Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:
"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".
Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.
Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)
Harussani juga berkata:
"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".
Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?
Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?
Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?
Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.
Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".
Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")
Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.
Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.
Kita tak ada hak untuk melarang Mufti Perak itu hendak menolong Umno meneruskan kezalimannya. Tidak kiralah sama ada parti itu parti perasuah, busuk hingga ke ususnya atau tidak mampu lagi memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu.
Apa sekalipun, kita tak boleh kacau hobi dia untuk membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Ikut suka dialah. Tetapi adakah kerana tak mahu membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman akan melayakkan mana-mana pihak dilabelkan "sayang kepada kafir maka kafir"?
Adakah kerana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP menyebabkan Harussani berpendapat "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula Umno yang berada di dalam Barisan Nasional bersama-sama PBS? Siapa bertanggungjawab ke atas Kristianisasi di Sabah?
Satu lagi soalan kepada Harussani. Ketika orang-orang PAS di bunuh kejam di Memali dahulu dan para pemimpin Umno terang-terang memperlihatkan merekalah yang berada di belakang pembunuhan beramai-ramai orang-orang PAS itu, adakah pada masa itu PAS berada dalam satu pakatan dengan DAP?
Akhirnya, entah kenapa saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Maknanya, ada manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternak.
sumber: penarikbeca.blogspot.com
lagi berita berkenaan: http://perisik-rakyat.com/2010/03/mufti-dakwa-pas-angkuh-tolak-ug-di.html
No comments:
Post a Comment