Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, March 27, 2012

Kenapa Hasan Ali Jadi Kaki Sebar Fitnah?

Hasan Ali mengaku beliau dan organisasi beliau memperjuangkan agama Islam.

Namun, agama Islam yang didakwa oleh Hasan Ali menjadi agamanya itu mengharamkan penyebaran fitnah.

Hasan Ali, di dalam menjawab serangan Azmin Ali berkaitan perbelanjaan beliau yang sangat besar di dalam mengubah suai pejabat beliau, telah mencabar Azmin menjawab tuduhan kononnya anak Azmin itu bukan anak kandung beliau.

Adakah Hasan Ali terlupa sewaktu Hasan Ali masuk PAS dulu, Azmin telah menghadapi fitnah yang sama.

Azmin Ali telah pergi ke mahkamah dan menjalankan ujian DNA bagi memastikan anak beliau itu adalah anak kandung beliau.

Dan mahkamah telah mendapati Azmin Ali adalah bapa kandung kepada anak beliau itu.

Fitnah ini adalah fitnah bersumber dari Ummi Hafilda Ali yang marah kerana cinta beliau ditolak oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mengapa Hasan Ali masih terus menyebarkan fitnah kepada Azmin Ali sedangkan Hasan Ali mengaku menjadi pejuang Islam?

Adakah ini yang diajar oleh Islam kepada umatnya yakni menjadi pemanjang kepada fitnah dan pembohongan?

Tidakkah Hasan Ali membaca ayat AlQuran dari Surah Annur ayat ke sembilan belas:


"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah! Allah mengetahui segala perkara, sedangkan kamu tidak mengetahui yang demikian".

Ingatlah tuduhan Hasan Ali ini bukan setakat tuduhan tetapi juga berbentuk fitnah yang dahsyat.

Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengaku memperjuangkan Islam. Malahan, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengaku Islam.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Published on Malaysia Waves

No comments: