2010/07/11SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor digesa menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir di tanah miliknya kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Selangor bakal menjadi "negeri berlubang" sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera. "Saya dapat tahu ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. "Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian. Malah, untuk menimbus kembali lombong pasir itu memerlukan kos lebih tinggi daripada aktiviti mengorek pasir," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
No comments:
Post a Comment