Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, April 29, 2012

Laju sungguh maklumat sekarang ni bergerak.

Maklumat di hujung jari orang kabor. Ada statement tak lama lepas tu akan ada balas statement. Laju sungguh berita 24/7 sekarang ni. Kalau duk tunggu berita malam atau akhbar esok memang dah jauh sangat la maklumat tu kita terima.

Akal tuhan bagi untuk tafsir mana yang boleh dan mana yang kena di bakul sampahkan.

Fitnah, kontroversi serta provokasi ini yang sedang mengelilingi manusia. Akal kena lebih bekerja untuk buat pertimbangan. Tu belum campur troll dengan sarcasm.

Mana yang keluar dan mana yang tak keluar di Media kita



Ihsan: Edyes

Saturday, April 28, 2012

Bodoh bila tak tahu #Bersih itu apa

Ramai yang tidak tahu Bersih itu apa. Lalu menyalahkan demontrans bila keadaan makin meruncing. Setengahnya lagi baghal tidak tahu tujuan asal diciptakan perkerjaan polis ini.

Lagi bodoh, tak tahu yang kita boleh berkumpul duduk-duduk sahaja. Mereka lupa fungsi demontrasi dan keajaibannya. Alaaaa, cuba yang suruh tu najib. Yang nak tembak ambiga pasal lbgt tu pesal. Bukan ada kena mengena dengan pru pun.

Mereka takut tahu depan tak naik gaji barangkali.

#Dengarnya ada yang meninggal di langgar polis!!

Bersih berjaya aku rasa..

Rakyat sudah bersuara, rakyat barangkali juga sudah berang dengan sistem yang ada kini. Maka kini mereka ke jalan raya. Tinggallah mereka yang kurang faham terus mencemar pandangan ke arah yang serong berkenaan Bersih.

Bak kata Mahathir, yang cerdik dan pandai memilih Pakatan Rakyat maka pasti yang sebaliknya pula memilih Barisan Nasional. Siapakah Mahathir? Dialah dewa bagi UMNONIAN serta Barisanian Nasionalian. Sejujurnya dari hati dan akal yang waras aku faham maka yang turun ke Dataran Merdeka kali ini cerdik-cerdiklah belaka.

Kuda tunggangan Cina atau India sekalipun, itulah rakyat. Maka demokrasi yang perlu kita fahami ialah pemimpin itulah yang bekerja mengikut arahan tuannya yang melantik iaitu rakyat dan bukannya dengan membela lembu dengan gaji puluhan ribu bahkan jutaan duit ke dalam kantung keluarga sendiri.

Bersih yang aku faham lagi ialah permintaan mereka itu Pakatan Rakyat bersetuju. Maka mereka menyertainya. Kenapa pula UMNO serta Barisan Nasional tidak setuju? Apa salahnya mereka menegur lalu menghantar beberapa nama agar tersenarai sebagai adhoc Bersih??? Atau tuntutan bersih itu melampau? Membersihkan nama pengundi itu melampau walhal itu memang kerja wajib yang sangat mesti untuk SPR lakukan!!!!

Lalu apakah fungsi Ibrahim Ali yang belum lagi habis-habis menyalak tentang ketuanan serta raja? Dia ni kenapa sebenarnya?

Apabila rakyat ke jalanraya......umno gelabah mcm digigit hanturaya

Kita boleh tidak bersetuju dengan seseorang atas sesuatu perkara hatta dengan kedua orang tua kalau di atas perkara yang bertentangan dengan syariat Agama.

Sepasang suami isteri boleh tidak bersetuju di atas sesuatu perkara yang lari dari perbatasan Agama serta adat dan budaya.

Jalan penyelesaiannya ialah duduk berbincang dan jika bertemu dengan jalan buntu maka ada sesetengah dari mereka akan menggunakan Mahkamah sebagai jalan terakhir.

Sehubungan dengan itu, dalam kes BERSIH 3.0, kenapa rakyat memilih jalanraya sebagai jalan penyelesaian?

Adakah perkara yang tidak dipersetujui itu terlalu besar dan rumit?

Apakah sudah tertutup rapat pintu perundingan?

Apakah Pakatan Rakyat yang terdiri ramai daripada golongan profesional begitu naif dengan segala perundangan negara?

Tuan/puan fikirlah sendiri

Hanya Umno yang boleh jawap persoalan ini.

Kenapa Umno begitu keras kepala?

Kenapa SPR beria-ia dan bersungguh-sungguh mempertahankan Umno?

Kenapa DBKL turut terbabit dalam kemelut politik ini?

Kenapa DBKL sanggup me'magar' Dataran Merdeka?

Adakah Dataran Merdeka merupakan Dataran 'keramat' dari pandangan Umno?

Tuan/puan fikirlah sendiri.

al-brangionline:

Apabila mad bangla...mad indon...mad myanmar memilih pemimpin, maka pemimpin yang dipilih akan ber'selera' semacam dengan mad-mad indon, bangla dan myanmar......kikikikiki

Published on al-brangi Online

BANTUAN HEBAHAN

Hotline peguam PAS sekiranya berlaku tangkapan 0102907174, 010290717 4, 0102907332......tolong sebar


Published on wartamaya

Catatan sejarah 28 April

Hishamuddin Rais

Tulisan ini disiarkan dalam tempoh lima hari sebelum 28 April nanti. Inilah tulisan akhir sebelum kita semua turun ke jalan raya untuk bersama merayakan ibus egala tunjuk perasaan di Dataran Merdeka. Justeru tulisan ini cuba merakam detik-detik dan saat gelombang kebangkitan rakyat mendobrak gerombolan United Malays National Oganisation.

Tuntutan orang ramai untuk membawa Malaysia menjadi sebuah wilayah yang damai, bebas, demokratik dan adil tidak dapat dibendung. Abang, adik, ibu ayah dan anak-anak muda sedang berjuang untuk menjadikan Malaysia kita ini sebagai wilayah di mana anak semua bangsa boleh merayakan kehidupan tanpa tekanan dan kekangan.

Untuk memahami apa makna semua ini saya ingin membawa para pembaca melihat kembali sejarah lampau, memahami perkara yang lalu untuk kita dijadikan panduan. Ilmu itu sebenarnya pengumpulan pengalaman. Kita belajar dan melihat jalan dan liku yang direntasi oleh orang terdahulu dari kita.

Mari kita kembali melihat gerakan-gerakan politik yang lebih awal. Mari kita memahami ke mana arah mereka dan apa yang mereka laungkan. Justeru saya berani memanggil zaman kita ini zaman pengulangan kembali era Perlembagaan Rakyat 1947. Kita kembali ke era AMCAJA-PUTERA.

Saya pernah menulis tentang zaman Perlembagaan Rakyat 1947. Saya menulis tentang sejarah perserikatan dan setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA yang berjuang menuntut merdeka melawan British. Saya hanya menulis pemahaman saya dari apa yang saya baca. Saya belum lahir ketika gelora Perlembagaan Rakyat mengampuh Tanah Melayu. Ketika itu saya masih lagi di Laut Kalzum.

Dari apa yang saya baca saya kagum melihat gerak laku orang-orang yang terdahulu dari kita. Mungkin masih ada lagi mereka ini di kalangan kita. Maka apa yang saya cuba tulis ini tanda penghormatan kita kepada mereka.

Di sinilah , di bumi inilah pada tahun 1947 dahulu anak semua bangsa bertekad, bersetiakawan dan berjuang untuk melahirkan garis politik baru, pembudayaan baru yang mengarah kelahiran satu negara bangsa. Perlembagaan Rakyat 1947 adalah dokumen sejarah perjuangan negara bangsa.

Setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA telah disabotaj dan digagalkan oleh penjajah British. Penjajah melihat setiakawan antara Melayu, China dan India ini sebagai satu ancaman. Pemimpin dan pemuka hadapan gerakan nasionalis ditangkap, dipenjara, dihalau dari Tanah Melayu. Dan ada yang digantung mati.

Penjajah British yang licik telah menggunakan perundangan untuk menumpaskan gerakan rakyat ini. Melalui pelbagai jenis hukum dan akta, penjajah British telah menekan gerakan menuntut kemerdekaan ini. Penjajah British dengan licik telah merancang untuk mengagakkan tuntutan Perlembagaan Rakyat dan tuntutan kemerdekaan.

Akhirnya pada 20 Jun 1948 British melancarkan serangan ke atas kaum nasionalis, kaum agama, kaum sosialis dan kaum komunis dari anak semua bangsa. Dengan menggunakan Akta Darurat penjajah British telah menangkap ribuan anak semua bangsa dari pelbagai jalur politik. Mereka dipenjarakan kerana kesalahan melawan British.

Pemimpin politik ditangkap. Pemimpin agama di tangkap. Pemimpin kesatuan sekerja ditangkap. Pemimpin pelajar di tangkap. Sesiapa sahaja yang menentang British akan ditangkap. Maka pada 20 Jun 1948 bermulalah sejarah perjuangan bersenjata melawan penjajah British.

Saya telah mengulangi kisah ini berkali-kali. Ini kerana musuh kita United Malays National Organisation adalah anak didik British. Gerombolan yang berslogankan "Hidup Melayu" ini diwujudkan oleh British untuk menjadi benteng menangkis gerakan nasionalis yang telah bangun melawan.

Akhirnya, British terpaksa mengundur diri kerana serangan gerila dari Gerakan Rakyat Malaya Menentang Tentera British yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya. Kerajaan kolonial British hampir jatuh bankrap kerana berbelanja besar dalam ketenteraan untuk memerangi rakyat di Tanah Melayu.

British telah memilih United Malays National Organisation untuk menggantikan mereka. Justeru - jelas dan tepat jika kita mentakrifkan gerombolan United Malays National Organisation ini adalah boneka buatan British.

Apa sangkut pautnya boneka ini dengan "Duduk Bantah" BERSIH 3.0? Apa hubungannya dengan ibu segala demo di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 hari bulan ini?

Biar saya terangkan sejelas mungkin bagaimana semua ini ikat mengikat. Bagaimana semua babak babak ini kait berkait, hubung berhubung.

Ahli-ahli United Malays National Organsiation sedar akan sejarah peranan jahat mereka bersekongkol dengan penjajah British. Gerombolan Hidup Melayu ini juga sedar mereka dipandang hina oleh orang ramai. Di mata anak semua bangsa warga Tanah Melayu gerombolan ini dilihat lebih rendah nilainya lagi dari bangkai biawak yang hanyut dalam Sungai Klang. Inilah suasana budaya politik sebelum Merdeka.

Kini budaya dan suasana politik itu telah berulang lagi. Gerombolan United Malays National Organisation kini dipandang begitu hina dan haprak. Anak semua bangsa melihat mereka seperti kondom terpakai yang tersadai dalam tong sampah di lorong belakang Bukit Bintang. Mereka dilihat jijik seperti 'pampers'.

Selama 54 tahun mereka berkuasa akhirnya kebencian rakyat yang terpendam selama ini telah menggelora untuk meledak. Anak semua bangsa yang selama ini ditipu telah tidak mahu lagi ditipu. Manusia Melayu yang telah dibodohkan selama 54 tahun telah tidak mahu lagi menjadi bodoh. Anak muda, pelajar dan mahasiswa yang selama ini dikongkong telah mula bangun melawan.

Budaya melawan telah mengampuh seluruh negara. Budaya menentang kezaliman menjadi cool dan trendy. Budaya memperlekeh United Malays National Organisation telah menjadi fesyen untuk yang tua dan muda. Yang tinggal bersama United Malays National Organisation hanya yang 'poyo' dan kaki bodek.

Apakah yang saya tulis ini hanya angan-angan saya? Atau ia mimpi harapan saya? Tidak saya tidak bermimpi. Bukti sahih kenyataan saya ini ialah hasil pilihan raya tahun 2008 di mana United Malays National Organisation telah dinyahkan oleh rakyat. Kebosanan dan kejelikan rakyat telah diterjemahkan ke dalam peti undi.

Sebenarnya, ahli-ahli dan pemimpin gerombolan United Malays National Organisation ini sedar bahawa dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini orang ramai akan membakulsampahkan mereka. Mereka sedar pertubuhan mereka dibenci rakyat. Justeru kini mereka merancang. Mereka sedang merancang untuk menipu dalam PRU13.

Perancangan jahat lagi licik ini sama seperti perancangan strategi British untuk terus berkuasa agar dapat memunggah harta kekayaan Tanah Melayu - balak, bijih dan getah. Bagitu juga tindak tanduk gerombolan ketika ini. Mereka ingin terus berkuasa. Dengan kuasa mereka akan merembat dan memunggah harta kekayaan negara untuk anak, bini dan kroni.

Penjajah British telah menggunakan pelbagai akta dan rang undang-undang. Gerombolan United Malays National Organisation juga sedang menggunakan pelbagai akta dan undang-undang untuk terus menipu. Undang-undang dan akta ang diluluskan oleh Parlimen ini digunakan untuk menindas rakyat. Pelbagai macam akta akta dan undang-undang diwujud dan digubal khusus untuk meneruskan kuasa, khusus untuk menipu di PRU13.

Minggu lalu seperti 40 orang 'penyamun tarbus', para YB United Malays National Organisation dengan senyap-senyap telah masuk ke Parlimen dan meluluskan lapan undang-undang tipu.

Betulkah undang-undang yang diluluskan pada Khamis/Jumaat jam 2 atau 3 pagi itu undang-undang tipu? Atau saya membuat fitnah?

Untuk saya sahih ini akta tipu. Saya ingin bertanya - kalau ini bukan undang - undang tipu kenapa tidak dibincangkan secara terbuka. Kenapa tidak ada usaha untuk mencari atau mendengar pandangan orang ramai.

Kenapa Parlimen tidak diberi masa yang lama untuk mengkaji rang undang undang ini. Kenapa dilulus secara tergesa-gesa. Ini undang-undang bukan mee segera. Paling memeranjatkan undang-undang tipu ini diluluskan d iawal subuh pada jam 2 atau 3 pagi.

Sahih undang-undang ini bertujuan untuk menipu dalam pilihan raya. Akta kesalahan piliha raya telah dilupuskan. Barong untuk wakil parti politik telah dilupuskan. Hak parti politik untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi telah dilupuskan. Pemerhati dari parti politik tidak lagi dibenarkan dalam bilik mengundi.

Biar saya kupas akta yang melupuskan hak wakil parti untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi. Amat jelas akta ini digubal untuk memastikan berpuluh ribu Mat Pilipina, Mat Bangla dan Mat Indon yang telah diberikan kad pengenalan dapat menyeludup untuk mengundi. Pengundi hantu ini bolos tanpa dipantau.

Kalau dalam pilihan raya yang lepas-lepas wakil parti boleh berada dalam barong/khemah untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi. Di pondok panas bakal pengundi boleh melihat nama mereka dan saluran mereka. Tanpa barong/khemah semua 'hantu' akan datang mengundi. Tanpa barong/khemah wakil parti bakal tidak wujud untuk membantu bakal pengundi.

Pasti ramai nama-nama pengundi Pakatan Rakyat telah sengaja dialih dan diubah tempat. Ini dilakukan untuk memastikan mereka gagal mengundi. Tanpa barong/khemah maka bantuan dari pekerja parti untuk mencarikan tempat mengundi adalah mustahil. Ramai pengundi Pakatan akan tidak mengundi kerana nama telah dihilangkan.

Amat jelas akta ini direka dan diluluskan di Parlimen dengan tujuan untuk mengalahkan Pakatan. Seperti tulisan saya yang lalu Pakatan rakyat akan dikalahkan bukan kerana tidak ada sokongan tetapi kalah kerana ditipu. Penipuan ini memang dirancang dengan licik dan teratur.

Penjajah British telah menggagalkan cita-cita Perlembagaan Rakyat 1947 untuk mendirikan Tanah Melayu yang merdeka. Kali ini boneka peninggalan British yang bernama United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menggagalkan projek mendirikan Malaysia sebagai wilayah yang adil, demokratik dan bertamadun. Mereka ingin menggagalkan setiakawan anak semua bangsa yang wujud dalam Pakatan Rakyat - sama seperti di zaman Perlembagaan Rakyast 1947 dahulu. Gerombolan ini mahu kembali membawa politik adu domba Cina-Melayu.

PRU13 ini adalah tali gantung untuk United Malays National Organisation. Perhatikan kebelakangan ini betapa para kroni sedang merembat harta negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Projek lebuh raya, projek MRT, projek wifi dan projek ini dan itu yang nilainya berbilion ringgit sedang digasak oleh para kroni.

Awas! Kita jangan duduk melopong tertonggeng buntut untuk terus ditipu. Masanya telah tiba untuk kita bangun dan menggagalkan niat busuk dan rancangan jahat United Malays National Organisation.

Justeru 500,000 anak semua bangsa yang berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 hari bulan ini adalah amaran kita. Ini adalah amaran dari orang ramai. Ini adalah tanda bahawa rakyat Malaysia tidak mahu ditipu lagi. Ayuh! Kita berjumpa di Dataran Merdeka!

Kurang 24 Jam Sebelum Bersih 3.0

Kurang dari 24 jam lagi satu demo yang maha hebat akan berlaku. Bukan bersandar pada mana-mana parti, cuma menuntut satu sistem yang lebih baik. 

Namun kini Kuala Lumpur sudah meriah. Seakannya pesta sudah bermula.

Sumber gambar dari Manjungmari



















oooppppss. Yang last tu takda kena mengena

Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0 semakin hampir.

Hanya menuntut PRU yang lebih bersih. Siapa yang mempolitikkan isu ini itu dia punya pasal. Siapa yang bangang pun itu dia punya pasal. Bangang sebab tengok TV3 sapa suruh.

Menentang korupsi dalam pilihan raya agar ia bersih sesungguhnya ia adalah tanggungjawab bersama semua rakyat dalam sesebuah negara. Ini kerana kita tiada kuasa untuk memilih siapa jadi menteri, siapa jadi kabinet atau siapa jadi first lady secara khusus, namun dengan pilihanraya yang lebih terjamin bersihnya maka kita boleh percaya sesungguhnya yang akan naik jadi first lady nanti bukan orang yang boros serta poyo dan tidak cakap serupa bikin seperti mengajar orang menolak obesiti kononnya.

Abad ke21 ini segalanya perlu berubah ke arah yang lebih cermat dan telus. Bukan hidup bersandar pada khayalan serta dongengan TV3. Kita perlu maju dan lebih terbuka serta cerdik menerima apa jua bentuk maklumat agar FELDA tidak diwakafkan kepada sesetengah orang yang mengait buah kelapa sawit pun tidak reti. "Cuma pandai memandu Mercedes sahaja, what the ****".

Soal siapa penganjur dan apa track record beliau kini kita dah tak boleh ambil pusing. Kalau la maknyah ketua segala demo menentang pendudukan yahudi di Tebing Barat sekalipun aku akan sokong. Dia gay atau maknyah itu hal dia dengan tuhan. Dan kegay-an dia itu tidak hinggap pada masyarakat. Dan ini lebih baik dari mana-mana pemimpin yang kononnya bersih tapi merosakkan negara dengan satu sistem yang jauh lebih keji dari pasukan "LION KING".

UMNO tidak usah menyalak berlakon alim dari ulama la. Aku percaya kalau bukan kamu yang memerintah nanti aku yakin kamu juga akan buat demo hampir setiap minggu menuntut yang bukan-bukan seperti lot pasar malam atau tapak meniaga dalam KLCC  dsb. Jadi kita tengok nanti.....

Thursday, April 26, 2012

Duduk Bantah bakal jadi perhimpunan mega sejarah

Keadilan Daily

(Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Duduk Bantah pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini, adalah mega sejarah kepada negara ini, kata Pengerusi bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said.

"Duduk Bantah bukan cebisan sejarah, bahkan ia adalah mega sejarah," kata Sasterawan Negara itu ketika ditemu bual aktivis sosial, Hishamuddin Rais di konti Radio Bangsar Utama, malam tadi.

Radio Bangsar Utama adalah radio internet bertema Berani Langgar, Laporan Jelas yang diwujudkan baru-baru ini, sempena Bersih 3.0 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

Mesra dengan panggilan Pak Samad, beliau percaya himpunan itu sememangnya menjadi hasrat majoriti rakyat Malaysia.

"Selama 54 tahun pilihan raya di negara ini -landasnya tidak betul. Ya, Bersih 3.0 lebih payah untuk 'dilanggari' (pemerintah)," katanya yang optimis dengan sokongan padu rakyat.

Ditanya pengalaman menyertai demontrasi ketika muda, beliau mendedahkan pengalamannya menyertai perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah Hertogh dalam usia lingkungan 20 tahun di Singapura pada 1950.

"Saya tidak punya peranan besar tapi saya ikut, dan sangat bersemangat," kata penulis novel Salina, Hujan Pagi dan banyak lagi karya terkenal.

Sasterawan Negara berusia 77 tahun itu turut menegur golongan seniman yang 'diam' dan tidak mahu menempatkan diri dalam perubahan.

"Sasterawan menggunakan penulisan. Dan puisi sudah jadi senjata dan peluru. Kalau hanya merakam (sejarah), takkan sampai ke mana-mana," katanya .

Katanya, seniman tidak wajar memencilkan diri dari perjuangan menegakkan sistem demokrasi, sebaliknya harus berdiri di barisan depan bersama rakyat.

"Seniman wajar ada di tengah-tengah gelora masyarakatnya," katanya dalam temu bual kira-kira sejam dan turut mendeklamasi sajak 'Merindu Ruang'.

Pak Samad yang memetik nama beberapa penulis besar dunia, berkata penyertaan seniman dalam perhimpunan dan bantahan bukanlah perkara baru, sebaliknya berlaku di seluruh dunia

Penyapu merangkap Vacuum cleaner

Anda yang pilih. Tapi mesti boring kalau kayu itu patah..



Via Dezeen

Ini namanya Cricket Trailer

Sebuah wagon yang serbaguna dan sesuai orang yang tak reti duduk diam atau takda rumah. Haha...














Sumber: http://www.crickettrailer.com/

Wednesday, April 25, 2012

Mengapa Perlu Demonstrasi di Dataran Merdeka


BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.

Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.

Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'
Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.
Mengapa?

Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.

Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

Amerika akan persoal

Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.

Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.

Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.

Dataran Merdeka simbol kebebasan
Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.

Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.

Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut. Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.

Edyesdotcom

Inilah akibat keluarkan kepala ketika bas sedang bergerak

Malang tidak berbau






sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Before I Die

Projek seni interaktif di New Orleans yang memaparkan dinding sebuah rumah tinggal dijadikan dinding contengan untuk sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Dilakukan oleh seorang artis seni bernama Candy Chang untuk semua orang menulis di dinding itu pada perkara yang sangat penting dan kemahuan yang ingin di dapatkan sebelum mati.


 Semua orang akan tahu kehendak orang disekeliling sendiri jika membaca di dinding ini. 


 Kapur juga di sediakan

 Lanun pun tidak melepaskan peluang keemasan ini.



Kalau dah penuh maka dinding itu akan dicuci menggunakan air maka orang lain boleh mula menyambung dan menggunakannya.

“Death can inspire life. Especially in New Orleans, on the corner of Marigny and Burgundy, where the Before I Dieproject has used the specter of urban decay and death to create art and inspire. Using a boarded up house as a canvas, artist Candy Chang transformed a haunting reminder of blight and divestment into a powerful affirmation of human life and imagination.” – Life and Times

Habib Umar di Seremban

Dapat video ni http://pondok-rasah.blogspot.com

Dengarnya ribuan hadir majlis beliau di Masjid Negeri, Negeri Sembilan kelmarin. Sangat menakjubkan.


Apa punya bebal la dia ni

Yang dok pi tibai gambar tu apa pasal? Aku perasan orang tua ni tak pernah menang hujah dengan pembangkang melaikan provokasi picisan yang bisa bikin diri ini muntah.
Orang demo dia pun mahu demo, alih-alih duduk rumah bini tak kasik keluar. Itu antara lawak kehidupan yang pernah gua saksikan dalam hidup. 
Berubahlah wahai Ibrahim Ali!!





PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS

Published on Tukar Tiub


JAM 1.15 - BERITA DUDUK BANTAH

bersih diwakili oleh ambiga, maria chin, hishamuddin rais, aru dan mandeep
baru asaha selesai berjumpa dengan datu badar

datuk bandar kata dataran merdeka TAK BOLEH

bersih kata KAMI TAK BERGANJAK

perbincangan lebih dari 1 jam ini
cuba menyelesaikan tempat DUDUK BANTAH

bersih akan terus mengadakan duduk bantah di DATARAN MERDEKA
pada sabtu 28 hb ini

tidak ada apa apa perubahan
dataran merdeka di teruskan

NOTA:
semua diminta bersedia
semua diminta datang awal
semua diminta datang awal kerana
bersar kemungkinan kota kuala lumpur
akan sekali digangu oleh
perbagai bentuk kerenah yang songel mongel!

Duduk dan Bantah