Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, September 24, 2026

Orang dah kata jangan masuk campur

1. “UMNO bukan yang turunkan Tuanku Muhriz.”

Okay, kalau bukan UMNO, tak payah lari daripada isu sebenar.

PROSES TURUNKAN YAMTUAN TU SAH KE TAK?

AGC dah kata proklamasi 19 April itu tak sah sebab tak ikut syarat yang ditetapkan dalam UUTKNS.

Jadi jangan tukar cerita daripada “sah atau tak sah” kepada “UMNO ada kuasa ke tak?”

---

2. “MB cuma laksanakan keputusan Undang.”

Kalau MB cuma tukang laksana, kenapa MMKN pula sahkan proklamasi tersebut dan pecat Tuanku Muhriz?

Lagi satu, kalau betul proses itu sah, kenapa AGC kata sebaliknya?

Jadi jangan gambarkan MB macam langsung tak terlibat.

---

3. “UMNO tak ada kedudukan dalam adat.”

Dah tahu tak ada kedudukan yang pergi sign dan claim under duress kenapa?

Kerajaan negeri yang melaksanakan tindakan itu dipimpin oleh siapa?

MB yang tandatangan siapa?

Kerajaan negeri yang buat keputusan siapa?

MMKN yang sahkan siapa?

Jadi jangan kata:

> “UMNO tak terlibat.”

Sedangkan kerajaan negeri yang mengambil tindakan itu memang terlibat dalam campurtangan urusan adat.

---

4. “Kalau tolak keputusan Undang, bermaksud lawan adat.”

Tak betul.

Persoalkan cara keputusan dibuat bukan bermaksud lawan adat.

Kalau undang-undang kata ada prosedur tertentu yang wajib dibuat, maka prosedur itu kena ikut.

Mudah cerita:

> Ada kuasa bukan bermaksud boleh buat sesuka hati.

---

5. “UMNO tak rampas kuasa Istana.”

UMNO claim tak rampas kuasa Istana tapi dia pecat Tuanku Muhriz dan iktiraf mantan undang.

Padahal,

DKU kata Baginda masih YDPB.

AGC pula kata proklamasi 19 April tak sah.

Jadi kalau kerajaan negeri kata Baginda sudah turun takhta, tunjukkan proses yang sah.

---

6. “Tuanku Nadzaruddin dipilih oleh Undang, bukan UMNO.”

Kalau takhta itu masih belum kosong secara sah, macam mana boleh pilih pengganti?

Senang faham:

> Kalau orang pertama masih sah memegang jawatan, macam mana nak kata jawatan itu dah kosong dan lantik orang kedua?

Itulah persoalannya.

---

7. “Tuanku Muhriz tak boleh pecat EXCO sebab Baginda dah turun takhta.”

Ini namanya pusing-pusing atas andaian sendiri.

Kata Tuanku Muhriz dah turun takhta.

Tapi kesahan penurunan takhta itu sendiri yang dipertikaikan.

Tak boleh guna benda yang sedang dipertikaikan sebagai alasan untuk membuktikan benda itu betul.

Macam kata:

> “Dia dah kalah sebab aku kata kalah.”

Itu bukan bukti.

---

8. “SUK dan Penasihat Undang-Undang cuma digantung.”

ATAS ASAS APA MEREKA DIGANTUNG

GUNA KUASA APA GANTUNG TUGAS MEREKA?

Kalau asas pertama masih dipertikaikan, tindakan selepas itu pun salah. Tak berperlembagaan.

---

9. “Tak ada bukti UMNO merancang penurunan takhta.”

Yang berkempen masa pilihanraya janji nak selesaikan krisis istana dan fitnah Tuanku Muhriz tu DAP, bukan ke UMNO?

Sekarang nak nafi pula.

---

10. “UMNO cuma menjunjung Undang, UUTKNS dan Adat Perpatih.”

Kalau betul begitu, junjung semua sekali.

Bukan pilih bahagian yang sedap saja.

Kalau UUTKNS menetapkan prosedur tertentu, ikut prosedur itu.

Sebab “kami ikut adat” bukan lesen untuk langkau undang-undang.

---

JANGAN ALIHKAN ISU.

Orang bukan tanya UMNO ada kuasa pilih YamTuan atau tidak.

Orang tanya PROKLAMASI TURUN TAKHTA TU SAH ATAU TIDAK.

Kalau sah, tunjukkan bagaimana semua syarat dan prosedur dalam UUTKNS telah dipatuhi.

Kalau tak sah, jangan guna ayat “kami cuma ikut keputusan Undang” untuk tutup persoalan.

ADA KUASA TAK BERMAKNA BOLEH BUAT SESUKA HATI. KUASA PUN ADA CARA DAN PROSEDURNYA.

Itu saja isu sebenarnya.

Friday, September 4, 2026

Betul Memang pas tak putus kan tapi xdgr pun waktu tu doa pecah perut di depan khalayak ramai... Doa pun select ke?

wakil kau duduk dlm kabinet tebuk atap tu tak buat kerja ke? Bila dapat jawatan jadi bisu dan bersikap liberal. Atau mmg tak tahu buat kerja tapi hanya pandai depan ahli dan penyokong sahaja.

Jangan kena tipu kali kedua

Masa sebelum PRN Johor lagi kita dah cakap pasal UMNO ni mengulang balik tektik menjatuhkan kerajaan PN dulu bila UMNO start main ugut2 dan lagi sibuk nak desak Pilihanraya dari mentadbir Malaysia. 

So memang betul pon tanggapan tu.Hari ni UMNO dibantu PAS sedang bising2 pasal nak Pilihanraya Awal. Sebijik macam tahun 2021-2022.

Kiwak2 ni la punca Malaysia merundum tak habis2 dengan politik bodoh depa.

Dari buat berderet2 skandal 1mdb,TH,Felda bla bla, sampai la buat kekacauan politik menghalang Malaysia jadi stabil.

Ini lah entiti dinasor politkk sebenar yang dah tak releven dan tak patut dibenarkan wujud kalau Malaysia nak moving forward.

Memang jadi tugas suci kita nak ingatkan rakyat perangai kiwak2 ni yang dah berulang2.

Berapa kali kita nak kena game daa?

Puok Khawarij mana reti malu


PEMBANGKANG DAN UMNO DUA KALI TERCEDUK HARI INI

Pembangkang yang suka meletakkan kesalahan kepada kerajaan sekali lagi terceduk kali kedua hari ini apabila Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pula mendedahkan keputusan kebenaran cabutan nombor ramalan 22 kali setahun dibuat bersama Pas ketika parti itu dalam kerajaan tahun 2022.

Jumlah itu bagaiman pun kata Zafrul dikurang kepda 8 kali setahun apabila kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dibentuk. Zafrul menyatakan perkara itu seperti dilapor portal berita lewat petang ini.

Sebelum ini Pas cuba menyalahkan isu judi itu kepada kerajaan Madani sampai menganjurkan orang ramai berdoa biar perut PM pecah. Celaka 44.

Pagi tadi cedukan pertama berlaku apabila salah seorang penal penyiasat RCI Tabung Haji, Tan Seri Rashid Hussein mendedahkan pembohongan bekas Ketua Audit Negara Madinah Mohamad yang mengatakan dia tidak dipanggil untuk beri keterangan kepada panel RCI. 

Sebalik kata Rashid, Madinah disapina untuk beri keterangan pada 3 Jun 2022 dimana dia minta ditemani timbalan audit bahagian kewangan Mona Othman, bagaimana pun permintaan itu tidak boleh dipenuhi kerana peraturan memberi keterangan secara semuka seorang demi seorang.

Pun begitu Madinah diberi 75 soalan untuk dijawab secara bertulis dan beliau melakukannya. Jadi tidak betul kalau Madinah kata dia tidak berpeluang memberi keterangan yang mana jika diberi kesempatan mungkin laporan RCI itu berubah duganya.

Dakwaan Madinah itu ditolak kering kering oleh Rashid Hussein yang kini merupakan Pengerusi Tabung Haji dalam satu majlis penjelasan RCI TH diadakan di Bangi pagi tadi.

Dengan penjelasan Rashid itu menyebab pembangkang termasuk juga sesetengah pemimpin Umno yang menggunakan keterangan Madinah itu untuk melindungi diri, kantoi. Trims.

Thursday, September 3, 2026

Berhati-hatilah kita semua.

Sebagai orang yang berilmu, kita perlu menyedari dan mengingati tanggungjawab besar yang datang bersama pengetahuan. Kita lahir tanpa membawa modal, tetapi Allah memberikan modal kepada kita.

Allah juga memuliakan pendengaran, penglihatan, dan akal fikiran supaya kita dapat bergerak daripada tidak tahu kepada tahu. Menjadi orang yang berhutang bererti kita perlu membayar kembali kepadanya dengan memberi dan menyumbang.