Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, January 18, 2010

Jamil Khir: Kita tubuhkan IFC!!!!!

The Star, 18 January 2010 Minister: Not too late to set up council

ALOR SETAR: It is not too late for the Government to consider setting up an inter-faith council if it can help resolve issues of religious significance, said Minister in the Prime Minister's Department Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir, who is in charge of Islamic affairs, said he supported the idea for such a council as it would help cement a sense of mutual understanding over religious matters.


****

Penat dah memaki, penat dah mencarut, penat dah membodohkan menteri gerombolan ni, penat dah ajak bincang debat bagai. Cukup penat. Dah bagitau tapi tak paham-paham. Memang cukup penat. Gua tau menteri tak masuk blog gua ni, tapi ada ribuan blog akan cerita benda yang sama bagi setiap isu. Kenapa masih tak alert benda ni.

Orang bantah dikatanya setuju, orang tentang dikatanya menyokong. Nak kategorikan macam mana orang-orang macam ni?

Ni dah isu agama pulak. Buat main-main sangatlah benda ni. Kang kata gerombolan cetus ketegangan dia jugak melenting tak memasal. Lebih 50 tahun buat benda sama takkan fikir rakyat masih bangang lagi? Otak letak kat mana?

Yang dia tau perpaduang!! Abah hang!!!

Binatang yang konpius (gambar lawak)

Penghibur anda hari ni.


****

Gambar amik dari internet. Tak tau nak bagi kredit kat sapa.

Dah la bangang, ek pulak tu.

"Lagipun, Mummy sudah saya anggap sebagai ibu. Dia juga tidak cakap apa tentang perkara itu...kerana jika kami bertemu di luar pun, saya memang akan mencium pipinya, seperti mana saya lakukan pada ibu saya," kata Black ketika dihubungi.(mstar)

****

Rasa macam nak bagi penendang!! Dulu tak amik PAFA ke weh?

Sunday, January 17, 2010

Presiden Parti Makkal Sakti dipecat

Jawatankuasa siasatan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) hari ini membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran selepas beliau gagal menjawab beberapa tuduhan terhadapnya.

Thanenthiran tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabat parti itu di Shah Alam.

Keputusan tersebut dibuat oleh 14 daripada 27 ahli jawatankuasa pusat selepas sejam bermesyuarat. Baki 13 ahli lagi tidak hadir.

Nota : Gila badut!! Buat parti macam main masak-masak. Gapums pun smart lagi macam ni.

Saturday, January 16, 2010

Pasal facebook pun nak bising.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini hari ini.

Nota: Nampak benar si menteri ni takda kerja. Merepek manjang je. Lain disuruh lain di rabanya. Pejadah buat muzium kat Jelebu? Nak suruh lembu itik lawat? Muzium kat Seremban tu pun 23 tahun aku dah tak pergi. Pergi yang dulu-dulu tu pun kena paksa.

Fokus beb. PKFZ, pembunuh Nurin, stadium runtuh, dan 1001 hal karut gomen buat tu selesaikan segera. Enjin jet tu berapa harga sebenarnya? Takkan kalah harga dengan enjin Ferrari? Harga BMW skang pun cecah juta. Bukan boleh terbang pun. Orang jakun pun muntah dengar geng-geng lu punya karut. Lagi mau usik facebook.

Cmon la pakcik, wake up!!!

Friday, January 15, 2010

Susah betul nak jaga Melayu ni ye.. Manja kemain.

Pertemuan pemimpin semua parti bincang hak Melayu


Wakil dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (Gapums) akan menemui para pemimpin Melayu dari semua parti termasuk pembangkang berhubung isu yang berkait dengan bangsa Melayu.

Nota: Panggil Zahid Hamidi ngan Najib sekali. Suruh jawab isu 30% kuota bukan melayu ke Maktab Tentera tu. Kot tak kang gua panggil PUKIDA...

Gapums? punyalah tak best nama... kahkahkah...

Apalagi PUKIDA, nyalak la cepat..

K'jaan buka 30 peratus tempat bukan Melayu di MTD

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu 30 peratus daripada pengambilan baru pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) terdiri daripada bukan Melayu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuota pengambilan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus itu bertujuan membuktikan bahawa MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh adalah terbuka kepada semua kaum di negara ini.

Nota: Balik-balik kang Nuar jugak pengkhianat bangsa.. Ye tak?

Ni bakal generasi yang akan jaga negara kemudian hari.

Rekod 30,000 apam gubah logo 1Malaysia

Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di Shah Alam yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar. (Malaysiakini)

Nota: Awal-awal semester dah buat benda ngarut. Padan la yuran kolej swasta skang melambung macam air pancut. Penat orang tua noreh sampai gadai tanah nak bayar yuran anak belajar padahal tengah dok ampu Najib buat logo pakai kuih apam. Pesal tak pakai pizza je? Standard ni je kualiti otak2 orang kolej kat Malaysia???

Pernah tengok pompuan ada payudara depan dan belakang part 2.

Tak pandai saya nak ulas. Cuma gambar ni saya cilok dari blog Dr Wahab. Hehe...

http://abdulwahabarbain.blogspot.com

Pernah tengok pompuan ada payudara depan dan belakang?

****

Petang karang gua cerita lanjut ye.. :)

Thursday, January 14, 2010

Biar betul mak sedara rosmah?

Mana dapat maklumat ni yang kata makcik yang kena bunuh secara kejam di Gemencheh tu mak sedara Rosmah? Uiks...

Sensasi betul berita ni nak dibandingkan cerita siti dapat hadiah apa sempena birthday kali ni dari Dato' Seri K....

Eleh... Standard je jawapan rosmah nanti. Tu semua fitnah!!


*****

Gua dah boleh jadi bomoh..

CELAKA KAU PARPUKARI!!

Level otak paling bangsat. Ni kerja ko kan? Jangan besok aku dapat gambar blue mak kau aku tayang sticky post kat blog aku...

Ni la level beruk-beruk gerombolan. Bapak-bapaknya tak tau la aku... Lagi najis agaknya...

Ni tak pelik sangat. Cuma jarang-jarang berlaku je.

Kadang-kadang gua pelik jugak, yang nak dikelintaunya Raja Petra sampai ke London ngan Poland tu pehal? Ni yang kisah pembunuh adik Nurin tu dah tutup fail ke? Media tak sensasi kerja pun tak jadi ye tak?

Sibuk nak siasat kek harga 5 ratus ringgit TGNA, tapi rumah agam harga juta-juta ex-mb Selangor tu boleh pulak jadi buta tuli ye? Musykil gak antara TGNA njan DSKT sapa lagi lama jadi MB...

Rupa-rupanya jadi doktor gigi lagi masyuk dari doktor pakar jantung. Nak tanya, susah tak jadi doktor gigi? Saya tak berkenanlah nak masuk AF sume tu. Tak tahan nak layan-layan gossip sume tu. Nanti takda masa pulak nak beribadah....

Kadang-kadang gua rasa isu politik/semasa kat Malaysia ni dah sampai tahap autospace dia punya tak masuk akal.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan bertindak bersepadu dalam cubaan menghalang Mahkamah Tinggi Syariahn daripada mendengar permohonan Anwar Ibrahim bersabit aduan qazaf yang dibuat terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi itu bersidang mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mengarahkan JAWI membawa pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan memastikan tidak ada lagi campurtangan politik daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Namun permohonan itu terpaksa di tunda kepada 17 Febuari selepas peguam-peguam JAWI dan Menteri berkenaan mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Mereka juga menuntut untuk mengetahui sama ada kes itu akan di dengar mengikut Akta Tata Cara Mahkamah Tinggi Syariah 1998.

Turut dipersoalkan ialah status seorang daripada peguam Anwar, Zulkifli Nordin.

Anwar membuat aduan kepada JAWI hampir 18 bulan lalu bahawa Saiful melakukan kesalahan qazaf kerana membuat dakwaan fitnah terhadapnya bersabit pertuduhan liwat.

Namun JAWI dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal Islam enggan melayan aduan Anwar itu.

Hakim Mohd Shukor Shabudin memberikan peguam-peguam yang mewakili Pengarah JAWI, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom tempoh untuk menfailkan afidavit berhubung bantahan mereka.

Justeru permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah terbabit akan di dengar semula 17 Februari.

Anwar membuat aduan qazaf terhadap Saiful pada Januari 2009. Mantan Timbalan Perdana Menteri turut mengemukakan laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mendapati tidak ada bukti klinikal untuk menyokong aduan Saiful bahawa beliau diliwat.

Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar beberapa hari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak pada Ogos 2008.

Najib dilaporkan pada mulanya menyangkal bertemu dengan Saiful tetapi kemudian mengakui berbuat demikian selepas ia didedahkan di media.

Laporan polis Saiful terus dijadikan senjata utama oleh Umno dalam usaha menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh namun Anwar tetap menang dengan majoiriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Penangguhan kes di Mahkamah Syariah hari ini dilihat sebagai usaha untuk melengahkan sistem keadilan Islam.

Tindakan mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah oleh peguam JAWI dan Kerajaan Persekutuan dilihat sebagai cubaan memastikan perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar dalam Mahkamah Sivil yang dijadualkan bermula 25 Januari ini tidak terjejas.

Menurut penganalisis politik, amat penting untuk memelihara kredibiliti Saiful dalam mahkamah sivil untuk tujuan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat itu di bawah undang-undang sivil.

Justeru pemerintah dilihat mempunyai keperluan mendesak untuk memastikan tuduhan qazaf terhadap Saiful ditangguhkan atau tidak diteruskan sama sekali. -TVS

Pejabat peguam Herald dipecah masuk 11:35am (Utusan)

PETALING JAYA 14 Jan. – Pejabat peguam yang mewakili akhbar Herald-The Catholic Weekly dalam isu menuntut penggunaan kalimah Allah baru-baru ini dipecah masuk oleh individu tidak dikenali hari ini.... (rujuk utusan).

Nota: Tak abis lagi ye. KPN tak dapat sms lagi ke? Pakai blackberry dah. Takkan server sms down kot. ntah-ntah informer yang pengsan?

KDN ugut nak guna ISA dah. Tak takut ke? Gua dengar tiba-tiba Anwar yang nak dikitainye. Apa mabuk punya cara kerja. Lain suruh dibuat menggatal tambah kerja yang bukan-bukan. Tapi aku tak heran pun... Hehehe.

Macam-macam: Wanita tak sedar 'penceroboh katil'

WASHINGTON: Seorang wanita yang terjaga daripada tidur terkejut apabila mendapati dirinya dipeluk seorang lelaki tidak dikenali di tempat tidurnya.

Polis membuat kenyataan tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh menceroboh bilik tidur mangsa tanpa disedari langsung wanita berkenaan, Ahad lalu.

Sarjan Nicholas Breul berkata penceroboh terkejut dan lari apabila wanita itu terjaga daripada tidur.


Polis percaya, kes itu ada kaitan dengan kejadian serangan seksual sejak dua tahun lalu dekat kampus Universiti Georgetown, yang terbaru Ogos lalu. - Reuters

Nota: Macam kat Pulau Pinang. Universiti Goergetown...

Wednesday, January 13, 2010

Pertubuhan Islam AS lancar dana baiki gereja dibom

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Demi membuktikan Islam sebagai agama yang adil, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam antarabangsa, Dewan Persaudaraan Umat Islam Amerika (CAIR) semalam melancarkan tabung derma untuk membaiki beberapa gereja yang dibom di Malaysia.

Bercakap pada pemberita di Washington, Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad menjelaskan dana sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Duta Malaysia di Amerika Syarikat dalam masa terdekat - Harakahdaily.

Nota: Inilah Islam. Indah sesangat. Manisnya iman. Bahagia ke akhirnya. InsyaAllah....

Terkena saya kali ni.

Lu orang ada layan video youtube tajuknya "biggest snake found dead"?.

Fuh, betul-betul terkena gua kali ni...

Internet semuanya di hand only (tajuk macam *****)

Ini entry pada yang addict internet. Gua sedang praktikkan ni. Maklumlah macam-macam masalah kita nak berinternet sekarang ni. Server down la. Kena blok dengan server opis la. Lembab nak mampos la. Tapi kalau dah addict dengan facebook, twitter, blog dan sebagainya dan anda mahu segalanya all in one maka entry ini untuk anda.

Entry kali ni takda tipu-tipu. Jangan risau.

Untuk mudah cara anda perlu modal. Macam gua la kan. Ada blog, ada twitter, facebook dan flickr maka dengan limitednya gua dengan pc kat umah dan pc kat opis pulak macam haram jadah maka gua hanya gunakan handphone. Tak perlu nak beli Blackberry iPhone bagai. Cukup sekadar ada nokia yang tak sampai seribu harganya dan internet unlimited plan. Maka gua syorkan handphone yang menggunakan OS Symbian 60 version 5. Handphone yang terlibat dengan OS ni contohnya seperti Nokia 5800 Xpressmusic, 5530XM, 5230, N97, Sony Ericsson Satio dan juga Samsung i1890 HD. Yang paling murah adalah Nokia 5230. Kalau yang bukan original kilang harganya lingkungan RM600 sahaja. Nak lebih maklumat gi usha kat GSMarena.

Ok, untuk plan internet plan pulak gua gunakan Digi unlimited plan yang bulanan bayarnya RM66 sahaja. Tak selaju Digi 3G plan yang cuma berharga RM50 tu tapi yang ni takda limit download upload data. Untuk makluman pembaca, Digi 3G plan data tu limit hanya pada 3 gigabyte sebulan. Terpulang pada anda. Ni gua tanya kat Digi customer centre. Leh jugak guna Celcom atau Maxis. Terpulang.
Next, handphone ni dengan mudahnya support email. Handphone gua sekarang on 2 email sekaligus. Email opis dan juga Gmail. Hanya ikut je instruction yang dia beri. Lepas tu ikut suka hati korang la nak manfaatkan macam mana.

Seterusnya pulak ye. Kita terus ke alam maya. Gua rasa semua tahu yang blog boleh di update dengan menggunakan email. Maka selesai satu masalah. Manakala flickr plak sudah tersedia perisiannya dalam handphone ni. Namanya share online.

Untuk yahoo messenger, asalnya gua gunakan eBuddy tapi connection kurang stabil dan sering disconnect maka gua bertukar pada perisian percuma yang boleh kita download secara bersepah di internet bernama Fring. Cantik, laju, cepat dan mudah. Budak berumur 6 tahun rasanya tiada masalah dengan perisian ini apatah lagi anda. Perisian percuma dan crack yang boleh didownload secara bundle gua syorkan mobile9.com, nokiasoftware.net dan ipmart-forum.com

Untuk facebook pulak asalnya gua guna yang standard. Maksudnya guna standard nokia web browser dan login ke http://m.facebook.com tapi macam tak advance pulak rasanya. Maka gua guna 2 perisian sekaligus. Dua-duanya percuma dan stabil iaitu Snaptu dan facebook widget untuk OS s60v5 mobile. Tapi untuk lihat new notification gua masih lagi gunakan kaedah awal yang tradisional tu macam yang gua terang mula-mula tadi.

Dekat nak pukul satu ni, jap lagi waktu lunch maka gua teruskan lagi dengan sepantas kereta wakjam ye.

Bagi penggemar RSS pulak gua syorkan Operamini version 4.2 dan Snaptu. Mudah pantas dan kita tahu mana site atau blog yang update. Tak perlu nak rayau satu-satu blog yang kita sentiasa kunjungi. Buang masa dan letih mata tunggu siap loading. Guna RSS je mudah. Kot gomar copy n paste then update blog sendiri yang macam gua selalu buat ni lu gua syorkan install jugak Opera Mobile 10.2 kat handphone. Dia support Copy, Cut and Paste untuk mudahkan kerja korang tu (paste kat notepad ke). Dah buat kerja murni tu kang update la pakai email yang dah sedia ada dalam handphone korang tu. Best kan? Untuk makluman, snaptu juga support photobucket. Bestnya hidup.

*Gua tau tak sama feel layan tenet kat hp ngan pc. Tapi ini cuma altenatif. Terpulang. Bukan wajib.

Penat gua taip panjang-panjang. Cilakak.

Entah bila zaman la network kat 1Malaysia ni nak senonoh. Dari pagi buat badut. Nak kerja pun susah. Takkan sampai seminggu pulak jadah ni nak jadi. Tak larat la saya macam ni. Nasib baik hp saya canggih lagi dari server opis ni.

Nanti saya kongsikan tips ni pada awak semua ye. Dalam jamban zoo negara pun awak semua boleh update blog. Cuma kena pastikan bateri hp awak dalam keadaan senonoh tau.

*entry ni di update ketika saya lagi 253m nak jejak bumi. Saya sedang training terjun parachute ni. Esok saya try update time nak lompat papan anjal 10m tu pulak. Doakan saya berjaya tau.