Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, November 28, 2008

30-Suatu pendapat yang bernas dari Aduka Taruna walaupun dah lama

Oleh : AdukaTaruna

Sekali lagi, diingatkan bahawa Melayu adalah genetik yang bangang. Kalau ikut Melayu, dalam isu babi, maka kita akan mengikut jalan yang bangang. Melayu tak makan babi bukan kerana Allah, tetapi kerana jijik dan dimomokkan benda yang jijik.

Sebab itu separuh Melayu meminum arak dan kesemua yang meminum arak itu sesekali tidak akan memakan babi. Malah membenci haiwan ciptaan Allah itu secara total. Begitulah bodoh dan bangangnya genetik bernama Melayu ini.

Jadi, setelah kita mengetahui fakta dan kenyataan bahawa keturunan kita ini adalah genetik yang bangang, maka, jalan penyelesaian setiap masalah ialah mengikut Islam. Tidak perlu ada pejuang bangsa Melayu, pejuang bahasa Melayu, pejuang bangsa India, pejuang bahasa Urdu, pejuang bangsa Israel, pejuang bahasa Hebrew.

Universal. Setiap kita, setiap bangsa, setiap bahasa adalah sama di sisi Allah. Iman dan takwa menjadi pemisah. Kaizen. Setiap yang lebih baik, dalam Islam, perlu diamal dan disampaikan, dan ditambah-baikkan (RnD).

Jika bahasa Inggeris lebih baik untuk subjek Matematik, maka, bahasa lembab dan berjela-jela ciptaan Melayu perlu ditukar ganti. Kaizen. Kalau ikut falsafah universal Allah lah. Kalau ikut falsafah ulama gen Melayu….. kita wajib pertahankan bahasa Melayu.

Ternak babi.

Hak non muslim diiktiraf oleh Islam. Babi makanan mereka. Keperluan mereka. Kalau ikut Melayu, maka, amuk, marah, melatah, gopoh, bodoh akan menguasai tindakan. Apa beza ternakan babi zaman UMNO dengan ternakan babi zaman PAS?

Zaman UMNO ternakan babi disenyapkan, tidak dipantau, berselerak, menyusahkan komuniti muslim dan non muslim sendiri. Kesan terhadap alam sekitar tidak pernah dipedulikan, melainkan Karam Sigh Walia bersuara.

Jadi, adalah tepat dan bijak apabila ternakan babi dikumpulkan di satu tempat, menggunakan teknologi moden. Hak non muslim terjaga, hak alam sekitar terbela. Apa masalahnya? Babi adalah babi dan Melayu adalah Melayu.

Fatwa.

Kepada non muslim, fatwa dalam Islam adalah kegunaan komuniti Islam. Jika terdapat sebarang perbezaan terhadap fatwa tersebut, perbezaan itu hanyalah antara pendapat sesama kami. Kami berhak memilih antara pilihan-pilihan pendapat tersebut. Kerana ianya adalah kegunaan kami semata.

Islam adalah satu agama, bukannya adat keturunan. Islamnya kami, bermakna kami, tidak dapat tidak, perlunya mengikut arahan Allah. Islamnya kami, bermakna kami, tidak dapat tidak, perlunya mengikut arahan Allah supaya menghormati hak-hak bukan Islam selagi kami tidak dianiaya dan diperangi.

Malah, sekiranya perang yang dibalasi perang, Islamnya kami, kamidiarahkan Allah supaya tidak berperang dalam rumah-rumah ibadah, menganiaya orang awam seteru kami itu dan beberapa arahan lagi. Cuma, kekeliruan dalam tajuk ini, adalah laporan media, propaganda yang sampai kepada dunia awam sahaja.

Kesimpulannya, fatwa kami adalah hak milik kami. Untuk kegunaan kami sahaja. Mengikut profesionalnya, anda semua tidak boleh mencampuri hak milik kami. Tetapi keuniversalan Islam itu mengiktiraf hak kalian semua melahirkan kekeliruan kalian kepada Islam supaya ianya dapat dijawab oleh kami.

Tidak kira ianya dijawab dalam bahasa apa, sama ada bahasa Melayu, Mandarin, Urdu, Hebrew, Inggeris, ianya adalah jawapan yang sama. Dalam Islam tiada pejuang bahasa, dan tiada pejuang bangsa. Mana yang lebih baik, lebih terbaik, maka perlulah diamalkan dan disampaikan.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.

No comments: