Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, July 5, 2009

Nasihat ni lembut je..

Ingatlah awak tu belajar lagi. Orang dulu-dulu boleh je belajar elok-elok. Keluarga di tanahair separuh mampus kerja cari duit nak bantu awak tu belajar. Kot pendapatan 5,6 angka boleh jugak la tersenyum. Belum campur siang malam solat dan doa agar awak tu di permudahkan segala perkara. Lulus periksa contohnya..

Bukan prejudis pada yang kahwin di bangku universiti. Tapi adab pada orang-orang yang menyokong awak selama ni mana pergi? Kita tahu bukan senang belajar tu, kalau tak kang 1 Malaysia jadi lulusan universiti. Awak tambah beban tanggungjawab sebenarnya, percayalah. Kot kamu berjaya baguslah, tapi kalau bungkus, orang sekeliling bukan pesalah. Haraplah pada yang 1 selimut dengan kamu.

Namun segalanya sudah di atur. Tak la ganas sangat aku nak lawan takdir..

No comments: