Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, July 31, 2009

Sekali-sekala gua nak jugak emo-emo macam jantan lain.

Betapa bulan 7 ni banyak menduga gua. Bercampur-baur perasaan. Di campur pulak kesibukan yang terpaksa di hadapi. Semua ni gua hanya anggap sebagai persediaan gua untuk masa hadapan. Gua kena kuatkan mental dan fizikal gua. Bukanlah bermaksud gua feeling romeo emosi cabuk bagai bila tulis macam ni hari ni, tapi gua juga manusiakan? Luahan hati gua di blog gua, gua punya pasallah.

Muhasabah diri, merenung kembali apa yang dah gua lakukan sepanjang hidup dan juga yang bakal gua hadapi, uihss.. tercabar jugak mental dan fizikal diri. Minat gua meneliti senario politik tanah air hanya menambah luka di dada. Betapa ahli politik bangsat mengajar rakyatnya zalim dan saling memijak kepala bangsa sendiri.Tak masuk akal kadang-kala...

Masuk pulak kehidupan seharian gua serta bercampur pula naluri hati yang tidak pernah puas pun seaakan mencipta perang dalam jiwa gua. 2,3 cita-cita yang belum kesampaian dan aim target gua yang tinggi dan semangat membuatkan gua masih lagi berdiri hari ni. Semua juga kerna sokongan dari orang-orang belah kanan dan kiri gua.Terima kasih buat kalian.

InsyaAllah, selagi gua bergelar manusia yang punyai otak dan hati perut, stand gua takkan berubah. Ganas-ganas gua pun takkan gua sanggup untuk mencipta perang dunia yang ke3 atau ke4.

Gua cuma melayu yang dah tak berapa nak melayu. Lelaki handsome yang kepingin GTR tapi takda duit. Manusia yang belum pasrah pada senario pilitik gampang. Idealis yang masih mengharap duit mak bapak hujung bulan.

No comments: