Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, March 10, 2010

Perkasa makhluk asal dari Pandora?

Perkasa itu apakah bendanya? Sejenis benda bernyawa atau tidak? Mungkinkah seekor haiwan?

Sakit pulak otak gua berfikir..

**********

Semakin luas pula kenyataan berbaur perkauman dari benda@haiwan yang dikeluarkan oleh Perkasa ini tanpa ditegah oleh pihak berkuasa.

Gua syak Perkasa ini satu pertubuhan peribumi yang tinggal di suatu tempat namanya Pandora.Bergantung harap pada satu kuasa mistik yang dipanggil Eywa. Kenderaan ajaib mereka di panggil Toruk Moktu. Dan otak mereka ini beku serta jumud dan akal mereka ini hanya berfungsi dengan elok hanya bila berkeinginan untuk makan, tidor serta bersenggama.

Untuk diabaikan pandangan mereka ini tidak boleh juga, perlu diberi tindakan tegas takut kalau-kalau ada puak yang otaknya setaraf pokok Keladi bersetuju dengan mereka ini lalu mengundang akibat yang tidak baik kepada negara.

Hukuman yang gua suggest ialah letakkan mereka ini disekolah yang langsung tiada kaum melayu (SRJK (T)@(C)) serta jauh dari menerima apa pun bahan media terkini(ceruk pedalaman yang boleh sampai hanya dengan menggunakan kuda, keldai atau kerbau) agar sedikit-sedikit mereka ini faham peradaban dan hati perut bangsa lain dan terbukak minda beku mereka seluas-luasnya. Beri peluang mereka ini bergaul dan mentelaah tentang bangsa lain serta pastikan mereka ini mampu bertutur bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.Tempoh paling singkat gua syorkan 12 tahun dan maksimun 15 tahun 2 bulan.

Mula sekali kena hantar ialah Ibrahim Ali dan Zubir Harun. Anak bini mereka boleh dibenarkan melawat sekali-sekala. Roti canai dan nasi lemak pun bagi time raya sahaja.

No comments: