Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, August 10, 2010

Mat Sembab itulah orang yang paling tinggi ilmunya di dunia ini...

Kalau nak di ikutkan banyak-banyak orang yang pernah jadi TPM dalam Malaysia ni, yang paling suka buat gua menyumpah-seranah adalah yang duk kat tahta skang ni. Bro Isham gelarnya Mat Sembab. Cakap main ikut sedap tekak aje. Bawalah mana pakar atau expert kata sesuatu pun, yang ikut peraturan perlembagaan sekalipun, Mat Sembab ni pasti akan berfatwa sebaliknya. Dan pastinya fatwa itu menyusahkan orang ramai. Perangai sapa dia ikut gua pun tak pasti.

Yang sebelum ni dok kata SPR sahaja tentukan tarikh pilihanraya. Mana sunan yang di telaah gua pun tak pasti. Mana perlembagaan yang dia ngaji pun gua tak pasti.

Terbarunya isu saman ekor. Mahkamah sebelum ni dah keluar keputusan bahawa saman ekor itu tidak sah kerana ada perlanggaran hak secara jelas di situ dan juga menyentuh bidang kuasa JPJ dan PDRM dalam menyenarai hitamkan pemampu yang degil tak mahu jelaskan saman ekor. Benda yang cukup jelas dan bolehlah kita katakan precident case. Memang gua pelik bilamana UMNO terlungkup dalam PRU lepas maka undang-undang kini dibaca faham hanya mana bila keluar dari kepala otak pemimpin UMNO sahaja. Senada dan alunannya cukup sama.

Undang-undang apa macam ini? Kenapa banyak salahnya tafsiran undang-undang bilamana ia terluncur dari mereka yang beramal dengan undang-undang itu adalah Pro Pakatan Rakyat? Gua yang agak genius ni semakin kabur. Tak faham walaupun gua cuba guna kaedah logik, mantik, balaghah, mujmal & Mubayyan serta ada sedikit tarannum bayati. Tak dapat! Gua gagal!!!

Mat Sembab terlalu tinggi ilmu ladunninya. Tak terlawan kita nih.....

No comments: