Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, May 31, 2012

Read Every Politician's Deleted Tweets [Twitter]

For as long as there have been politicians, there have been politicians trying desperately to cover up their mistakes—and in the Twitter age, censorship can happen as rapidly as a gaffe. Not anymore—a new site saves deletions forever. More »

Published on Gizmodo

Tangan ghaib di sebalik institusi polis menghalalkan budaya samseng?

Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik.

Kajian Politik Untuk Perubahan

Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.

Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama? ... seterusnya

--------

Published on MIMPI SENJA

Wednesday, May 30, 2012

Senjata paling bahaya di Galaxy

Kahkahkah..

Tuesday, May 29, 2012

Al-Fateh dan Kostantinople


Dijemput pada semua yang berkelapangan.

BUKTI: Rakyat Bersama Ambiga, Tidak Bersama UMNO


Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan lebih 92% rakyat Malaysia mahukan daftar pemilih dibersihkan. Kajian ini membuktikan bahawa MAJORITI RAKYAT MALAYSIA tidak percaya kepada SPR.

Ia juga membuktikan MAJORITI rakyat Malaysia tidak percaya SPR menjalankan kerja dengan bersih dan benar. Yang lebih malang adalah Timbalan Pengerusi SPR, seorang ahli UMNO, menyatakan rakyat Malaysia rata-ratanya bodoh. 

Atas sebab itulah mereka tidak mempercayai SPR. kajian MERDEKA CENTER ini membuktikan bahawa Ambiga berada di pihak yang benar manakala UMNO serta juak2 mereka berada di pihak yang salah. 

Tak kesah berapa banyak gerai mereka nak buka di hadapan rumah Ambiga, hakikatnya rakyat Malaysia bersama dengan Ambiga dan bukannya UMNO. 

Tulang Besi

Published on Malaysia Waves

BENARLAH KATA TUN M ORANG PANDAI SAHAJA MASUK PAS, INI BUKTINYA ( GAMBAR )



Berbahagialah buat orang yang pandai seperti kata Tun M.......


Published on Na'im Nikmat @blog

Gambar Cara Pemimpin Umno Berjihad.. Syok Beb!!


Inilah cara United Malays National Organisation (Umno) berjihad.. buat konsert.. buat tari menari sambil bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Inilah bila hidup tiada pedoman, tau nak berseronok je.

Jikalau hidup macam nih takde beza macam binatang yang meragut di tengah padang. Sudah puas meragut, duduk di bawah pokok sambil menghadam makanan. 

Budaya hedonisme menjadi barah dalam masyarakat, puncanya apabila pemimpin yang di angkat adalah pemimpin yang mengamalkan hedonisme, macam dalam gambar nih..

Published on Addin

Monday, May 28, 2012

Memang menyampah kalau berada situasi macam ni..

Sumber dari internet

London 1935 dan sekarang dalam 1 gambar

Reddit

DIALOG yang Asyik di Baca

A: "Maulid dan tahlilan itu haram, dilarang di dalam agama."
B : "Yang dilarang itu bid'ah, bukan Maulid atau tahlilan, Bung!"

A : "Maulid dan tahlilan tidak ada dalilnya."
B : "Makanya jangan cari dalil sendiri, nggak bakal ketemu. Tanya dong sama guru, dan baca kitab ulama, pasti ketemu dalilnya."

A : "Maulid dan tahlilan tidak diperintah di dalam agama."
B : "Maulid dan tahlilan tidak dilarang di dalam agama."

A : "Tidak boleh memuji Nabi saw. secara berlebihan."
B : "Hebat betul Anda, sebab Anda tahu batasnya dan tahu letak berlebihannya. Padahal, ALLOH saja tidak pernah membatasi pujian-Nya kepada Nabi saw. dan tidak pernah melarang pujian yang berlebihan kepada Beliau saw."

A : "Maulid dan tahlilan adalah sia-sia, tidak ada pahalanya."
B : "Sejak kapan Anda berubah sikap seperti Tuhan, menentukan suatu amalan berpahala atau tidak, ALLOH saja tidak pernah bilang bahwa Maulid dan tahlilan itu sia-sia."

A : "Kita dilarang mengkultuskan Nabi saw. sampai-sampai menganggapnya seperti Tuhan."
B : "Orang Islam paling bodoh pun tahu, bahwa Nabi Muhammad saw. itu Nabi dan Rasul, bukan Tuhan."

A : "Ziarah ke makam wali itu haram, khawatir bisa membuat orang jadi musyrik."
B : "Makanya, jadi orang jangan khawatiran, hidup jadi susah, tahu."

A : "Mengirim hadiah pahala kepada orang meninggal itu percuma, tidak akan sampai."
B : "Kenapa tidak! Kalau Anda tidak percaya, silakan Anda mati duluan, nanti saya kirimkan pahala Al-Fatihah kepada Anda."

A : "Maulid itu amalan mubazir. Daripada buat Maulid, lebih baik biayanya buat menyantuni anak yatim."
B : "Cuma orang pelit yang bilang bahwa memberi makan atau berinfak untuk pengajian itu mubazir. Sudah tidak menyumbang, mencela pula."

A : "Maulid dan tahlilan itu bid'ah, tidak ada di zaman Nabi saw."
B : "Terus terang, Muka Anda juga bid'ah, karena tidak ada di zaman Nabi saw."

A : "Semua bid'ah (hal baru yang diada-adakan) itu sesat, tidak ada bid'ah yang baik/hasanah."
B : "Saya ucapkan selamat menjadi orang sesat. Sebab Nabi saw. tidak pernah memakai resleting, kemeja, motor, atau mobil seperti Anda. Semua itu bid'ah, dan semua bid'ah itu sesat."

A : "Kasihan, masyarakat banyak yang tersesat. Mereka melakukan amalan bid'ah yang berbau syirik."
B : "Sudah lah, kalau Anda masih bodoh, belajarlah dulu, sampai anda bisa melihat jelas kebaikan di dalam amalan mereka."

A : "Saya menyesal dilahirkan oleh orang tua yang banyak melakukan bid'ah."
B : "Orang tua Anda juga pasti sangat menyesal karena telah melahirkan anak durhaka yang sok pintar seperti Anda."

A : "Para penceramah di acara Maulid, bisanya hanya mencaci maki dan memecah belah umat."
B : "Sebetulnya, para penceramah itu hanya mencaci maki orang seperti Anda yang kerjanya menebar keresahan dan benih perpecahan di kalangan umat."

A : "Qunut Shubuh itu bid'ah, tidak ada dalilnya, haram hukumnya."
B : "Kasihan, rokok apa yang Anda hisap? Setahu saya, di dalam iklan, merokok Star Mild hanya membuat orang terobsesi menjadi sutradara atau orator. Sedangkan Anda sudah terobsesi menjadi ulama besar yang mengalahkan Imam Syafi'i yang mengamalkan qunut shubuh. Lebih Berasa, Berasa Lebih pinter gitu loh!"

--------

Published on BRIGED MP SEGAMBUT

Mahathir sedang mengumumkan Marina diperguna untuk gulingkan kerajaan Najib?

Rakyat Malaysia patut berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Mahathir kerana telah menyediakan bukti kelima mengenai kempen fitnah untuk memburuk-burukkan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat dan mengapa "panel penyiasatan bebas" yang diketuai oleh Haniff Omar tidak boleh diterima sama sekali dan mesti ditolak dengan sekeras-kerasnya.

Empat bukti yang lain yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan dua bekas Ketua Polis Negara, yakni:

1. Dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu "kudeta" atau percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;

2. Sokongan padu yang diberikan dengan serta-merta oleh bekas Ketua Polis Negara Haniff Omar bagi dakwaan Najib mengenai cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang juga menyatakan bahawa beliau telah mengenalpasti individu-individu pesimpati komunis di BERSIH 3.0 yang dilihat dalam peristiwa demonstrasi tahun 1970-an dengan lebih dakwaan bahawa kanak-kanak dan ejen-ejen provokasi digunakan sebagai taktik komunis.

3. Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara yang telah memberikan sokongan padu dengan serta-merta kepada teori menggulingkan kerajaan juga telah melemparkan tuduhan bahawa BERSIH 3.0 telah menggunakan taktik "Marxist" serta menuduh pihak pembangkang mahu melihat tumpahnya darah kerana tidak yakin akan dapat menakluk Putrajaya.

4. Dakwaan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star pada 20 Mei bahawa "demokrasi telah dirampas" (hijacked) pada 28 April.

Tulisan blog Mahathir dua hari yang lepas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu "penyediaan" oleh Pakatan Rakyat untuk mencetuskan kekecohan dan rusuhan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang kalah adalah bukti yang kelima dalam kempen fitnah dan tohmahan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat yang melibatkan bekas Perdana Menteri, dua Ketua Polis Negara, walaupun mereka semua ini, sampai sekarang belum lagi membekalkan sekelumit pun bukti untuk menyokong pendirian dan pendapat mereka, yang telah dinyatakan pada bulan yang lepas.

Apa yang telah mereka lakukan dengan "melonggokkan" semua pendapat mereka itu adalah supaya "panel penyiasatan bebas" Haniff ditolak sama sekali kerana tiada sesiapapun yang akan percaya bahawa panel tersebut benar-benar bebas, adil dan objektif apabila wujudnya kempen fitnah yang dilancarkan terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.

Malah, Haniff (gambar kiri), bersama-sama dengan Mahathir, Hishammuddin dan Rahim Noor haruslah tampil kehadapan sebagai saksi utama untuk memberi justifikasi dakwaan mereka di hadapan panel penyiasatan yang benar-benar bebas, adil dan kredibel berhubung apa yang benar-benar telah berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dimana keganasan telah dicetuskan, tidak kira kakitangan polis, wakil-wakil media atau peserta-peserta yang telah berhimpun di sana.

Jika kelima-lima daripada mereka, Najib, Mahathir, Hishammuddin, Haniff and Rahim Noor - tidak mampu untuk menyediakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat, kesemua VVIP ini harus menarik balik dakwaan tidak berasas ini dan memohon maaf dengan mulia dan tertib kepada semua rakyat Malaysia.

Adakah gambaran ini memberikan idea bahawa Marina Mahathir telah dipergunakan oleh BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Najib dengan menggunakan keganasan, seperi yang dinyatakan oleh Mahathir?

Adakah Mahathir sedang menggunakan alat yang sama untuk memburuk-burukkan imej 200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur yang telah turun padang pada 28 April untuk menyahut seruan untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih di Malaysia?

Mahathir patut memuji anaknya Marina di atas semangat kerakyatan dan patriotisme dalam penyertaannya dalam BERSIH 3.0 pada 28 April dan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, daripada mengutuk dan mencemuhnya dan peserta-peserta yang lain dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Baca: Mahathir ramal demo ganas untuk gulingkan kerajaan pilihan rakyat

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Published on WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Gambar kemanusiaan untuk kita nilai..

1000 perasaan

Sunday, May 27, 2012

Panas!! Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di 'Lelong'


Panas!! Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Kota Damansara telah di tutup dan cawangan di Bukit Tinggi, Kelang juga sudah 2 bulan di tutup.Manakala cawangan di Segambut pula akan di lelong pada 30hb Mei, 2012.

 Sebenarnya, sebelum ni bukan nak peduli pun pasal citer restoran kena lelong, bankrap ataupun di tutup. Tetepi memandangkan pemilik restoran nih bikin isu panas, sebab tu ramai yang ambil port pasal citer nih.

Anyway kau orang nilailah usahawan pencacai United Malays National Organisation (Umno) nih. Berniaga lingkup tetapi hidup boleh bermewah-mewah lagi..


Published on Addin

TERHOT: Wassatiyahnya AMNOOoooooo....

Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik".

Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti. Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya. Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk berniaga dan mempromosikan barangan depa.

Kita lupakan sejenak yang Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan belia. Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini. Lupakan, jika boleh, bahawa ini merupakan satu cara Najib untuk melawan pengaruh PR dalam menganjurkan perhimpunan terutamanya selepas himpunan UMNO di Bukit Jalil tak "menjadi". Lupakan juga betapa pelajar2 sekolah diarahkan oleh kementerian pelajaran menerusi sekolah masing2 untuk hadir memeriahkan suasana agar tercapai target "jutaan belia" hadir.

Cuma, yang aku kesalkan MENGAPAKAH PERLU DISELITKAN perkara2 yang HARAM seperti konsert K Pop untuk menarik minat belia menghadiri himpunan ini? Mengapa mesti disajikan persembahan yang langsung tak membawa apa2 pengisian baik dari segi jasmani mahupun rohani ini? Malah, yang dibawa bukanlah artis tempatan pun tetapi disumbatnya artis2 Korea dan Jepun! Patriotik apa namanya ni kalau bab menyanyi pun kena import? Artis2 kita ni layak buat opening act je ke? Menyentil populariti orang lain? Inilah yang benar2 buat aku pelik. Apa kaitannya konsert K Pop untuk melahirkan generasi yang cakna dan berwawasan? Adakah ada pengisian dari segi memantapkan akidah? Ada ke modul untuk mencambahkan rasa cinta terhadap Jalur Gemilang? Ada?

Yang ada hanyalah anak2 muda yang majoritinya melayu (tak perlu ambil kira org2 luar negara) terkinja2 menjerit2 memuji muja penyanyi2 K Pop kesayangan depa, sampai ada yang sanggup menconteng muka dan tangan dengan pewarna untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang depa terhadap artis2 kafir itu. Malah kalaulah berpeluang, remaja2 ini - perempuan majoritinya dan ada yang bertudung pun - pastinya akan memeluk cium artis2 pujaan depa ni tak nak lepas2! Inikah pengisian yang ingin dibawa oleh UMNO BN?

Pada tahun lepas, ketika himpunan yang sama berjalan (dan sekali lagi artis K Pop dijemput menyanyi), ada puak2 yang menembak aku dengan menyatakan "kenapa tak kutuk konsert di I City" dan seumpamanya. Kali ini, depa nak jawab apa lagi - 2 tahun berturut2 hiburan maksiat serba lagha ini dianjurkan sedangkan kerajaan negeri Selangor TIDAK LAGI MENGADAKAN KONSERT LAGHA SECARA BESAR2AN, dan pada kali ini situasinya jauh lebih biadab - sanggup membatalkan tauliah mengajar kepada seorang Ustaz supaya kuliahnya di Putrajaya dibatalkan kerana bertembung dengan aturcara program Himpunan Belia ini, yakni konsert K Pop tersebut. Inilah hakikatnya - konsert K Pop diutamakan berbanding Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus. Konsert maksiat serba lagha didahulukan, pengajian ilmu akhirat diketepikan. Inikah transformasi yang dicanangkan oleh pentadbiran Najib? Men"transform"kan belia negara daripada hanyut kepada SESAT LARAT?

Apakah satu dosa kiranya penganjur menyelitkan kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus ini sebagai salah satu agenda program utama? Alang2 dia dah ada kat Putrajaya kan? Aku yakin, jika penganjur buat mcm ni sudah pastilah depa akan mendapat segenap pujian dari semua pihak dan dari segi political mileage, ini adalah satu benda yang amat hebat untuk populariti depa. Even kalau tak jemput Ustaz Azhar Idrus pun atas alasan beliau ini agak cenderung ke PAS, buatlah program2 seperti diskusi agama bersama ulama muda UMNO. Payah sangat ke?

Tetapi depa memilih untuk terus melaghakan belia negara. Depa memilih untuk terus menjahilkan belia2 masa depan negara ini. Depa mahu menarik minat belia, tetapi depa memilih cara yang haram. So yang datang pun semuanya yang mcm haram la.

Aku menaip bukanlah marahkan depa yang datang. Budak2 ni jahil. Hijab minda tak terbukak lagi jadi golongan sebegini perlu kita didik dan tuntun dengan baik serta mengikut landasan agama agar depa tidak terpesong. Ustaz Azhar Idrus - yang amat mengagumi Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyid al Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz - telah melakukan tugas yang amat menakjubkan apabila berjaya menarik minat pelbagai golongan termasuklah golongan muda, kaki lepak, kutu rayau, mat rempit, artis malah golongan mat pit untuk menggali isi kuliahnya.

Berapa ramai budak2 remaja yang mengikuti dengan tekun kuliah2 Ustaz Azhar - dan aku temui - mula berubah fikrah depa iaitu lebih ke arah keIslaman? Depa tetap remaja - lepak, main bola, main gitar tepi tembok, merempit tetapi depan mata aku sendiri, lagi 10 minit nak maghrib depa pun brsurai dari melepak - "weh, nak maghrib ni. blah blah blah. lambat lak nak pi surau sat gi".

Inilah impak yang amat positif! Alangkah indahnya kalau SEMUA belia kat negara ni berjaya dituntun ke arah ini! Malah, jika depa benar2 didedahkan dengan Islam dan Iman, depa akan jadi lebih kuat dan kukuh kesetiaan dalam hati dan ini termasuklah kecintaan dan kesetiaan kepada negara sebab Islam sememangnya mengajar kita agar setia dan berkorban untuk negara dengan ditunjangi ruh Islami. Inilah asas utama melahirkan belia patriotik. Yang menjadi sasaran kemarahan aku adalah penganjur. Penganjur yang berterusan mencambahkan bibit2 lalai dan maksiat dalam diri anak2 muda kita. Meminjam kata2 Najib, inilah "HARAM JADAH"!

Alhamdulillah, walaupun tempat kuliah terpaksa diubah demi memberi laluan kepada "pengisian ala-UMNO", Masjid As-Salam di Puchong Perdana tadi tetap penuh sesak menerima kehadiran belasan ribu umat manusia - 60% daripadanya belia - yang dahagakan curahan ilmu dan tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Gambar2 yang dikongsi di laman Facebook rasmi UAI membuatkan aku terfikir, "alangkah bodohnya UMNO BN!" Nak buat mcm mana, depa mmg bodoh. Mendahulukan maksiat banding rahmat. Dan ini kot "Islam Wasatiyyah" ala UMNO.

FB

Published on shalehudin

Friday, May 25, 2012

Hasil seni dari buku-buku lama

Dari tak guna dan diserang anai-anai, lebih baiklah dijadikan hasil seni..









Hasil seni dari permainan rubik





Sumber

Bagaimana Tasawuf Mampu Menjana Kemajuan Negara - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Pelbagai konsep diperkenalkan oleh pelbagai lapisan manusia dalam cara untuk menjana kemajuan negara. Dan dalam video ini saya memetik pandangan yang diutarakan oleh al-Fadhil Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengenengahkan jalan tasawuf diantaranya. Penuh dengan pandangan ulama yang menyokong perbahasan ini beserta misalan-misalan yang mudah untuk kita faham akan konsep yang unik ini.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Thursday, May 24, 2012

BAGAIMANA TUN M BOLEH JADI PM KE-2 PALING KORUP DIDUNIA, SILA BACA




Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar 'visi' Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkayakan vendor yang dipilih di sepanjang pemerintahannya, semua dibayar oleh wang pembayar cukai atau rakyat.

Korupsi Mahathir berdasarkan MAKLUMBALAS SOROS KEPADA MAHATHIR '- Diadaptasi dari Bangkok Post (Tidak diterbitkan di Malaysia)

Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri. Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.

Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.

Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.

Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter. Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.

Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD. Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.

Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling korup dianatra semua perdana menteri sebelumnya.

Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?

Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja. Begitu juga kebodohan. Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.

Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.

Dan jambatan di seberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda. Anda memanggil saya moron. Bagaimana moron boleh medapatkan begitu banyak wang.

Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.

Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu andalah sebenarnya Moron.

Sekarang anda tahu sudah telambat untuk menyesal.
Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat; di UK sebagai the perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.

Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripadakerajaan Malaysia.

Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang
telah usang.

Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.

Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang korup. Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM (Mulut Tempayan antarabangsa ).
Di Jepun mereka memanggil anda 'otak kecil'.

Di pulau-pulau Pasifik, 'Santa Claus' (memberi nasihat kiri dan kanan). Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda 'burung nuri' (seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya). Di Manila 'Marcos yang masih hidup'.

Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.

Begitu hebat senarai salah laku anda
Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak dimonopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.

EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa?

Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja- kamu.

Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan?

Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih.

Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta.

Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang?

Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka. Lihatlah Selangor (bekas) Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan.

Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.

Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan.

Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuahdibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja?

Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setia pengusaha tanpa tender; menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan; menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '.

Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai .

Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku.

Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun.

Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.

Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda.

Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat (adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?) 3 bilion hilang dari skandal timah London (anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak!

Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang.

Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara (si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya) dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia (yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis - bukan Malaysia) dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.

PM kedua yang paling korup di dunia?

Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir Perdana sebagai Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.
Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Tun Dr Mahathir (Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini).

Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh.

Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia.

Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan.

Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.

Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah.

Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar. Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk 'tanah kroni-kroni mereka.
Moronic?

Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Allah, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi. Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman.

"Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion anda telah dicuri, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan.

Lihatlah diri anda di cermin. Anda melihat betapa teruknya kamu. Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri. Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia.

Dan rakan sekerjanya Encik Karpal Singh selama 2 tahun. Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini? 3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat.

Adakah mereka dididik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes "anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia ".

Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang.

Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran.

Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar. Sekarang
anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki?

Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Malaysia Chronicle menerima ini dalam email dan menerbitkannya dengan niat baik agar para pembaca boleh mengadili untuk diri mereka sendiri ketepatan dan keadilan artikel.

SUMBER

Apakah Sifat-Sifat Sufi?

Sekadar berkongsi bahan ilmiah dengan kalian untuk santapan rohani. Semoga kuliah pendek ini bermanfaat untuk semua. Ini adalah antara siri video oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berdasar kitab karangan beliau sendiri iaitu Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf.

Untuk video seterusnya boleh layari Pondok Rasah

Wednesday, May 23, 2012

Debat Segar PTPTN

by Mantot

 Siapa tengok debat Khairy - Rafizi semalam? Kalau ada sesiapa miss, boleh tengok dekat Youtube. Jangan tak tengok, rugi. Aku tak nak menulis panjang pasal ni sebab butir-butir mengenai apa benda yang diorang debatekan, baik kau tengok sendiri tapi aku lebih suka nak cerita pasal benda yang terjadi di belakang tabir debate tu. Agak susah kau nak jumpa perdebatan dua orang ahli politik yang lain ideologi tapi dilakukan secara civil dengan hujah berlandaskan fakta. Agak bosan jugak kadang2 kalau aku pegi ceramah Pakatan, asyik2 pusing isu sama, asyik2 salahkan orang lain.

Aku tak pernah pergi ceramah UMNO ni jadi aku tak tau apa diorang putar kat situ...lagipun....selalunya ceramah2 orang UMNO ni bangang topik dia...macam satu ceramah yang akan datang ni dekat rumah aku...Ezam Mohd Noor nak cerita pasal BONGKAR dan TIBAI. Dah boleh agak apa dia nak cakap. Takde faedah sangat layan benda camtu. Bodoh.

 Tapi semalam, debate politik yang disertai KJ dan Rafizi ni adalah sesuatu yang segar dalam dunia politik Malaysia. Tak banyak personal attack (kecuali bab RM237 juta yang Rafizi tanya mana pegi bila bapak mertua Khairy bawak keluar duit Petronas) tapi semua lebih kepada idea macam mana nak improve system higher education kita.

 Kalau kau ikut politik, lama-kelamaan kau akan sedar...politician kita sebenarnya kurang idea. Selalunya tak ada langsung sebab tu politician kita hire consultant. Negara kita sangat2 kekurangan orang yang mampu mengeluarkan idea yang dapat improvekan some things.

 KJ...satu masa dulu aku agak anti dia ni sebab cara dia yang agak brash tapi lama kelamaan dia dah jadi seorang politician yang matang. Ignorekan sebentar perhimpunan Patriot yang dipenuhi bangladeshi....Khairy Jamaluddin adalah satu-satunya politician dalam UMNO yang paling menonjol imejnya sebagai modern politician. Even 2 pencabar terdekat dia, Mukhriz dan Khir Toyo lebih kepada old school politician yang lebih mementingkan hierarchy dan kasta.

 Berbaliklah kita kepada idea Rafizi Ramli...apa yang dia sebutkan tu aku tak tau betul ke tidak. Satu, sebab kita tak tau betul2 apa operating cost untuk semua IPTA dan yang kedua, tak mudah seseorang individu yang mendapat keuntungan atas angin untuk let go apa benefit yang dia dapat, semata2 untuk menguntungkan masyarakat. Apa saja idea yang Rafizi sebutkan semalam lebih kepada best case scenario, kontrak2 konsesi dapat di null dan voidkan, hanya akan dapat berjalan jika orang-orang tertentu lebih gemar memikirkan mengenai kepentingan masyarakat. Tak semudah tu kan? Macam KJ ungkit pasal isu KUIS...orang ada perjanjian black and white 30 tahun ...macam mana nak batalkan? 

Bagaimanapun, kalau kau tengok dengan hati yang terbuka semalam, KJ seolah-olah admit...semua perjanjian konsesi adalah unfair kepada rakyat, kan? Kenapa nak pangkah BN lagi selepas debate semalam? Aku tak nampak reasonnya kenapa perlu pangkah BN. Even KJ takde point yang dia keluarkan untuk improve higher education. Dia cuma keluarkan fakta kenapa pendidikan percuma tak sesuai di jalankan dan PTPTN tak sesuai diabolish. Aku berharap KJ keluarkan fakta dari side dia pulak macam mana kalau dia nak implement free education....aku nak tengok idea dia, tapi tak ada.

 Takde pulak organizer tetapkan Rafizi pihak pencadang dan KJ pihak pembangkang, ke aku terlepas pandang? Rasa aku open debate semalam. Nak agree satu sama lain pun takde masalah apa? Jika aku seorang Melayu yang kurang berpendidikan...mana satu pilihan aku? Kerajaan yang kata takleh bagi free education atau alternatif yang kata it's possible untuk provide free education kat Malaysia? Kenapa aku perlu fikir pasal ekonomi negara dan pelbagai masalah lain kalau aku hanyalah seorang rakyat biasa yang wish aku dapat masuk universiti tapi aku tak mampu masuk sebab takde duit? Apa-apa pun...it's good to see ada pihak cuba mewujudkan politik sihat di Malaysia.

Kalau kau perasan dah banyak kali si Rafizi ajak KJ masuk Pakatan...aku tak berapa setuju dengan benda tu. KJ perlu stay dalam UMNO untuk jadi kontra kepada cabaran Pakatan Rakyat, sebab dia adalah satu2 nya orang dalam UMNO yang perjuangan politiknya lain dari pemimpin tertinggi UMNO yang lain. Politik kita perlu check and balance. Selagi KJ dalam UMNO, sekurang-kurangnya there is still hope for UMNO to change. Aku dah mual dengan politik2 kotor ni jadi agak refreshing untuk tengok debate malam semalam jadi kalau KJ join Pakatan...gerakan menyihatkan politik negara kita ni akan slow sebab it will always be modern politician against old school politician. Sama jugak macam kerajaan. Rakyat takkan untung kalau kerajaan yang ada terlalu kuat sehingga opposition tak mampu nak bersuara langsung. Kita akan lebih untung kalau wujud pro and contra, check and balance dalam sistem demokrasi kita.

 Kalau kau dah start terbuka sket minda tu, bolehlah start2 dengar radio BFM (89.9) dan Bernama 24 (93.9). Tapi aku suggest dengar BFM sebab dia tak bias langsung mana2 side...Bernama still banyak propaganda dia tapi still tolerable. Kalau kau rasa perdebatan semalam best dan sesuatu yang ganjil sebab takde unsur2 seks, sila layan BFM tiap2 hari sebab benda macam debate tu tiap2 hari terjadi dalam BFM ni. Kau nak dengar menteri cakap english berterabur? Berlambak2 dalam BFM ni.

 ps - Najib vs Anwar? Kah kah kah. Jangan harap. Set la tarikh dan masa nak debate...zoooomm....Najib tiba-tiba setuju pegi Perancis sebab memenuhi permintaan mahkamah Perancis.

Cursingmalay

Tuesday, May 22, 2012

Didik anak cara Adam Sandler

Monday, May 21, 2012

Pic menarik hari ni.

Sunday, May 20, 2012

Ni yang buat Najib dan puak2 Umporno kecut teloq ni ....

(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. 

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.


(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus. 

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda. 

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.Kedah La

Published on MIMPI SENJA

Dah tua pun tak reti jugak nak mengeja?

Ini mesti kes terlalu semangat ni sampai jadi gopoh. Lalu jadi bodoh