Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 20, 2012

TERHOT: Najib mintak nak tidoq luaq... kahkahkah...

                           

 

Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis

PERANCIS 20 April: NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Pengarah Suaram Kua Kia Soong, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Gabriel berkata, pasukan mereka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire – satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu – yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya. - KD

--------

Published on shalehudin

No comments: