KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan.
Lamputih cakap - SIS tu sape? apa yang dia reti? Nak bikin Malaysia bala ke? Mari tengok komen Ustaz Zamihan di sini.
Point yang paling aku suka baca adalah: Illahnya ialah : jika umat Islam tidak membaca mentera sekalipun tidak semestinya Yoga itu halal. Walau ada maksud yoga iaitu tujuan kesihatan. Ini kerana pengamalan yoga telah sinonim dgn sejarah keagamaan hindu, pertapaan hindu, formasi tertentu dewa-dewi hindu dan matlamat kebersatuan dgn Tuhan (dlm doktrin hindu) sesekali tidak boleh diakui dan diamalkan oleh penganut Islam.
Justeru, kandungan mantera sahaja bukan menggambarkan indikasi keseluruhan yoga. Dan hukum pula tidak diambil secara juziyyah sahaja. Maknanya, mantera dan amalan kesihatan bukanlah alasan untuk menghalalkan yoga. Saya kira Pak Lah dan awam masyarakat terbabas dalam masalah ini. Mereka nampaknya lupa dgn kaedah : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Serta cuba memahami Yoga melalui pendekatan Liberal. Asal rasional...ia dilihat baik. Ketahuilah, inilah yang dikatakan Imam al-Syafi'ie : Manis tahsana faqad syarrak" (Barangsiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya telah meletakkan hukum syarak." Menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai mubtadi' (pembuat bid'ah). Manakala amalan tersebut merupakan bid'ah dholalah (rekacipta yang sesat) kerana ia bukan dari Islam. Bahkan bertentangan dgn Islam. Oleh itu 'fatwa' Pak Lah tidak boleh dipakai sama sekali. Dan Umat Ini wajib menjauhi amalan yoga serta merta atas dasar iman dan taqwa. Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment