Serious
Entry sebelum ini memunjukkan pelan masa depan kompleks Masjidil Haram untuk 2020 and beyond. Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik MH akan dimusnhakan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari yang dihasilkan firma jurubina Atkins. Pemusnahan bangunan MH yang dibina oleh kerajaan Ottoman ini meneriman tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya. Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik. Kenapa tidak cukup islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti.
Persoalan diatas membawa kepada soalan yang akan aku tanyakan seterusnya;
"Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah?""Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan?""Haruskah Mekah dan Madinah di jadikan sebuah negara baru seperti Vatican instead of di bawah jajahan keluarga Al Saud"
Mari aku explain sedikit mengapa aku bertanyakan soalan di atas;
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Sultan Arab Saudi. Yes aku paham beliau ialah "Penjaga Dua Masjid Utama". Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah? Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam menbuat keputusan permodenan. Their way is the only way. All other way can go to hell.
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah Masjid/Surau/Tanah Wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin MENTAPAU kesemua hak untuk mendapatkan a piece of the two holy places all to themselves? Adakah kerana mereka tahu dosa duniawi mereka besar dan hanya dengan membina Masjidil Haram dan Nabawi moden mereka dapat menebusnya di akhirat kelak? Ini persoalan yang aku rasa agak pelik. Kenapa tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli "pahala dan saham akhirat" untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai gonad untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan BUTLER yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui distract the attentions of pilgrims away from the Kaabah. Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan di bina Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Don't tell me that you don't think this is wrong in so many levels. How can you justify leveling building that have so many historical significance in Islam and replacing them with major WESTERN capitalist symbols? Where is the logic? Anyone can explain this to me in the comment section?
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekkah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5. Ibu bapa aku yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 1993 ketika menunaikan Haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah. Salah siapa kalau bukan umat Islam sendiri yang memberikan keluarga Al Saudi carte blance untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh Al Saud and Co. Islamik kah ini? Adakah ini perangai Custodian of The Two Holy Mosque? Blackmailing other Muslim countries with reduced Hajj quote if they dared speak up against them?
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi bargaining chip keluarga Al Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota.
Now I have to admit the things that I just proposed is not something that can be easily realised. The Muslim world is too fragmented for these ideas to work at this moment. But surely if you believe that ISLAM is the light, the one true religion we can make a change to save the two holy cities before it is totally raped and destroyed.
Saya sarankan Dato Seri Najib Razak mengutarakan idea ini di dalam mesyuarat OIC kelak. Kami percaya Dato Seri bolehj menjadi hero SELURUH UMAT ISLAM dan bukan hanya jaguh semua umat Melayu Islam Malaysia. Dato Seri Najiblah satu-satunya pemimpin dunia yang mempunyai ketokohan, karisma. jati diri, Mana, XP, Dragon Breath serta gravitas yang mencukupi bagi mencadangkan idea yang saya nyatakan di atas. Saya yakin jika Dato Seri cadangkan pemimpin negara Islam lain pasti bersetuju dengan segera kerana mengikut laporan Utusan, Berita Harian, The Star, Sin Chew Jit Poh, Majalah Didik dan URTV kepimpinan Dato Seri amat dikagumi semua pemimpin dunia.
(Via Blog Serius - Serius Beb!)Please Dato Seri Najib.,... kami mahukan lebih dari 1Malaysia. Idea bernas Dato Seri sepatutnya diguna pakai seluruh umat Islam dunia. Semoga 1Mekah, 1Madinahdan dan 1Islam menjadi kenyataan. You can do it sir! Unite Islam under one banner for all of us. Malaysian Boleh.
No comments:
Post a Comment