Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, August 26, 2026

RCI Tabung Haji kini gigih dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Moga Allah pelihara kita dari diperbodohkan

RCI Tabung Haji yang ada tersebut ditubuhkan pada zaman Perikatan Nasional, beroperasi pada zaman mereka menjadi kerajaan dan diumumkan pada bulan ini oleh kerajaan Perpaduan. Tiba-tiba dapatannya diragui dan menjadi tidak sah. Gilakah mereka?

Kalau kita tanya AI yang tidak berperasaan dan berotak waras macam manusia pun boleh jawab ia lebih mempercayai laporan RCI TH yang dianggotai oleh para pakar terpilih lantikan YDP Agong pada zaman kegemilangan Perikatan Nasional-Barisan Nasional. Apakah mereka sendiri meragui hasil kerja mereka?

RCI itu, berbanding mana-mana individu yang menjadi kiblat dan rujukan para bodowan politik itu lebih berautoriti dan mempunyai akses yang meluas kepada seluruh dokumen yang terlibat untuk siasatan, melalui Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Kalian nak berpenyatuan ummah ke berpersatuan rumah ke atau nak berpunah ranah pun silakanlah sudaghe, tetapi usahlah jadi hipokrit yang menolak hasil kajian zaman sendiri. Ate, teruk benor merengnya yob...selekeh! 

-Sahul HM-

No comments: