Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, May 9, 2020

Jasa PH yang ditenggelamkan oleh sentimen agama dan bangsa

INIKAH YG LEBAI KELAROH YB PARLIMEN P PUTEH KATA KJAAN YG WAJIB DIJATUHKAN?KEBODOHAN TAHAP BRP YG DAH DICAPAI OLEH YB YG DAH 3 KALI DITOLAK OLEH PENGUNDI2 BESUT INI?
Refleksi Setahun Kerajaan Pakatan Harapan: 365 Kejayaan

UTAMA
1. Prestasi pencapaian Janji Kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 untuk "Membina Negara dan Memenuhi Harapan" adalah sebanyak 39.01%. 
2. KDNK negara bagi suku ke-4 tahun 2018 berkembang 4.7% dan mengatasi konsensus pasaran pada kadar 4.5%
3. Pelaburan ditambahkan kepada RM106.6B. Jumlah perdagangan RM1,713,84B
4. Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42% telah ditunaikan dari 128 Inisiatif
5. Harga siling petrol RM2.08
6. BSH bersasar kepada B40
7. Dana perlindungan Kesihatan
8. Lancar PELAN RASUAH & INTEGRITI
9. Tubuh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)
10. Berjaya kurangkan kos keseluruhan projek LRT 3 (RM31.3b kepada RM16.6b)
11. Penjimatan sebanyak RM8.6B PROJEK MRT
12. Perjalanan tnpa had RM100 bagi bas dan rel, RM50 bagi bas RapidKL.
13. Tiada kenaikan tol disemua lebuhraya yang melibatkan kos RM974.43J 
14. Gaji minimum RM1100.
15. Royalti minyak kepada Terenggani RM634J
16. Bantuan RM500,000 kepada bekas tentera 
17. Menarik balik penyertaan tentera di Timur TENGAH
18. Amalan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada orang politik dihapuskan
19. Peruntukan tambahan RM20J untuk JABATAN Hal Ehwal Veteran Askar.
20. Pemansuhan tol motosikal
21. Pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang (JPP),Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JPP2) dan Plaza Tol Tanjung Kupang. Penjimatan di antara RM24 ke RM66 sebulan.
22. Jajaran baharu Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei dengan jarak 415 km (RM 5.5 billion)
23. Meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan yang dianggap zalim seperti SOSMA, POCA dan POTA
24. Peruntukan RM45J untuk I-Suri
25. Sistem semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak
26. RM20J untuk 70,000 wanita untuk program pengesanan awal kanser payu dara.
27. 65 taska ditempat kerja diluluskan
28. Kad OKU sub-kategori pembelajaran
29. Usaha pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dibawah SUHAKAM
30. Pemerkasaan wanita melalaui pelantikan 9 Menteri dan timbalan menteri Kabinet dan 10 jawatan tertinggi di agensi kerajaan, GLC, GLIC untuk kali pertama. 
31. Menyediakan panduan memilih pengasuh untuk orang awam
32. Membantu 73% gelandangan menginap di anjung singgah mendapat pekerjaan
33. Membantu program warga emas untuk kembali bekerja 
34. Geran MPKK ditambah RM100J
35. Pemulangan asset 1MDB dariupada USA sebanyak RM236J
36. Pemulangan asset 1MDB daripada doj sebanyak RM139j
37. Pemulangan asset 1MDB daripada Singapura sebanyak RM106J
38. Projek DBKL diselamatkan sebanyak RM481J (RUNDINGAN SEMULA)
39. Bantuan Sara Hidup (BSH) RM500-RM1000
40. MYsalam Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (pembayaran sehingga RM8000)
41. Rebat bil elektrik RM40 sebulan untuk keluarga miskin
42. Foodbank pengagihan lebihan makanan dari industry peruncitan 
43. Inisiatif kedai ekonomi i-keep
44. Program Malaysia Social Innovation (MySI). Dana yang berjumlah RM5 juta.
45. Pembelian tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 Bilion bagi tempoh lima tahun (2019 – 2023)
46. Terbitan Bon Samurai yang telah menarik lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 324.7 bilion yen berbanding 200 bilion yen yang ditawarkan, mencerminkan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan kewangan negara.
47. FDI yang diluluskan naik setinggi 48% kepada RM80.5 Bilion bagi tahun 2018
48. Pelaburan yang diluluskan dalam Sektor Perkilangan, Perkhidmatan dan Sektor Utama bernilai RM201.7 bilion
49. Kerajaan Malaysia telah berjaya menerbitkan bon Samurai dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak ¥200 Bilion (RM7.3 Bilion), bertempoh matang 10 tahun dengan kos keseluruhan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak 0.63% setahun.
50. Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan (SDFF) anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bernilai RM1 bilion bagi memberi insentif kepada lebih banyak syarikat untuk melakukan amalan kemapanan di dalam strategi perniagaan
51. RM5 Juta untuk digunakan bagi tujuan pengurusan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada agenda memajukan syiar Islam.
52. Projek Pembangunan TRX Exchange telah menjalani proses 'detoxification' (semakan semula dan rasionalisasi aset)
53. Pembinaan Kilang Cuckoo di Banting yang menelan kos RM104million(USD 25 Million).
54. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

SUMBER MANUSIA
55. Skim Bencana Kerja 
56. Caruman PERKSO diperluas kepada suami atau isteri bagi majikan utama 
57. Penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan 
58. Kerjasama dengan negara asing bagi pentauliahan antarabangsa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (IJLTM)
59. Penggunaan dron dan teknologi tanpa wayar dalam memperkasa aktiviti penguatkuasaan tapak bina
60. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara
61. Penggunaan teknologi Elctronic Trade Union InformatioN System (e-Tuis) dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada.
62. MoU persefahaman antara Malaysia-Nepal mengenai pengambilan pekerja, penggajian dan penghantaran pulang.
63. Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing. 
64. Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)
65. Pelancaran Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi memastikan pemain industri dapat memenuhi kehendak pasaran Revolusi Industri 4.0
66. Mewujudkan indeks (IHP) untuk mengukur kos sara hidup bagi membantu majikan menentukan kenaikan gaji yang bersesuaian

REFORMASI PERUNDANGAN DAN DEMOKRASI
67. Reformasi dalam undang-undang sudah dilaksana atau sedang dilaksana
68. The Rule of Law jelas diamalkan oleh PH. Pemisahan kuasa antara tiga pihak iaitu pembuat, undang-undang, pelaksana pentadbiran dan kehakiman jelas diamalkan.
69. KDN turut meluluskan taraf kewarganegaraan kepada 1,641 pemohon kaum India berumur 60 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
70. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penemuan kem sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis.
71. Pengihitharan asset anggota cabinet dan anggota parlimen PH
72. Penubuhan jawatankuasa Khas mengenai anti rasuah
73. Reformasi SPRM 
74. Reformasi dan kebebasan MEDIA 
75. Indeks demokrasi naik 7 anak tangga berdasarkan The Economist

TH
76. Pelan pemulihan Tabung Haji. Lembaga Pengarah TH baharu telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama. 
77. Kerajaan sedang menyelamatkan tabung haji melalui pembayaranaset-aset bernilai RM19.9 bilion.
78. Kerajaan suntik asset melalui: RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun, RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun, RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV. 
79. Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
80. Kedudukan Kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing. Tadbir Urus dan Ketelusan yang lebih baik. 

FELDA
81. Menstruktur semula pinjamna dengan institusi kewangan dengan mengenal pasti asset-aset tidak strategic yangbboleh dicairkan untuk menjana tunai. 
82. Memperkenal model baharu pengurusan tanah.
83. Menyelsaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan. 490,000 hektar untuk peneroka. Seorang 4 hektar untuk kebun, 0.1 hektar untuk kediaman. 330,000 hektar untuk lading komersial. 50,000 hektar untuk kawasan kampung. 
84. Mewujudkan 317 jumlah tanah rancangan. 
85. Keuntungan kepada 112,635 peneroka. Kadar faedah efektif 3.8% pinjaman sara hidup dengan peruntukan kerajaan RM2b.
86. Menyiapakan projek perumahan generasi baharu (PGBF) yang sudah siap 70%. 
87. Pengukuhan koperasi Felda. Mewujudkan skim sewaan tanah jangka panjang. Penyediaan skim pewaris tanah untuk peralihan lancar. 
88. Membuat siasatan terhadap RM1.4B yang digunakan untuk pelaburan meragukan dan RM2.7b digunakan untuk raih sokongan politik. 
89. Bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat.

ECRL
90. 9 bulan rundingan rumit ECRL. RM21.5b kos dikurangkan. 
91. 40% partisipasi kontraktor tempatan daripada 30% perjanjian awal ECRL.
92. 50:50 operasi penyelenggaraan ECRL ditanggung MRL-CCCC, sebelum ini 100% ditanggung MOF. Mendapat pujian daripada The Edge, 
93. Melalui jajaran baru, ECRL dirangka bagi melalui 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Selangor. Langkah ini mampu memaksimakan limpahan ekonomi yang bakal diperolehi negeri-negeri yang dilalui ECRL.

PENDIDIKAN
94. Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang dianggotai 12 ahli panel yang berkaliber. Guru dipilih menganggotai ajk kecil kepada ahli panel JKD untuk meluahkan isu sebenar yang berlaku diakar umbi. 
95. LINUS dimansuhkan serta merta, bebanan tugas guru seperti penyediaan fail dikurangkan, di mana bebanan berat guru kelas dalam menyediakan Buku Rekod Kedatangan Murid dipermudahkan. 
96. KPM menggerakkan Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Lebih daripada 36,000 kegiatan telah dirancang di seluruh negara untuk tahun ini oleh pelbagai agensi, jabatan, perpustakaan negeri dan perpustakaan komuniti.
97. KPM juga sedang dalam usaha menyemak semula Dasar Bahasa Kebangsaan dan draf awal akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola DBP pada Julai 2019.
98. KPM juga sedang giat menggerakkan inisiatif di bawah Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020. 
99. Mewujudkan Program Sastetawan Negara di Universiti.
100. Semakan semula dasar Bahasa Kebangsaan
101. Mengubal dasar sastera kebangsaan dan kempen pemartabatan Bahasa Melayu.
102. Menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET pada 21 Jun 2018.
103. KPM telah melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional iaitu laluan fleksibel bagi artikulasi TVET sehingga ke tahap 6 dan 7.
104. Mengadakan enam sesi Townhall yang merupakan platform kepada pemegang taruh pendidikan TVET dari pelbagai kementerian, industri dan komuniti.
105. KPM telah membentuk Jawatankuasa Task Force Khas Hala Tuju Kolej Vokasional untuk mempergiat usaha berterusan membantu Kolej Vokasional dalam memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
106. KPM turut mewujudkan kerjasama antara Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia dari segi sumber, peralatan, fasiliti, tenaga pengajar dan kepakaran.
107. KPM mengambil tindakan menyeluruh dalam memperluas akses pendidikan ke Politeknik dan Kolej Komuniti dengan membangunkan beberapa program pengajian alternatif melalui empat bentuk laluan baharu dikenali sebagai ACES (Apprenticeship Programme, Professional Certification Programme, Entrepreneurship Programme dan Sijil Kolej Komuniti (program persediaan).
108. Program Tahfiz TVET secara bermodul dan sepenuh masa dengan objektif untuk memberi nilai tambah kepada set kemahiran pelajar bagi persediaan kerjaya dan kelangsungan hidup. 
109. Program ini dipandu oleh pihak JAKIM serta Darul Quran dan menerima penyertaan yang menggalakkan daripada institusi-institusi tahfiz serata negara.
110. KPM telah memperkukuh jalinan kerjasama industri TVET bersama-sama pihak industri dan agensi dengan melaksankan aktiviti usahasama yang membawa impak kepada kebolehpasaran graduan.
111. KPM dalam usaha berterusan menghasilkan pelan hala tuju khas bagi pendidikan tinggi swasta.
112. KPM kini sedang giat menjalankan proses libat urus dengan pihak IPTS dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi swasta. Sebelum ini, proses libat urus melibatkan IPTS kurang dilaksanakan.
113. KPM turut memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
114. KPM juga sedang berusaha menambah bilangan kampus cawangan dan satelit universiti utama dan berprestij luar negara di Malaysia. Antara negara-negara yang dilibatkan dalam kerjasama ini termasuklah United Kingdom, Jepun, Perancis, China, Maghribi, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
115. Dewan Rakyat pada Disember 2018 telah meluluskan secara sebulat suara pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Akta berkenaan yang sebelum ini menjadi penghalang untuk mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik.
116. Turut diluluskan ialah pindaan terhadap Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Perguruan.
117. Buat pertama kalinya selepas 50 tahun, pilihan raya kampus di semua Universiti Awam dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan.
118. KPM telah menetapkan 5 Oktober setiap tahun sebagai Hari Akademia. Ia dilaksanakan untuk menghargai jasa semua pensyarah dan kakitangan akademik di universiti.
119. Sejak KPM berada di bawah kerajaan baharu, peranan institusi pendidikan tinggi telah diperkasa melangkaui batas ideologi dan fahaman politik. 
120. Institusi pendidikan tinggi di negara ini menjadi medan terbuka dalam membahaskan perbezaan pandangan secara matang dan bertanggungjawab.
121. Peningkatan geran penyelidikan di Universiti Awam. KPM telah menyediakan dana berjumlah RM455.35 pada tahun 2019.
122. Melantik wakil mahasiswa menganggotai Senat Universiti. Pencapaian ini penting dalam memastikan mahasiswa diberikan peranan bersesuaian untuk terlibat dalam keputusan-keputusan penting universiti.
123. Zero Reject Policy (Dasar Sifar Penolakan) diberikan penekanan dan dimantapkan dari aspek pelaksanaan bagi memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menerima pendidikan yang relevan dengan keupayaan mereka.
124. Semua MBK diterima masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk mendapatkan pendidikan.
125. Kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah ditambah baik secara berterusan bagi menyediakan fasiliti yang bersesuaian dengan keperluan MBK.
126. Seramai 1,486 MBK yang tidak membuat pendaftaran awal secara dalam talian telah hadir ke sekolah untuk mendaftar secara manual. Jumlah ini terus meningkat sehingga mencecah angka 5,486 pada 15 Januari 2019.
127. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM telah banyak membuat permuafakatan bersama-sama pihak NGO termasuk Town Hall Pendidikan Khas yang mana banyak melibatkan NGO sebagai main player dalam aktiviti berkaitan.
128. Laluan khas ke Universiti Awam untuk Orang Kelainan Upaya.
129. Sebanyak 301 daripada 394 projek Sekolah Daif telah memperoleh Sijil Siap Kerja dan baki 93 projek lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
130. 107 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
131. KPM juga menggunakan sistem dashboard bagi memantau secara langsung (live) perkembangan projek membaik pulih sekolah-sekolah daif di seluruh negara.
132. Pembangunan Sekolah Daif pada tahun 2019 ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan. Skala impak ini diperkenalkan supaya cara membaik pulih lebih strategik dan efektif.
133. Geran sepadan RM500 melalui SSPN
134. Bantuan awal persekolahan RM100
135. Biasiswa dan pinjaman RM3.8B
136. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM
137. Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif
138. KPM juga membina kerjasama lebih erat dengan kerajaan-kerajaan negeri. Ini termasuk menggunakan RM1 bilion, yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bayaran menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, untuk membaiki sekolah daif.
139. Peruntukan penyelenggaraan sekolah keseluruhan sebanyak RM615 juta disediakan dan memberi manfaat kepada semua jenis sekolah di negara ini.
140. KPM telah melaksanakan semakan semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewujudkan peruntukan pendidikan wajib selama 11 tahun. 
141. Program perintis Sifar Murid Cicir (PSMC) telah dilaksanakan di negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Langkawi sebelum diperluaskan ke PPD Pasir Mas, PPD Kluang dan PPD Kulai.
142. Dapatan menunjukkan 26.1 peratus (262 orang) murid di sekolah menengah telah kembali ke sekolah melalui program ini.
143. Penggubalan Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan melibatkan murid dalam menghadapi bencana khusus termasuk pencemaran seperti bahan kimia.
144. Bagi menangani keresahan guru dalam hal berkaitan beban tugas ini, bermula pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka lima inisiatif dan sembilan intervensi khusus.
145. Ini termasuk isu berkaitan waktu kerja guru, capaian Internet di sekolah, integrasi sistem maklumat, peranan pentadbir dan anggota kumpulan pelaksana dan agihan guru di sekolah.
146. Menggubal Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah.
147. KPM juga dalam usaha mengukuhkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
148. Pihak JNJK sedang menyediakan Koleksi video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk perkongsian best practices dengan guru mengikut keperluan.
149. Seramai 4,888 pelajar golongan B40 telah ditawarkan tempat ke SBP pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 2,630 (53.8 peratus) telah menerima tawaran berkenaan.
150. 60 peratus tempat untuk mengikut Program Matrikulasi KPM mulai sesi 2019/2020 dikhaskan kepada golongan B40.
151. Laluan khas buat pelajar B40 untuk memasuki universiti awam. Sesi pengajian 2018/2019 sebanyak 23,895 tempat telah disediakan.
152. Penawaran biasiswa dan bantuan kewangan ditingkatkan dengan peruntukan berjumlah RM68.1 juta dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 17,100 pelajar
153. Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti
154. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.
155. Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur.
156. Bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi (KPM) ditambahkan kepada 40 ribu tempat, berbanding 25 ribu
157. KPM pada tahun 2019 telah memperuntukkan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).
158. Tambahan peruntukan bagi tujuan pembaikan di IPG Kampus yang telah diluluskan ialah RM3.063 juta.
159. Peruntukan pembangunan sebanyak RM34 juta juga telah diluluskan bagi tujuan menaik taraf kemudahan akademik dan pembaikan kecil di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

PERTANIAN
160. Memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun, dari 2019 sehingga 2022.
161. Pengenalan teknologi baharu era Revolusi Industri 4.0 seperti artificial intelligence, analisis Big Data, dron dan Internet of Things (IoT) dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
162. Rm30j bantu dpaatkan pengiktirafan sijil MSPO
163. Bantuan musim tengkujuh RM600
164. Pemakaian 'land consolidation' yang akan membolehkan pesawah mengusahakan padi dalam kawasan yang lebih besar.
165. Model 'Duopoly' diperkenalkan untuk memecahkan monopoli industri beras
166. Merancang untuk menghapuskan harga siling bagi beras tempatan serta memperkenalkan harga siling bagi beras putih import.
167. Memperbanyakkan pasar nelayan, penggunaan Agromall sebagai pasaraya yang menjual produk industri asas tani, serta menambahbaik Agrobazaar Online.
168. Laluan pasaran durian sejuk beku ke China pada 20 Ogos 2018. 67 ladang durian didaftarkan untuk pengeksportan.
169. 403 usahawan agropreneur muda mendapat bantuan MOA. Nilaian bantuan dari RM10 ribu ke RM20 ribu.
170. AGRO NISAA. Pembiayaan untuk usahawan wanita bawah B40.
171. Model perniagaan industri pengeluaran ayam pertubuhan peladang. Pengeluaran 4770mt dengan nilai RM34.4 juta.
172. PASAR NELAYAN. Melepaskan nelayan daripada rantaian orang tengah. 128 pasar nelayan telah beroperasi
173. AGRO KULINARI. Peruntukan RM5.5 juta untuk promosi Malaysia Street Food Festival.
174. BERAS WANGI/ISTIMEWA. Projek perintis dijalankan oleh KADA.
175. PERIKANAN LAUT LEPAS. Menggalakkan tangkapan ikan tuna mampu menyumbang kepada hasil negara sebanyak USD 300 juta setahun
176. PERTANIAN BANDAR. Penggalakan urban farming dengan teknologi

HAL EHWAL EKONOMI
177. Bantuan pembiayaan sebanyak RM480 juta bagi bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat membantu 33,000 orang peneroka.
178. Peruntukan sebanyak RM250 juta untuk menyiapkan rumah Generasi FELDA terbengkalai yang 70% hampir siap.
179. Bantuan RM2.0 bilion untuk menghapuskan kadar faedah hutang peneroka telah memberi manfaat kepada 66,944 orang peneroka.
180. Memperkenalkan myASNB yang membolehkan pemegang akaun mengakses akaun mereka dengan mudah.
181. 5 projek utama di Kelantan.
182. Pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
183. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)
184. Jambatan Palekbang-Kota Bharu
185. Lebuhraya Kota Bahru-Kulau Krai
186. Laluan baharu Pasir Puteh-Machang-Jeli
187. Skim Pengurusan Aset Canggih (SPAC)
188. Pembayaran bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil di Sabah sebanyak RM165 juta dan hampir 275,000 pekebun kecil, iaitu pengusaha getah dengan keluasan kebun 2.5 hektar dan ke bawah
189. Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)
190. Peruntukan Kerajaan bagi Program Pembangunan RISDA berjumlah RM338 juta kepada 552,543 orang pekebun kecil.
191. RM1.132 bilion diluluskan sebagai Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk tahun 2019 yang merangkumi 201 projek.
192. Ekonomi cenderung bertumbuh dari September 2018 hingga Julai 2019 (-1.7% kepada -1.1%)
193. Projek Pembinaan Jambatan Kedua menghubungkan Rantau Panjang, Malaysia – Sungai Golok, Thailand dan Jambatan menghubungkan Pengkalan Kubor, Malaysia
194. RM109 juta diluluskan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kawasan luar bandar di Terengganu di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3)
195. Meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28B kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, dan Libaran.
196. Perjanjian Utama Program Kolaborasi Industri (ICP) antara Kerajaan Malaysia dan Bombardier Hartasuma Konsortium.
197. MIDA dinobatkan sebagai 'best investment promotion agencies in the Asia Pacific' 

BELIA DAN SUKAN
198. Perolehan Open Tender
199. Penempatan pegawai SPRM di KBS
200. Perlaksanaan FORENSIC ACCOUNTING di KBS
201. Pengishtiharan harta oleh Menteri dan Pegawai Pejabat Menteri
202. Memuktamadkan Corruption Risk Mnagement (CRM) dengan kerjasama SPRM
203. Malaysia Future Leaders School (MFLS) dengan bajet RM70j
204. Projek Reben Kuning, peluang kedua buat bekas juvana dan pelajar sekolah juvana. Bajet RM165,000
205. Program sukan belia PPR 
206. Pemerkasaan IKLBS
207. Teaching Factory (TeFa), praktis sebenar di industry
208. Program STAR@U
209. Y-Career, program khusus pembelajaran hujung minggu 
210. Perlaksanaan Fit Malaysia dengan kos yang jauh lebih rendah oleh Team KBS
211. Pemerkasaan penjawat awam sebagai penganjur program
212. Sukan Luar Bandar di lebih 30 lokasi
213. Penstrukturan semula Program Podium, peruntukan sebanyak RM118J
214. RM21j perkhidmatan sains dan perubatan sukan
215. Manfaat kepada 645 atlet, 149 jurulatih dan 34 sukan
216. One state, One University, One care kerjasama dengan 18 buah universiti. Pembelajaran buat atlet.
217. Athletes Track Program. 
218. Skim Kesihatan Khas
219. Pemberian Dana kepada YAKEB sebanyak RM3J untuk kebajikan dan sokongan bekas-bekas atlet.
220. Sukan elektronik. Sukan E-sports. Peruntukan RM10j. Menarik pelabur pihak korporat seperti Razer.
221. Program sukan wanita veteran. Dan adanya Indeks budaya sukan Malaysia. 
222. Impact Malaysia dengan bajet RM10J
223. Kerajaan Pahang menerima peruntukan tambahan RM4.4 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan infrastruktur dan sukan

AGAMA
224. Memperkasa Institusi Agama Islam dengan eruntukkan disediakan sebanyak 1.1 billion dan tahun ini meningkat kepada RM1.2 billion.
225. Peruntukan khusus kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi pondok RM 25 juta
226. Tambahan peruntukan RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita
227. Menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap
228. Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya
229. Subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta
230. Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi
231. Peruntukan RM2.4 juta untuk pembelajaran Agama dengan penggunaan Braille
232. Peruntukan RM800,000 untuk Program MyINSANIAH
233. Kajian untuk menyerap Guru- Guru KAFA ke perjawatan tetap
234. Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dan mengerakkan usaha penggubalan Majlis Halal Malaysia
235. Gagasan Negara RAHMAH berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara
236. Hotline Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi 010 3005260
237. Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati bersalah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH
238. Model Masjid RAHMAH yang dijadikan model masjid yang mesra Jemaah dan pengguna
239. Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui MAIWP dan SMDEC
240. Mengekalkan subsidi Haji kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama berjumlah hamper RM400 juta
241. Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah
242. Meningkatkan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda
243. Menjalin hubungan (engagement) dengan semua NGO-NGO Islam termasuk pemberian dana khas kepada NGO-NGO Islam
244. Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama, tanahair 
245. Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara RAHMAH
246. Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga alam sekitar (Alami), hormat menghormati satu sama lain yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
247. Program Foodbank yang disediakan kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
248. Sidang Meja Bulat Bersama Ulama' dan panel pakar bagi membincangkan isu semasa diadakan 2 bulan sekali
249. Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia Bosnia (MBTCA)
250. Naik taraf Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bagi memperkasa usaha ke arah kejayaan pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
251. Penggubalan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah Persekutuan) untuk menaik taraf profesion guaman syarie
252. Pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz berdaftar)
253. Pendedahan penyelewengan wang di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 6 Ogos 2018 iaitu sebanyak RM7.4 juta
254. Program Kebersihan Perdana Masya'ir melibatkan 37,200 jemaah Haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

PERUMAHAN
255. Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan yang menyatukan gerak kerja semua agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusi oleh Perdana Menteri. 
256. Membina 1 juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal dan menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual 
257. Sistem Penurusan PerumhanNegara (SPRN)
258. Skim Perumhan Mampu Milik Swasta, 7563 unit dibina.
259. 4,468 menandatangani perjanjian jual beli
260. Selaraskan agensi PRIMA, SPN dan perluas skim sewa beli
261. Dana RM1b untuk pembelian tumah pertama
262. Membuat dasar komuniti negara
263. Penganjuran pertama Konvensyen pemerkasaan PBT dan konvesnyen pemerkasaan majlis pengurusan kampong baru.
264. Menetapkan standard baru rumah mampu milik 900sf
265. Pembangunan semula Highland Tower
266. Semakan dan pembaharuan kepada struktur Pesuruhjaya Banggunan (CDB) dan Akta Pengurusan Strata
267. Penjenamaan semula pinjaman wang berlesen kepada kredit komuniti
268. Mengawal AP plastic dengan syarat yang lebih ketat
269. Memperjuangkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
270. Pengecualian duti setem untuk semua pembelian rumah semasa kempen pemilikan rumah (HOC).

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN PENGGUNA
271. Menggerakkan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
272. Pengenalan pas tanpa had My100 bagi perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel dan pas tanpa had My50 bagi perkhidmatan bas
273. Perluasan pelaksanaan Foodbank Malaysia ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA)
274. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menjalankan Kajian Rantaian Bekalan
275. Menyarankan pemberian diskaun 20% kadar tambang KTM Komuter
276. Penubuhan Jawatankuasa Tindakan E-dagang Kebangsaan
277. Tambahan 5 barang sebagai barang kawalan baharu iaitu ayam standard, telur gred C, kubis bulat im

Monday, May 27, 2019

SAIFUL NANG, HASBARA ZIONIS DAN ZIARAH AL-AQSA


Dua, tiga hari ini dada saya cukup sempit dan serabut.

Setiap hari saya di'tag' di sebuah post yang ditulis oleh seorang rakan aktivis berkenaan isu yang saya rasa jauh daripada bidang pengetahuannya.

Post berkenaan ditulis oleh saudara Saiful Nang, dan rakan-rakan lain yang selama ini menyokong usaha pembebasan Palestin, keliru dan marah, bertanyakan pendapat saya berkenaan apa yang ditulis.

Setelah kalian membaca penulisan beliau, telitikan jawapan-jawapan balas saya melalui poin-poin berikut :

1. Poin paling besar dan utama ialah ziarah ke Al-Aqsa harus dijadikan ibadah, bukan digahkan dalam pakej pelancongan seperti berjalan ke Paris dan Scotland, meragakan gaya sekian dan sekian di tengah kota Tel Aviv yang sebelum ini menjadi ibu negara haram Israel, sebelum Jerusalem pula dicekup dan dijadikan ibu negara haram yang baru.

Ziarah ke sana sepatutnya menginsafkan kita, menjadikan kita tawadhu' dan tunduk sebagai hamba. Ia perjalanan spiritual, perjalanan penuh kerohanian dan penuh kesedaran bahawa ia memang bumi yang sedang dijajah dan bumi yang sedang parah.

Sebagaimana mereka yang ke Makkah tidak sesuai bergambar dan bergaya dengan 1001 gambar di hadapan Kaabah dengan posing yang macam-macam, begitu juga mereka yang menziarahi Laut Mati di Jordan dilarang berseronok secara berlebihan memandangkan ia tempat diturunkan azab Allah, begitu juga sangat tidak wajar kita bermegah berada di tengah kota milik ummah yang sedang dijajah.

Bagi kami, yang setiap hari berdepan kerakusan musuh Zionis, wajah kalian bersuka-ria di tempat musuh yang mengambil nyawa dan memusnahkan kehidupan penduduk setiap hari di sini, ia cukup menyakitkan.

Malah semalam, terlintas pula di wall saya gambar seorang ustaz yang sudah terlalu kerap ke sana, berposing gembira di tepi tembok pemisah dengan 1001 gaya, seolah kezaliman yang sedang dilakukan musuh memberikan sebab untuk ketawa.

2. Justeru, adakah ziarah ke Al-Aqsa dibenarkan syarak?

Ia masalah yang punya khilaf, tetapi pendapat ulama' ulama' besar, termasuklah pemegang taruh utama dalam usaha pembebasan Al-Aqsa menyatakan ia haram dalam keadaan ia dijajah, dengan punca utama ia adalah bentuk normalisasi kepada penjajahan Zionis, ia membantu ekonomi Zionis dan impak buruknya lebih besar daripada impak baik.

Secara peribadi, saya condong untuk bersama dengan pandangan yang mengharamkannya, MELAINKAN ZIARAH YANG PUNYA KESAN DAN TUJUAN JELAS :

a) Membentuk rangkaian dengan NGO atau institusi tempatan yang bertindak agresif menentang penjajahan tersebut, dengan tujuan menyokong usaha yang dilakukan secara terancang dan berkesan,

b) Melakukan usaha yang memberikan impak kepada usaha pembebasan Al-Aqsa, mislanya dengan membawa wang sumbangan yang besar, dengan kadar mampu menyelamatkan harta wakaf yang giat dibeli Zionis di Jerusalem misalnya,

c) Membuat liputan oleh badan yang berkesan, misalnya stesyen TV dengan tujuan memberikan kefahaman kepada umat Islam tentang hakikat bumi tersebut yang sedang dijajah, dan dengan nada penuh keinsafan dan membangkitkan semangat mengejar kemenangan dan kebangkitan Islam, BUKAN dengan tujuan mempromosi pakej pelancongan dan ziarah biasa,

Lalu usai setiap ziarah, pihak yang ke sana harus menginsafi hakikat ziarah mereka, dan sekiranya ke sana dengan tujuan yang saya sebutkan, perlu ikhlas menilai tindakan dan kesan pasca ziarah, samada memberi impak kepada kefahaman dan semangat ummah atau tidak.

Secara jelas, saya tidak bersetuju dengan ziarah dan pakej pelancongan yang pergi sekadar ziarah dan untuk mengimarahkan kiblat pertama umat ini, dalam keadaan ia dijajah.

3. Benarkah kebenaran yang diberikan oleh pihak Zionis kepada pelancong Muslim masuk ke Al-Aqsa suatu usaha normalisasi?

YA. Rajin-rajinlah membaca, dan kaji usaha Zionis yang disebut sebagai 'hasbara'.

Hasbara ialah istilah Ibrani yang membawa makna penjelasan atau klarifikasi.

Tetapi dalam istilah pemerintah Israel ia adalah projek dan aturan tersusun tentang kaedah hubungan antara masyarakat bagi melahirkan pandangan positif terhadap Israel. Dalam bahasa mudah, ia adalah propaganda terancang untuk menggambarkan bahawa Zionis betul dan baik.

Dukacitanya artikel saudara Saiful Nang adalah yang paling ekstrem pernah saya baca tentang berkesannya usaha 'hasbara' ke atas pelancong. Beberapa perkara yang ditulis saudara Saiful Nang sangat janggal dan tidak tepat,

a) Zionis menduduki Palestin akibat ‘Rules-of-Absence’. Yang menjadi persoalan dan langsung tidak disentuh ialah apa yang menyebabkan tanah tersebut 'absent'?

Apa yang menyebabkan ia dihijrahi?

Apa yang menyebabkan penduduk takut sehinggakan mereka meninggalkan rumah-rumah mereka dengan berkaki ayam tanpa sempat membawa apa-apa?

Saat inilah kalian perlu membelek sejarah.

Bacalah tentang pembunuhan besar-besaran Deir Yasin, Saliha dan Lid.

Bacalah tentang ibu-ibu mengandung yang dibelah perut mereka dengan pisau, lalu dicampakkan ke dalam lubang-lubang yang digali dan dinyalakan api membakar mereka supaya tidak tinggal kesan.

Bacalah tentang ratusan penduduk yang sehingga kini ahli keluarga mereka tidak tahu batang tubuhnya di mana.

Kemudian cubalah pula untuk mengenali gerakan mafia Zionis Irgun dan Lehi, sebelum memuji bahawa mereka aman dan cintakan kedamaian.

Tahukah kalian bahawa sebelum peritiwa Nakbah 1948 ini, ada 5% sahaja penduduk Yahudi yang asal tinggal dengan aman bersama 85% penduduk Islam, dan mereka inilah Yahudi Ortodoks yang dilihat selalu menentang gerakan Zionisme dan benar-benar cintakan keamanan, sedangkan yang berbaki adalah pendokong Zionisme yang datang mendokong aspirasi penjajahan negara umat Islam sebagai tempat sendiri?

Kejamnya mereka ketika itu, sehinggakan penduduk yang ketakutan, lari berhijrah meninggalkan kampung mereka, dengan niat kembali selepas seminggu dua apabila keadaan huru-hara reda, tetapi sehingga ke hari ini mereka masih terbuang di tempat orang.

Bukankah kalian selalu melihat penduduk Palestin memegang simbolik kunci sebagai tanda 'right of return'? Kunci-kunci ini adalah kunci rumah mereka yang ditinggalkan 71 tahun lalu, dengan harapan dapat kembali semula.

b) Begitu juga apabila disebutkan bahawa tanpa lawatan pelancong ke sana mengimarahkannya, ‘rules-of-absence’ juga akan terpakai dan Zionis akan mengambil-alih kota Jerusalem.

Sudah-sudahlah memperbodohkan orang lain.

‘Rules-of-absence’ yang digunakan Zionis menguasai Palestin ketika Nakbah adalah kerana bumi tersebut dihijrahi.

Adakah kawasan Jerusalem, atau lebih spesifik Kota Al-Aqsa dihijrahi dan tidak ada penduduk yang tinggal di sana?

Adakah mereka memerlukan kehadiran si pelancong sedangkan setiap hari rusuhan demi rusuhan berlaku di antara penduduk Palestin asal dan penjajah, pada permulaan Ramadhan puluhan ribu penduduk menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa dan pada setiap malam Ramadhan, masjid tersebut terus diimarahkan.

Mereka jelas tidak memerlukan kehadiran kita untuk memastikan kawasan tersebut tidak kosong.

c) Adakah ziarah ke sana membantu ekonomi penduduk Palestin?

Barangkali ya, ia membantu ekonomi penduduk tetapi dalam skala yang sangat kecil.

Malangnya, ia membantu ekonomi Zionis dengan jauh lebih besar dibandingkan dengan kos kecil yang kita bayar kepada penduduk melalui sewa hotel, membeli barangan cenderamata dan membayar kos ‘tour guide’.

Kalau ia benar-benar membantu ekonomi penduduk, tidaklah Zionis akan memberikan kita laluan mudah untuk ke sana.

Hakikatnya, puluhan billion yang mereka dapat hasil aktiviti pelancongan inilah yang menjadikan kalian tetamu kehormat mereka.

Pada masa sama, sangat tidak adil untuk berkata, tanpa ke sana pun kita sedang membantu ekonomi Israel dengan menggunakan facebook dan produk lain mereka.

Pastinya tidak sama kita masuk ke rumah musuh, membuka zip poket mereka dan memasukkan duit ke dalamnya, dengan menggunakan sebahagian produk yang tidak ada alternatif lain.

d) Kalau benar dengan menziarahi penempatan haram mereka dan diberi peluang masuk ke tempat yang orang lain tak pernah masuk, kita akan dapat mengenali Al-Quran dan bagaimana ia diaplikasikan, lakukanlah ziarah terakhir dan dokumentarikan, lalu dikongsikan kepada kami yang kurang bijak untuk dijadikan manfaat.

Kalau ia sekadar promosi pakej dan sebab untuk bangga menjadi tetamu si penjajah, saya cadangkan alang-alang sudah sampai ke Jaffa (Yafa), bawalah jemaah menziarahi sekali ‘mass graves’ yang ditemui di sana pada tahun 2013, yang merupakan tempat puluhan penduduk yang dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa Nakbah ditanam.

4. Saya telah berada di Gaza sejak tahun 2013. Untuk pengetahuan kalian, jarak di antara Gaza dan Baitul Maqdis hanya sekitar 80km sahaja, tetapi tidak seorang pun penduduk Gaza dibenarkan untuk ke sana akibat kepungan Zionis ke atas penjara besar ini.

Kalau dibuka peluang pun, kami tidak rela ke sana dalam keadaan ia dikawal musuh.

Yang pasti satu hari nanti kami akan berarak ke sana kelak untuk membebaskannya daripada cengkaman penjajah.

Saya ingat, di satu hari yang penuh kepenatan setelah melaksanakan beberapa projek di Gaza ini, saya balik ke rumah dan tertidur dalam keadaan hampir berputus asa, dan berkira-kira untuk meninggalkan bumi ini dan pulang ke Malaysia yang aman damai dan selesa.

Tetapi malam itu, Allah memberikan saya nafas baru, berupa sebuah mimpi. Dalam mimpi tersebut, saya berjalan di tengah kekecohan pasar yang sempit, penjual sedang leka memanggil pelanggan, sehinggalah saya sampai ke sebuah lapangan.

Di sana, saya bertanya pemuda yang ada, di manakah Kubbah As-Sakhrah, the Dome of The Rock?

Rupanya saya sedang berada di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.

Beliau menunjukkan dengan jari ke arah selatan, dan saya mula berjalan.

Tak lama kemudian, kubah keemasan itu kelihatan, tetapi tak sempat sampai ke sana, saya terbangun.

Allah, perasaan rindu untuk ke sana sangat kuat seolah panggilan untuk melihat Kaabah, tetapi mimpi itu seolah-olah berkata, perjuangan kita masih belum sampai ke destinasinya, dan kita masih belum layak untuk solat di sana.

Isu lawatan ke Al-Aqsa, bukanlah terlalu susah untuk difahami, kerana secara jelas mudaratnya lebih besar daripada manfaat, tetapi ia memerlukan sedikit keikhlasan dan ilmu pengetahuan sebelum dikupas.

Kalau benar hendak membantu membebaskan Palestin, nah, kami di sini ada menjadi pengantara.

Samada hendak diberi makan kepada fakir miskin, hendak dibangunkan pendidikan untuk generasi baru atau hendak dibina semula rumah yang telah dirobohkan Zionis, kami ada.

Dan jaminan kami, sumbangan yang kalian masukkan semalam, dalam masa dua tiga hari sahaja boleh sampai kepada penerima, dan tidak satu sen pun akan sampai kepada penjajah.

Tetapi kalau tujuan ke sana memang untuk melancong, dan untuk mempromosi pakej pelancongan, sebutkan sahaja secara jelas.

Jangan dipusing kiri kanan sehinggakan Zionis menjadi kawan yang penuh tata susila dan bumi milik umat ini harus dikongsikan dengan saksama.

Untuk saudara Saiful Nang, dan teman-teman lain, jemput ke Gaza menjadi tetamu kami untuk sebulan dua secara percuma.

Saya pasti setelah melihat segala kesakitan, kezaliman dan kepedihan yang ada, kalian akan berundur dan mengerti, bahawa benarlah apa yang dikongsikan hamba yang kerdil ini.

Untuk kalian yang sedang membaca, alihkan pelan pelancongan kalian ke tempat lain sahaja, tetapi sebelum itu pastikan ada saham yang telah dikongsikan untuk memberi sinar kepada saudara kita di Palestin, khususnya di Gaza melalui puluhan projek yang kami laksanakan setiap tahun.

Salurkan sumbangan kalian bagi membantu kami mencapai sasaran RM2 juta untuk penduduk Palestin di bulan Ramadhan ini, melalui akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia,

Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826

Kami masih memerlukan dana untuk membayar harga ribuan pek ifthar yang telah diagihkan, begitu juga belasan rumah yang menanti dibaik pulih, serta mendiamkan anak-anak kecil yang merengek kelaparan.

Oh ya, gambar di atas adalah gambar saya dua hari lepas bersama dengan wanita tua (paling kanan), yang sempat merasa dihalau Zionis daripada kampung halamannya tahun 1948.

Saya mungkin tak pernah sampai ke Al-Aqsa, tetapi di sekeliling kami mangsa-mangsa yang melalui detik hitam kekejaman pelampau, 71 tahun yang lampau.

Nadir Al-Nuri
19 Ramadhan 1440,
Gaza Palestin
--
Sent from myMail for Android

Thursday, May 23, 2019

Jom umrah

--
Sent from myMail for Android

Wednesday, October 12, 2016

BENARKAH WUJUDNYA PEMENCILAN DIRI DARI ARUS PERDANA OLEH GOLONGAN TAREKAT SUFIAH?

Oleh : Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Mohammad Murtadza dalam menjawab hal ini: Hakikatnya mereka yang selalunya kehadapan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Islam dan peperangan Fi Sabilillah. Golongan sufi di kalangan Tabi'in seperti Uwais al-Qarni, Abu Muslim al-Khaulani, al-Aswad bin Yazid, Hasan al-Basri dan lain-lain adalah antara ahli sufi yang mengutamakan urusan mempertahankan daulah lebih daripada ibadat sunat. Hasan al-Basri pernah berkata: Tiada satu amalan yang paling utama selepas daripada (bertungkus lumus dalam) jihad Fi Sabilillah melainkan menghidupkan malam.

Al-Rabi' bin Khaitham adalah seorang sufi yang mengangotai tentera berkuda, selepas dari medan jihad kudanya itu dicuri di hadapan matanya ketika beliau sedang bersembahyang, beliau berkata: Tidak ada sesuatu pun yang boleh mengangguku dari memunajat kepada Allah, Ya Allah! Sekiranya pencuri itu adalah seorang yang berkemampuan, maka berilah hidayah kepadanya tetapi jika sekirannya dia adalah seorang yang fakir maka kayakanlah dia.

Begitu juga jihad membela daulah Islam diteruskan oleh ulama sufi yang lain seperti penglibatan Abu Hasan al-Syazili dan Solahuddin al-Ayyubi di dalam peperangan menentang tentera Salib, Ibn Arabi berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya bila Allah mahu menaikkan martabat hamba-Nya ke maqam-maqam yang lebih tinggi, Allah akan menghampirkan kepadanya musuh-musuh-Nya agar dia bersungguh menentang mereka dan dia sibuk menentang mereka terlebih dahulu kemudian selepas itu dia akan terus berjihad melawan yang lebih jauh pula.

Begitulah juga di tanah air kita Malaysia gerakan menentang British dipelopori oleh ulama yang amat berpegang teguh dengan amalan tasawuf seperti Tok Ku Paloh di Terengganu, Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain di Pahang, Tuan Hussin Kedah al-Banjari, pengasas Pondok al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah, Padang Lumat dan lain-lain.

Selain daripada terlibat di dalam medan jihad Fi Sabilillah, golongan tasawuf jugalah yang menjadi pimpinan masyarakat di Tanah Melayu dan membina masyarakat yang cerdik ilmu seperti Tok Kenali di Kelantan (Pengasas majalah Pengasuh), Syeikh Muhammad Said al-Linggi, Syeikh Ahmad di Rasah, Tuan Tulis di Talang, Negeri Sembilan, dan lain-lain. Sebahagian mereka ada yang membuka pusat pengajian, menjadi pegawai kerajaan dan lain-lain tangungjawab kemasyarakatan.

Saturday, July 9, 2016

Memang pokai dah sebenarnya

Sunday, June 26, 2016

Akhirnya Subky Latif veteran Pas nampak apa yang Mahathir sedang lakukan sekarang Jangan rendahkan sikap Mahathir!

SUBKY LATIF | 25 Jun 2016.

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.
     
Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.
    
Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.
    
Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.
   
Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.
    
Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.
    
Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya  semata-mata kita geram padanya dulu.
    
Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.
   
Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.
   
Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.
   
Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya  untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai.
      
Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.
    
Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat  buat selama ini.
   
Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.
   
Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Saturday, June 25, 2016

Analisa Rafizi berkenaan #BREXIT

UK KELUAR DARI EU: APA KESAN KEPADA KITA?

Ada yang bertanya apa kesan keputusan referendum UK keluar dari EU. Komen-komen rasmi sudah tentu dikeluarkan oleh Najib Razak dan menteri-menteri seperti ekonomi kita kukuh, tidak terjejas dan lain-lain. Saya tidak perlu komen yang itu.

Saya senaraikan kesan dan risiko keputusan UK keluar dari EU yang mungkin tidak diulas di media perdana:

RISIKO EKONOMI GLOBAL GAWAT

1) Pound sterling dan pasaran saham London merudum dan menunjukkan prestasi terburuk dalam 4 dekad. London adalah pusat kewangan dunia dan ada pengaruh besar kepada pasaran saham lain.

2) Pada masa yang sama, UK adalah ekonomi kedua terbesar di dalam blok Eropah yang merupakan blok ekonomi terkaya di dunia. Keluarnya UK memberi ketidaktentuan sama ada blok Eropah akan runtuh, apatah lagi dengan masalah hutang Greece, kelembapan ekonomi berpanjangan, pengangguran di Sepanyol dan kebanjiran pelarian Asia Tengah.

3) Kedua-dua faktor ini memberikan risiko kepada kestabilan ekonomi global kerana blok Eropah banyak berdagang dengan seluruh dunia.

4) Jika pasaran memberi reaksi bahawa ketidaktentuan itu satu risiko besar, ada kemungkinan kejatuhan saham di London akan berjangkit kepada pasaran saham lain di dunia. Jika ini berlaku, ia boleh mencetuskan kegawatan ekonomi dunia. Malaysia akan terkesan teruk kerana kita bergantung kepada eksport.

5) Prestasi pasaran saham bila dibuka pada hari Isnin akan memberi bayangan sama ada keputusan keluar EU itu akan mencetuskan jangkitan panik yang merudumkan pasaran lain juga. Jika itu tidak berlaku, risiko kepada ekonomi Malaysia mungkin lebih rendah.

KEJATUHAN MATAWANG STERLING

1) Matawang sterling dijangka akan menjadi lebih rendah. Ini membawa kesan yang pelbagai kepada pelbagai kumpulan bergantung kepada jenis pendedahan kewangan.

2) Pendidikan tinggi di UK sepatutnya menjadi lebih murah kerana kadar tukaran murah. Namun ia bergantung juga kepada kos perniagaan baru selepas UK berada di luar Eropah. Jika kos perniagaan meningkat dan yuran dinaikkan, maka penjimatan dari kadar tukaran yang lebih rendah boleh dimansuhkan oleh yuran yang lebih tinggi. Terlalu awal untuk dinyatakan.

3) Institusi pelaburan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain yang membeli hartanah mewah di London akan menyaksikan kerugian pada mulanya kerana nilai hartanah yang dibeli pada kadar yang lebih tinggi kini perlu diterjemahkan pada kadar yang rendah. Maka satu kerugian atas kertas akan dicatatkan. Walau bagaimana pun, kejatuhan sterling akan membuatkan harga hartanah UK tiba-tiba menjadi lebih rendah lalu lebih ramai pelabur asing mahu membeli hartanah yang mungkin akan menaikkan harga. Sekiranya ini berlaku, hartanah sedia ada bila dinilai kembali mungkin harganya lebih tinggi dan keuntungan atas kertas yang dicatatkan akan ditolak dari kerugian atas kertas sekarang.

Banyak lagi kesan lain tetapi saya rasa untuk rakyat biasa seperti saudara dan saya, ini antara kesan paling ketara yang melibatkan kita.

Cuma saya ajak kita ambil iktibar dari analisa undi mengikut umur seperti yang saya sertakan:

i - Majoriti orang muda mahu UK kekal di dalam EU. Lagi muda, lagi mereka mahu UK kekal dalam EU. Dibawah 24 tahun 73%, di bawah 62% 62% dan lain-lain.

ii - Mereka mahu UK kekal kerana mereka yang paling terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka tidak mampu melalui satu kacau bilau ekonomi. Mereka juga faham keadaan ekonomi yang saling berkait dalam era globalisasi.

iii - Malangnya mereka dikalahkan oleh pengundi lebih tua yang sebenarnya menanggung risiko bagi tempoh masa yang lebih pendek kerana usia yang lebih lanjut. Jika pengundi itu berusia 55 tahun, pada jangka hayat purata 70 tahun, jika ada kejutan ekonomi pun pengundi itu hanya menanggung kesannya selama 15 tahun berbanding orang muda berusia 25 tahun yang akan menanggungnya selama 45 tahun.

iv - Maka orang muda diwariskan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk berbanding dulu tetapi juga mereka perlu hidup dengan keputusan yang membebankan mereka yang dipaksakan ke atas mereka oleh generasi yang lebih tua.

Kenapa berlaku begitu?

Kerana di referendum semalam jumlah orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding orang tua. Walaupun mereka mahu kekal dalm EU dan kadar sokongan itu tinggi, orang tua yang lebih ramai keluar akhirnya menentukan.

Nasi sudah menjadi bubur bagi anak-anak muda UK.

Saya harap nasi tidak akan menjadi bubur bagi anak-anak muda Malaysia jika mereka hadam fenomena yang berlaku di UK itu.

Mohon sebarkan analisa ini!

Tuesday, June 14, 2016

Power betul kau rafizi..

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini. Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian
http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Dato' Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. "Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Ini bermakna, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut. Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat. Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.

Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat. Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta.

Selagi Dato' Seri Najib Tun Razak enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

KEDUA: BEG-BEG BESAR DIANGKAT KE RUANG MEWAH PESAWAT KERANA RUANG LETAK BEG/KARGO ADALAH SEMPIT/PENUH DENGAN BARANG PASUKAN PERSEMBAHAN PERMATA SENI

Saya pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai. Menurut beliau lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.

Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg. Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat.

Saya juga telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.

Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor adalah seperti berikut:

Nota:
1) Maklumat dari Plane Finder telah disiarkan dalam kenyataan media 8 Jun 2016. Masa Plane Finder adalah masa mengikut zon masa Dubai iaitu pengkalan bagi Emirates

2) Perbezaan masa ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

3) Tempoh perjalanan udara ke destinasi ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

4) Masa adalah mengikut zon masa destinasi

Berdasarkan kiraan di atas, Datin Seri Rosmah Mansor hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga (rujuk laman http://www.gpsbestari.com/berita/permata-terima-anugerah-kebajikan-kanak-kanak-3g-1.525586 serta laporan-laporan media perdana di http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/ dan http://www.utusan.com.my/rencana/istanbul-26-mei-isteri-perdana-menteri-datin-seri-rosmah-1.335104 ).

Maka adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan. Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat?

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sunday, June 12, 2016

FAKTA UMNO PENGKHIANAT MELAYU (Dipetik dari tulisan Ust Idris Ahmad suatu masa dulu)

Tok terbaca tulisan us Derih tentang betapa teruknya amno.  Tapi itu dulu...waktu tu us derih dlm keadaan jahil.  Skrg dia dah olamak, maka dia pun tarik balik tulisan dia dgn menggantikan nama amno kpd Dap.  Dap jahat sebenarnya bukan amno, kata ostat Derih.

Ini tulisan ostat Derih dulu yg telah pun beliau tarik semula;

Kepada Ust Idris, kembalilah kpd ilmu kamu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4. Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8. 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

10. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11. 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12. Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

15. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

16. Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Saturday, June 11, 2016

[Siri Kajian Hadith ARG: Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa]

1. Segelintir manusia yang tidak mempunyai ilmu hadits yang matang akhirnya akan menimbulkan keraguan di tengah masyarakat dengan mengkritik derajat hadits sehingga seakan-akan hadits tersebut adalah hadits palsu yang sama sekali tidak dapat dijadikan pedoman dan sandaran. Mereka adalah kelompok yang selama ini berasakan dirinya mempunyai keilmuan yang lebih tinggi berbanding ulama-ulama terdahulu. Salah seorangnya ialah saudara Fathi Sakandary, Pelajar jurusan perubatan di Mesir dari Malaysia.

2. Ada banyak riwayat hadits dengan redaksi yang berbeza-beza intinya menganjurkan kita berbuat baik dengan memberikan buka (makan) kepada orang yang sedang berpuasa sebagaimana disebutkan oleh al-Hafizh Ismail al-Ajluni dalam Kasyf al-Khafa', al-Hafizh as-Sakhawi dalam al-Maqashid al-Hasanah dan lain-lain.

Hadits Pertama:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

"Barang siapa yang memberikan buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya adalah pahala sepadan puasa tersebut dengan tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa" (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

3. Hadits ini diriwayatkan melalui jalur tabi'in yang bernama Atha' bin Abi Rabah dari shahabat Nabi yang bernama Zaid bin Khalid al-Juhani.

4. Pada hadits pertama ini, Imam at-Tirmidzi menyebut hadits tersebut dengan "hasan shahih" yang kemudian penilaian tersebut di-taqrir atau disetujui oleh beberapa ulama, termasuk Imam an-Nawawi dalam Riyadh as-Shalihin (hadits nombor 1265) dan Imam al-Baghawi dalam Syarah as-Sunnah (III/301-302). Al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dalam al-Jami' ash-Shaghir yang mencantumkan hadits tersebut juga memberikan rumusan ia "shahih". Syaikh Muhammad Abdurrahman al-Mubarakfuri dalam syarah Sunan Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwadzi (III/449) juga tidak memberikan bantahan terhadap status "hasan shahih"-nya Imam at-Tirmidzi.

5. Muncul sedikit kajian yg berbeza dari Syaikh Syuaib al-Arnauth. Beliau dalam tahqiq-nya terhadap kitab Musnad Ahmad (hadits nombor 17085) menyebutkan, bahawa hadits tersebut statusnya adalah "hasan lighairi" disebabkan riwayat lain yang menguatkannya (syawahid). Maksudnya, tanpa penguat atau syawahid, Syaikh al-Arnauth menganggap hadits tersebut lemah. Menurutnya, ketika membicarakan hadits Musnad Ahmad nombor 17084, terputusnya sanad antara Tabi'in Atha' bin Abi Rabah dengan Shahabat Zaid bin Khalid al-Juhani adalah faktor penyebab kedhaifannya. Atha' dianggap tidak pernah mendengar hadits tersebut secara langsung dari Zaid bin Khalid al-Juhani.

6. Tetapi ada kemusykilan yang besar ketika Syaikh al-Arnauth menganggap bahawa Atha' bin Abi Rabah tidak mendengar hadits dari Zaid bin Khalid al-Juhani. Kerana dalam biografi Zaid bin Khalid al-Juhani yang ditulis oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Tahzhib at-Tahzhib (nombor biografi 708), dikatakan dengan sangat jelas bahawa murid yang pernah menceritakan hadits darinya, salah satunya adalah Atha' bin Abi Rabah. Sementara dari sisi umur, Zaid bin Khalid al-Juhani wafat pada tahun 78 H. (sebahagian ulama mengatakan 68 H.) sementara  Atha' bin Abi Rabah lahir tahun 27 H. dan wafat pada tahun 114 H. Jadi, kemungkinan besar mereka pernah bertemu dan mendengar hadits. Selain itu juga tidak didapati keterangan seperti itu dari ulama yang menilai shahih hadits tersebut padahal mereka adalah seorang hafizh dan pakar dibidangnya.

7.Hadits Kedua: Hadits panjang yang sebahagian didalamnya terdapat sabda Nabi:

مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ

"Barang siapa yang memberikan buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala memerdekakan hamba sahaya dan baginya pula ampunan terhadap dosa-dosanya" (HR. Khuzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)


Sebagaimana dalam Syuab al-Iman-nya al-Baihaqi, hadits ini diriwayatkan melalui jalur Ali bin Zaid bin Jud'an dari Tabi'in Said bin al-Musayyab dari Shahabat Salman al-Farisi. Dan masih ada lagi hadits senada yang juga melalui perawi Ali bin Zaid bin Jud'an.

8. Hadits kedua termasuk kategori hadits dhaif menurut ramai ulama, bukan dhaif-munkar sebagaimana penilaian sebahagian Wahabi. Permasalahan yang didapati pada hadits ini adalah, dalam sanad hadits tersebut terdapat perawi yang masih diperdebatkan, yaitu Ali bin Zaid bin Jud'an.

9. Menurut Dr. Muhammad Mushthafa al-A'zhami dalam tahqiqnya terhadap Shahih Ibni Khuzaimah, bahwa hadits ini dhaif kerana Ali bin Zaid bin Jud'an adalah lemah.

10. Al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi (III/449), berkata bahawa, ramai ulama yang menilai Ali bin Zaid bin Jud'an adalah perawi lemah tetapi dinilai "shaduq" oleh Imam Tirmidzi. Sedangkan derajat "shaduq" jika yang mengatakan adalah Imam at-Tirmidzi, menurut Syaikh Ahmad Syakir, sebagaimana dikutip Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Lathif (hal. 130), adalah indikasi perawi hadits hasan. Dengan demikian khilafiyyah status hadits di atas tidak dapat dielak. Dan mungkin kerana ini pula, Imam at-Tirmidzi menilai hadits ini "hasan shahih". Maksudnya, hasan dari satu jalur sanad dan shahih dari jalur sanad lain sebagaimana istilah "hasan shahih" yang maklum dalam kitab-kitab mushthalah hadits.

11. Menurut al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Jami' al-Kabir (hal. 26822), mengutip pendapat al-Hafizh Ibnu Hajar dalam al-Athraf, bahawa selain Ali bin Zaid bin Jud'an dalam jalur sanad hadits di atas, ada juga perawi lain yang sangat lemah, yaitu Yusuf bin Ziyad. Akan tetapi ia mendapat mutabi' dari riwayat Iyas bin Abdil Ghaffar dari Ali bin Zaid bin Jud'an.

12. Hadits Ketiga:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى طَعَامٍ وَشَرَابٍ مِنْ حَلاَلٍ صَلَّتْ عَلَيْهِ المَلاَئِكَةُ فِيْ سَاعَاتِ شَهْرِ رَمَضَانَ وَصَلَّى عَلَيْهِ جِبْرِيْلُ لَيْلَةَ القَدْرِ

"Barang siapa yang memberikan buka orang yang berpuasa dengan makanan dan minuman yang halal, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) kepadanya di masa–masa bulan Ramadhan, dan Malaikat Jibril pun bershalawat kepadanya di malam lailatul qadar" (HR. Thabarani, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Menurut al-Hafizh Ibnul Jauzi dalam al-Maudhu'at (II/192) hadits ini diriwayatkan melalui jalur Hasan bin Abi Ja'far dari Ali bin Zaid bin Jud'an dan mendapat mutabi' dari riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban melalui jalur Hakim bin Khizam dari Ali bin Zaid bin Jud'an.

13. Perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jud'an masih diperselisihkan ulama sebagaimana keterangan sebelumnya, sementara Hasan bin Abi Ja'far dianggap matruk oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan dianggap bukan apa-apa oleh Yahya bin Ma'in.Tetapi pendapat berbeza muncul dari Ibnu Adi, sebagaimana kutipan al-Hafizh al-Haitsami dalam Majma' az-Zawaid (III/371), bahawa Hasan bin Abi Ja'far adalah shaduq. Sementara riwayat yang menjadi mutabi'nya, yaitu perawi Hakim bin Khizam dinilai matruk haditsnya oleh Abu Hatim ar-Razi.

Dengan demikian, kedhaifan hadits ketiga ini hampir disepakati oleh pakar ahli hadits, tetapi tetap sahaja ada ulama yang menilainya sedikit berbeza.

14.Walau status hadits tersebut dhaif, ulama masih mentoleransinya bahawa hadits dhaif boleh diamalkan dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan keutamaan amal atau bahkan dalam masalah sunat dan makruh menurut sebahagian ulama. Apatah lagi jika ada syawahid dan mutabi' yang antara satu dengan yang lain saling menguatkan sebagaimana ucapan Syaikh Syu'aib al-Arnauth di atas.

15. Menghukum lemah secara mutlak terhadap hadits tersebut seperti yang dilakukan oleh sebahagian Wahabi adalah sebuah kesalahan ilmiah, kerana yang demikian itu secara terang-terangan menyelisihi kaedah dasar ilmu hadits, bahawa hadits yang mempunyai beberapa jalan riwayat satu dengan yang lain boleh saling menguatkan selama mana sanad haditsnya masih menerima dihimpun dan dikuatkan, apatah lagi banyak ahli hadits yang memberikan nilai shahih atau hasan terhadap hadits tersebut, kerana adanya syawahid dan mutabi'.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru. Johor

Friday, June 10, 2016

Sangka baik, sebenarnya makcik tu yang beri sumbangan

Wajah sebenar "Barua"


SIAPAKAH YG MENJADI "BARUA" POLITIK SEBENARNYA..?

PAS dalam Pilihanraya Kecil.

JUNE 9, 2016 / UNKNOWN SOLDIER

Dua PRK sudah menampakan kegagalan PAS menawarkan agenda membangunkan negara. Sebaliknya, PAS mengajak orang bersengketa dengan DAP yang mewakili kaum Cina. Apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh DAP kepada PAS dan orang Melayu?

Kadang2 kita nak ketawa dengan gelagat ustaz2 PAS. Dulu UMNO tuduh PAS barua DAP. Sekarang PAS yang tuduh Amanah barua DAP.  agaknya, pemimpin PAS dan Amanah semua nya orang yang terencat akal boleh dibudak budakkan oleh DAP.

Adakah DAP merampas kepentingan ekonomi Melayu atau UMNO yang pajakkan kepada Cina? Adakah Kit Siang menerima derma RM2.6 billlion? Adakah dia yang mengambil wang RM42 juta dari SRC? Adakah dia yang menjadikan 1MDB ATM peribadi? Adakah DAP merembat dana orang melayu islam yg berjumlah RM 53 billion?

Adakah PAS melakukan ini kerana mahu menyembunyikan kegagalan dan kelemahan nya sendiri? Apa yang ia dapat dan mampu buat ialah jaja agama. Kenapa ia mahu bersekongkol dengan UMNO yang melakukan kemungkaran merata rata, rasuah, salah guna kuasa, menggunakan undang2 draconian menekan rakyat? Apa yang PAS sudah dan sedang lakukan sebenarnya?

Ustaz yang cakap mengenai ethnic cleansing itu faham atau tidak konsep tersebut? Sebelum ini saya sudah pun tanya- keadaan orang Melayu yang tercorot dalam negeri2 yang dikuasai oleh Melayu/islam itu bagaimana? Adakah itu bermaksud Melayu di ethnic cleansingkan oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri? Cuba jawab ya sheikh.

Sekarang ini PAS hanya jadi barua kepada UMNO memecah belah suara rakyat yang mahu menukar kerajaan Najib. Ini bermaka PAS menyebelahi golongan penindas, pesalah, pencuri wang rakyat, perasuah, dan sebagainya.

Parti macam PAS inilah yang menyebabkan negara kia menduduki tempat ke 33 dalam Islamiciy ranking. Singapura yang bukan diperintah oleh pemimpin Melayu dan Islam menduduki tempat ke 7. Sebab kaum muslimin nya diberi kekebasan untuk memikul tanggung jawab yang sepatutnya dipikul sendiri. Mereka tidak bergantung harap kepada pemerintah atau meletakkan tanggung jawab yang patut ada pada tengkuk mereka sendiri ke atas pihak kerejaan.

Parti macam PAS dan UMNO lah yang telah menyebabkan Islam dirampas oleh pemimpin yang korap, ulamak2 upahan dan kumpulan2 pendesak lain untuk mensahihkan pemerintahan mereka. Dan pemerintahan ini dicirikan dengan pemusnahan prinsip memerintah ikut undang2 dan kerajaan yang mewakili suara rakyat. Suara yang mereka wakili ialah kepentingan golongan terpilih.

Golongan ulamak upahan dan parti pembelot rakyat macam PAS lah yang memanjangkan hayat kerajaan Najib yang menghisap darah rakyat. Mereka bersembunyi dibelakang agama dan bangsa.

PAS mengulangi pembohongan dan pendustaan bahawa jika Amanah menang maka DAP akan berkuasa. Dan bila DAP berkuasa mereka akan menghapuskan keistimewan orang Melayu, Islam dan raja2 melayu. PAS ini sangka politisyen Amanah half past six seperti kebanyakan pemimpin mereka? Tolonglah nasihat pemimpin enta- lain kali hendak tengok filem porno pay per view dalam hotel, jangan suruh bill enta dibayar oleh orang lain.

Adakah mereka ini buta atau otak tak center?. DAP dalam parliment hanya ada 37 kerusi. Kalau mereka menang 50 kerusi pun, mereka tidak dapat memerintah kerajaan persekutuan. Kerana untuk membentuk kerajaan , jumlah kerusi minima yang mesti dimenangi ialah 112. Ini bermakana DAP kalau mahu bentuk kerajaan persekutuan mesti bergabung dan berkerjasama dengan parti2 melayu yang lain. Dengan kerenah PAS yang macam ada wayar terputus dalam kepala, siapa yang hendak berkawan dengan nya?

Dalam tahun 2015, penduduk Melayu akan berjumlah sekitar 85% dari penduduk Malaysia. Bagaimana dalam keadaan bangsa Cina mengecil, DAP boleh menguasai pemerintahan?

Struktur agihan kuasa dari atas sampai ke JKKK berada dalam tangan orang Melayu. Penjawat awam- 95% orang Melayu. Tentera dan Polis- hampir 98% Melayu. Sultan2 semua Melayu. MB dalam negeri yang dikuasai UMNO ialah melayu dan perlembagaan negeri yang beraja memestikan MB mesti Melayu.SU kerajaan semua Melayu- ribuan DO – semua nya Melayu.

Dalam penyusunan kuasa Melayu sebegini, bagaimana DAP boleh merampas kuasa dari orang Melayu? Struktur kuasa sudah pun di Melayukan.

Inilah dusta yang dijalankan oleh PAS untuk membantu mengekalkan sebuah keraaan yang rasuah, tidak amanah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, membazir, menguasai  ekonomi untuk kumpulan terpilih.

Inilah politik yang diidamkan oleh PAS. Matlamat menjadikan Islam itu pedoman hidup sudah hilang...

#fromgroupwhatsapp

Teuku Zacharyah Iskandar

Thursday, June 9, 2016

Confirm batal!

Batas mula puasa ialah masuk waktu fajar,atau Subuh, bukan bila muazzin azan. Bila muazin azan,ia tidak azan melainkan sudah masuk waktu. Jika azan masih mengunyah,atau azan baru berhenti makan,maknanya batal puasa kerana masih makan bila masuk waktu fajar. Tahukah tuan,kelajuan bumi ialah 1627km sejam. Seminit 16.2 km. Satu saat bumi bergerak 270meter melepasi sempadan@garisan Fajar@Subuh.. Jika bilal lambat azan satu saat, kita sudah masuk sempadan waktu Subuh sejauh 270meter. Jika lewat 10 saat sahaja sudah meninggalkan sempadan waktu Subuh sejauh 2.7KM. Bayangkanlah. Maknanya, anda masih mengunyah sedangkan waktu sudah masuk. Jika bilal lambat 1 saat, 30 saat atau 60 saat sahaja dari waktu sebenar,orang yang masih makan konfom batal puasanya. Orang yang beri fatwa TANGGUNG DOSA semua orang yang terbatal puasanya akibat bermudah dgn waktu sahur. Sekarang faham mengapa ada imsak? Jika belajar Hadis di Universiti sahaja,tetapi tidak belajar falaq,mak jadilah seseorang itu pemfatwa yang jahil lagi menjahilkan umat Islam awam. Ulama dahulu buat sistem elok dah. Mereka faham Hadis dan tatbiq hadis untuk keluar fatwa yang realistik.

Wednesday, June 8, 2016

Edisi: Mitos pada bulan ramadhan

Salam Ramadhan semua

Admin hanya ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar dalam whatsapp dan juga media yg seumpama dgnnya

Ini adalah artikel/mesej tersebut
----------------------------------------------------------
Saudaraku..
habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya...

Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
- Liver akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Semua ini terjadi hanya kerana apa ???
Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
- Tidur setelah sahur merosak liver
- Membuat dominan bakteria jahat.
- Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
- Keadaan tubuh menjadi kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.

Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..

Semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.

-------------------------------------------------

Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.

1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS  system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada 'Rest'(rehat) and digest(pencernaan).

Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.

Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian   bawah esophagus.

Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor

2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid

Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.

Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid

Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.

3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.

Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy

Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.

4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila pH<4

Penerangan: pH <4 tidak menyebabkan kanser. Tetapi konpem menyebabkan kematian. Tiada manusia yg boleh hidup jika pH darahnya kurang drpd 4.

Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan

Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak

2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD

3) pH asid tidak menyebabkan kanser

4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci.

--DM--

Wednesday, June 1, 2016

Dulu2 masa tengah comolot

Meh kita baca hujjah DUP Phg tentang DAP..

*

HUJJAH DULU2 : 18 Mac 2013
=========================

16 sebab kenapa PAS kawan dengan DAP & Tolak UMNO..!!

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat …….

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

https://dupahang.wordpress.com/2013/03/18/16-sebab-kenapa-pas-kawan-dengan-dap-tolak-umno/

Pening kepala otak aku

first and foremost...ask the department to audit their rubbish collector..their truck leake and the dirty water from the rubbish tank flow to the road and it will smell horrible for days...
they never bother to put back our rubbish bin in place after clearing them..sometimes even left it in the middle of the road...
the plant and plant debris like branches and leaves..they are suppose to clear twice a week but ..it only happen once a month...
the department concerned...please audit your contractor before go further....also it need money to buy different colours of plastic begs which your didnt supply...by differentiating rubbish is a good thing to the enviroement BUT ...what I see is doing good for the contractor..so that they saved time and make faster cash.

Sunday, May 29, 2016

~KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF~


Oleh : Al-Fadhil Tn. Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi Hafizahullahu Ta'ala

Pengaruh tasawuf di abad kedua dan ketiga juga telah menarik perhatian gulungan ulamak lainnya, termasuklah  mutakallimin, mufassirin, muhaddithin dan fuqaha'.

Mereka memahami kedudukan dan kepentingan  tarekat  sebagai asas utama tasawuf sebagaimana yang ditegaskan oleh syeikh Abu Qasim al-Junaydi: "Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa kekal berzikir''.

Keempat-empat imam, Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie (w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya.  

Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Ja'far as-Sodiq (w.148H.) berkata:  "Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan yang batin iaitu tarekat tasawuf) nescaya binasalah Nu'man". 

Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya:  "Sesiapa yang hanya beramal dengan fekah, tanpa bertasawuf ia jadi fasik (berdosa besar), sesiapa yang hanya bertasawuf sahaja tanpa fekah ,ia jadi zindik (terkeluar dari Islam), sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (semasa beramal) sesungguhnya ia sampai kepada hakikat sebenar." 

Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut? Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat;  jika sesorang mukmin hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna ia hanya dapat melakukan aspek syariat sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan ibadat.  

Solat misalnya, aspek syariatnya ialah menjaga segala syarat dan rukun qauli dan fi'linya dengan sampurna. Aspek tarekat bagi solat ialah kesedaran taqarrub kepada Allah dengan dhikir  mengingati namaNya dan tafakkur terhadap kewujudanNya, sifat-sifat keaggungan dan kesampurnanNya. Aspek hakikat solat ialah roh mushahadah terhadap Allah dengan tadhakkur. (Aspek tarekat dan hakikat ini atau sentiasa berzikir, tafakkur dan tadhakkur boleh kita fahami dalam surah Al 'Imran, ayat 191). 

Imam Syaf'ie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan katanya:  "Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab". 

Wasiat Imam Syaf'ie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat. 

Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua dengan wasiatnya:  "Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal dan ..."

Wallahu a'lam.