Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, August 26, 2026

Kos semua menunaikan ibadah haji.

Kos menunaikan haji.

Naik kerana kita sengaja naikkan atau ianya termasuk global inflation?. Arab Saudi yang menetapkan harga. Di luar kawalan kita.

Subsidi haji diberi kepada B40. Yang mana mereka hanya perlu membayar kos RM15,000.00.

Kos sebenar: RM33,300.00.
Subsidi ditanggung: RM18,300.00

Manakala M40 masih menerima subsidi, tapi lebih kecil. Langkah ni penting untuk TH amalkan kewangan yang berhemah.

—-

Kalau nak kembali pada harga 10 tahun lepas, boleh. Tanggungan subsidi meningkat. Perbelanjaan TH naik berganda.

Dalam keadaan nak offer hibah lebih baik, nak bagi subsidi pukal lebih besar, dalam keadaan nak pastikan balance sheet TH dalam keadaan sihat, tidak rosak, dan follow peraturan dan akta TH itu sendiri.

Word paling tepat; accountability. 

Tanpa accountability, TH akan kembali rosak. Macam tahun 2014-2017; berdasarkan dapatan RCI ye. Jangan hanya baca statement orang politik.

Bila TH rosak, apa option yang ada?. Kerajaan perlu masuk campur. Sebab kerajaan jamin wang pendeposit dalam TH.

Bail out tu duit datang daripada mana?. Cukai semua orang. Disebabkan lemahnya pengurusan, habis satu Malaysia kene tanggung penyakit ni.

Please. Baca laporan RCI TH. Jangan syok sangat dengar hujah orang politik.

Mereka merasakan mereka mampu menongkat langit sampai bila-bila.

Dulu PAS bukan main “menjunjung kasih Tuanku atas perkenan menubuhkan RCI Tabung Haji.”

Sekarang PAS pula pertikai RCI, kononnya ada manipulasi untuk memburukkan institusi umat Islam dan orang Melayu.

Dulu dijunjung, sekarang dipertikai. Bila hasil tak kena selera, RCI pula yang disalahkan.

RCI Tabung Haji kini gigih dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Moga Allah pelihara kita dari diperbodohkan

RCI Tabung Haji yang ada tersebut ditubuhkan pada zaman Perikatan Nasional, beroperasi pada zaman mereka menjadi kerajaan dan diumumkan pada bulan ini oleh kerajaan Perpaduan. Tiba-tiba dapatannya diragui dan menjadi tidak sah. Gilakah mereka?

Kalau kita tanya AI yang tidak berperasaan dan berotak waras macam manusia pun boleh jawab ia lebih mempercayai laporan RCI TH yang dianggotai oleh para pakar terpilih lantikan YDP Agong pada zaman kegemilangan Perikatan Nasional-Barisan Nasional. Apakah mereka sendiri meragui hasil kerja mereka?

RCI itu, berbanding mana-mana individu yang menjadi kiblat dan rujukan para bodowan politik itu lebih berautoriti dan mempunyai akses yang meluas kepada seluruh dokumen yang terlibat untuk siasatan, melalui Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Kalian nak berpenyatuan ummah ke berpersatuan rumah ke atau nak berpunah ranah pun silakanlah sudaghe, tetapi usahlah jadi hipokrit yang menolak hasil kajian zaman sendiri. Ate, teruk benor merengnya yob...selekeh! 

-Sahul HM-

Takdir!!

Memang sudahnya, sampai kiamatah kita ini diperbodohkan.

Tunggang lagi sampai kiamat

Entah sampai bila hujah seumpama ini masih lagi mahu diguna. Muak melihatnya
Masyarakat pula mudah terpengaruh