter.
Saya tidak menyokong mana-mana pihak,tetapi janganlah kita membuat
konklusi sendiri tanpa ada bukti kenyataan rasmi daripada pihak yang
terbabit,Apa yang saya hairan sekarang,kenapa berita yang panas ini
tidak disertai oleh media-media yang selalu menyampaikan berita yang ada
sumber kebenarannya.
Saya terjumpa satu laman web antarabangsa yang mengatakan David Villa
tidak menghina Islam seperti yang dinyatakan oleh laman web lain.
Diantara point jawapan pada laman web tersebut menyatakan:
Perbezaan bahasa
Bagaimana Mesut Ozil boleh faham perkataan yang dikatakan David Villa
menghina Islam sedangkan ada perbezaan bahasa diantara mereka
Keberanian David Villa
Persoalan mengenai Keberanian David Villa juga dipersoalkan,kerana dalam
pasukan Barcelona juga terdapat rakan sepasukannya juga beragama
Islam.Patutkah David Villa berkata sedemikian?
Jadi apa yang sebenarnya yang berlaku?
Menurut saluran televisyen Sepanyol, David Villa dikatakan telah menolak
Victor Valdes agar dapat menenangkan perbalahan yang sedang
berlaku,selepas itu berlaku tolak menolak diantara mereka.Konflik
bermula apabila Ozil seolah-olah menunjukkan
isyarat"Relax"(Bertenang).Tetapi tindakan Ozil telah disalah-ertikan
oleh Villa,akibat salah faham yang berlaku,Villa menampar Ozil
dimukanya.
Tindakan inilah yang menyebabkan Ozil menjadi berang dengan bertindak
mencari Villa untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap David
Villa,Mujur dari bantuan rakan sepasukan yang lain dapat menenangkan
suasana dan keadaan kembali pulih
Disebabkan tindakan diluar kawalan mereka,pengadil telah melayangkan kad
merah kepada mereka.Jadi dimana kata-kata penghinaan Islam oleh David
Villa kepada Mesut Ozil?seperti yang telah tersebar meluas di Twitter
dan laman sosial yang lain
Adakah ini hanyalah rumors yang disengajakan oleh pihak tertentu untuk
mengeruhkan lagi keadaan?Saya pun tidak berani hendak membuat konklusi
sendiri.
--
http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/08/update-kontroversi-di-antara-david.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BulanPurnama+%28Bulan+Purnama%29
Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong
Kadang-kadang gua jelak betul dengan ulasan sukan Buletin Utama macam
malam tadi.
Siang tadi gua buat sesuatu yang tak adil pada kelab EPL yang gua sokong
iaitu Chelsea bila mana gua ambik masa lama mengadap portal rasmi kelab
bola sepak yang disebut-sebut sekarang ni, Queens Park Rangers (QPR),
lebih lama dari gua pernah mengadap portal rasmi Chelsea FC. Kelab QPR
yang tiba-tiba jadi sebutan pun dek kerana orang Malaysia, Tan Sri Tony
Fernandes berjaya menyelesaikan pembelian majoriti saham (66%) kelab
barat London tersebut dari Bernie Ecclestone dan bekas pemilik Renault
F1 team Flavio Briatore semalam.
Sepanjang gua mengadap portal rasmi QPR tu, gua telah digest tentang
beberapa perkara yang berhubung kait secara langsung dengan kelab tu dan
Tony Fernandes sendiri (TF).
Gua dapat memahami bahawa misi utama dan minat utama TF sebenarnya
adalah kepada Kelab West Ham cuma gua tak faham kenapa. Gua jugak
mengetahui yang bisnes besar yang disebut-sebut berkaitan dengan TF
adalah Lotus F1 Racing, Air Asia, dan yang terkini adalah QPR. Ingin
dijelaskan sekali lagi bahawa all of this are mostly about expanding his
business. Oh ya, TF juga baru dianugerahkan sejumlah saham kontroversi
dalam syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, MAS.
Gua jugak terbaca tentang siapa coach QPR dan tentang kepulangan semula
bekas VC kelab tersebut, Amit Bhatia yang dulunya menarik diri sebab tak
sebulu dengan pemilik utama QPR yang lama.
Ada juga membaca tentang perancangan bahagian pengurusan dalam
memastikan kelangsungan tempat QPR di Premier League. Tentang cita-cita
TF untuk meningkatkan mutu akademi QPR agar dapat melahirkan
pemain-pemain berkualiti dari kandang sendiri. Tentang nak beli 2-3
pemain baru buat memantapkan skuad dalam tempoh pembelian (summer
transfer) cuma tinggal 12 hari je lagi.
Benda-benda inilah yang bermain di portal rasmi dan portal-portal berita
di seluruh dunia dalam bercerita tentang pembelian yang baru selesai
semalam. Ye, baru semalam.
Tapi yang gua nak tanya ni, apahal Buletin Utama tadi belum apa-apa dah
nak sentuh pasal peluang baik untuk pasukan negara merasa 'nikmat
bersama' terhadap perkembangan tersebut? Katanya, ini peluang untuk
meningkatkan mutu bolaepak Malaysia. What the hell?
Excuse me, Tan Sri Tony Fernandes tu businessman bukan wakil rakyat. Dia
beli kelab tu sebab nak upkan profile dia sebagai business tycoon. I
doubt that he had even a second in his mind thinking about linking his
new club with FAM during yesterdays ceremony and press conference.
Itu belum cerita tentang merit untuk player main di EPL yang hanya boleh
disertai oleh pemain dari negara-negara top 70 ranking FIFA. Malaysia
ranking nombor berapa?
Meningkatkan mutu bolasepak Malaysia tu kerja FAM, bukan tetiba je TF
kena pikul.
Pada gua ulasan sebegitu adalah memalukan dengan mengambil kira
pemilikan QPR tu baru je selesai semalam, kita pulak nak bersorak lebih.
Cerita je dulu pasal pembelian semalam, dah.
Sejak bila pulak kita kena mengagung-agungkan kelab luar? Bukankah kita
juga yang berbangga skuad Harimau Malaya 100% local? Bukankah lebih
mulia jikalau pemain kita dipandang bagus dari segi merit bukan ikut
ihsan pintu belakang?
Pada gua benda ni macam 'baru menang dengan Singapore dalam kelayakan
dah bercita-cita nak kucup piala dunia'. Dan nak tumpang sekaki macam
'bapak jiran belikan mainan baru untuk anak dia, anak kita pulak tak
sabar nak tumpang bermain'.
Berpijak di bumi nyata. Ukur baju di badan sendiri. Jangan jadi hidung
tak mancung pipi tersorong-sorong. Gua lagi bangga Safee Sali main kat
Pelita Jaya sebab diorang nampak dia bagus.
--
http://hidemichimomo.blogspot.com/2011/08/hidung-tak-mancung-pipi-tersorong.html
Friday, August 19, 2011
Wikileaks dedah 600,000 warga asing diberi kerakyatan untuk mengundi
Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Rasanya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui tentang projek haram ini. Jika tidak didedahkan oleh Wikileaks pun, sudah ramai rakyat terutama warga Sabah yang mengetahui hal ini.
Demi mendapatkan kuasa, United Malays No Otak, Umno sejak zaman Mahathir lagi sudah menggunakan taktik pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing. Tun Mahathir, pemimpin yang dianggap paling agung oleh penyokong United Malays No Otak ini sudah menggadaikan kedaulatan negara ini sejak dahulu lagi.
Kini hal ini diulangi oleh kerajaan Rosmah Mansor, demi meraih kuasa. Negara ini dijual secara terang-terangan di depan batang hidung rakyat. Sama-sama kita nantikan negara ini musnah, jahanam, dimusnah dan dijahanamkan oleh warga asing! Tahniah!
ReJaM© "Selamat mengundi diucapkan kepada warganegara baru..."
Original Page: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/wikileaks-dedah-600000-warga-asing.html
Tuesday, August 16, 2011
Suri Teladan: Amanah dan Silaturrahim
Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, "Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya." (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).
Dah bayar zakat fitrah ke belum?
Original Page: http://denaihati.com/zakat-fitrah-seluruh-malaysia-2011
Monday, August 15, 2011
Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
10. "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
11. "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
18. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
20. "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. "Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)
1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
2. "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," - Dato' Rais Yatim, Jun 2001
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.
Original Page: http://www.perisik-rakyat.com/2011/08/koleksi-terbaik-pimpinan-umno-membela.html
Fadhilat Sahih Solat Terawih
Suatu masa dahulu hadis tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Saidina Ali RA cukup popular ditampal di papan kenyataan masjid, di blog, email malah di media bercetak.
Antara kandungannya; daripada Saidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:
1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniakan Allah seolah-olah dia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Firaun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.
Bagaimanapun, hadis ini adalah hadis palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadis.
Maka bagi menggantikan hadis palsu tersebut, ada empat buah hadis yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;
1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan penuh kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: "Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada Abdur Rahman bin Auwf, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya".
(HR al-Nasa'i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.
عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.
Terjemahan;
Daripada 'Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: "Dari kalangan para siddiqin dan syuhada'".
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.
Terjemahan;
hadis Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail".
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadis palsu mengenainya.
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.
Sunday, August 14, 2011
PATI Halau Imam, Rampas Surau?
Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.
Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.
“Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.
Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.
“Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.
Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.
Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.
Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.
“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.
Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.
Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.
Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM (sabahkini)
Terkini! Perkasa Hilang Keyakinan Ke Atas Pentadbiran Najib
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.
“Ini keputusan kami hari ini,” kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.
Friday, August 12, 2011
Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.
Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.
Ketidakadilan Pembahagian Notebook 1Malaysia
Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.
Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci. Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.
Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini. Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah. Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan?
Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian..
By: ahmad diah
Original Page: http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/08/ketidakadilan-pembahagian-notebook.html
Ustaz Liwat Pelajar Ditahan
KUALA TERENGGANU: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini Khamis ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.
Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.
"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya Khamis.
Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rosila Nik membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula Khamis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - BERNAMA
Woiii... Petrol bila mau turun daaaa......
Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.
Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.
Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.
Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.
Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.
Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.
Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.
Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/08/woiii-petrol-bila-mau-turun-daaaa.html
Thursday, August 11, 2011
JAIS sudah bersuara.
Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".
"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya.
Sehubungan itu, Marzuki berkata, JAIS amat kecewa apabila banyak pihak menuduh pemeriksaan itu dlakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasanya.
Selepas pemeriksaan kontroversi itu, JAIS mendapat kritikan pedas berhubung operasinya itu, antaranya daripada PAS Selangor dan penganjur majlis itu.
Semalam penganjur majlis - Harapan Komuniti - mendakwa, JAIS gagal menunjukkan waran geledah atau waran tangkap walaupun ditanya berkali-kali; serta pegawainya didakwa masuk ke dewan, mengambil gambar, video dan membuang risalah dari laci tanpa kebenaran.
'10 minit saja diarah keluar'
Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula menyifatkan tindakan itu sebagai "hasil didikan BN" yang "hendak tunjuk kuat dan ramai" sebab mempunyai kuasa.
Dalam kenyataannya petang ini, Marzuki menjelaskan, pemeriksaan itu dilakukan bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa diadakan bersama makan thanksgiving (kesyukuran) di gereja.
Katanya, setelah mendapat maklumat, pihaknya hadir membuat pemeriksaan pada lebih kurang jam 9.45 malam dan masuk ke dewan setelah meminta keizinan selepas acara selesai pada jam 11.
"Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan majlis," katanya lagi.
Sementara itu, Marzuki mendakwa pihaknya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah keluar oleh penganjur dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.
"Walaupun tindakan itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat tangkapan," katanya.
Marzuki mengesahkan seramai 12 orang Islam hadir dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi bimbingan dan kaunseling.
Original Page: http://m.malaysiakini.com/news/172700
Wednesday, August 10, 2011
Jurang Realiti (Wajib Baca!!)
Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu?
Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.
Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau…ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.
Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang depa tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.
Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis.
Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.
Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.
Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli.
Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut.
Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.
Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.
Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!
Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal.
Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour..tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang.
Kriteria utama TESCO ialah MURAH. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!
Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.
Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit.
Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.
Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?
Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.
Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la.
Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?
Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.
Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?
Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.
Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan…janji anak kita dapat 8A.
Kita tak peduli peniaga nak buat apa..janji kita dapat beli barang murah.
Hey…kita juga tak peduli orang politik nak buat apa…janji hidup kita senang.
Mampuih pi la Rosmah nak beli cincin 24 juta…janji harga getah naik.
Mampuih pi la Najib sapu komisen Scorpene…janji harga sawit tinggi.
Bukankah Ketua Penerangan Umno Selangor dah cakap.. orang Melayu luarbandar lebih peka terhadap siapa yang mereka undi. Kalau orang tu datang repair jamban, ganti atap rumah…yang tu depa sokong. Hangpa nak rasuah ka…nak sapu komisen ka..nak beli cincin ka…itu bukan isu depa.
Aku tak peduli Khalid Ibrahim jimat berapa ratus juta duit negeri. Aku tak peduli Hasan Ali melancarkan program bernilai ratusan juta. Aku tak peduli Rodziah melancarkan program tah apa benda. Tapi anak-anak aku nak makan…kalau aku terpaksa minta dari gereja…itu aku punya pasai. Hangpa pun bukan nak ambik tau hal aku!
Itu realitinya. Berapa ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang memahami realiti ini?
EDYES: Terbaik dari Abg Mat... Entry asal di sini
Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/edyesdotcom/~3/rIv3bhv_nx4/msk-jurang-realiti-wajib-baca.html