Justifikasi pihak Polis untuk menghalang perhimpunan aman itu dengan mengatakan ia adalah 'haram', adalah cukup simplistik. Pihak Polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku. Penganjur juga telah menuruti arahan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara ataupun 'hellar'. Berdasarkan keadaan ini, pihak Polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang.
****
Cakap pakai youtube pun boleh kena tangkap. Percayalah..
No comments:
Post a Comment