Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, November 25, 2008

3-Apakah kita menuju kehancuran?

LIMA 23 Nov. Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.

BERCAKAP KEPADA WARTAWAN MALAYSIA Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.


Lamputih cakap - Mamat ni dulu belajar ekonomi kat mana? Sebelum ni dia pegang jawatan guru ekonomi ke? oooo...lupa, bini dia pakar beli-belah shoping complex

No comments: