Video: Zul Noordin dakwa kerja orang dalam PKR
KUALA TERENGGANU - Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.
Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.
"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.
Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.
"Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam...buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam)," katanya.
Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Zulkifli berkata penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. - Bernama
Ulasan GB
Memang bangkai.
Sepatutnya Zulkifli Noordin inilah orang yang ditangkap. Kerana beliau sendiri mengakui:
Saya tahu siapa yang rakamkan video ini,
Malah beliau sendiri mendakwa kononya:
"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka,"
Dan anehnya beliau membuat tuduhan fitnah ke atas orang lain:
dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.
Jika ia dilakukan oleh orang PKR sendiri macammana beliau boleh tahu dan boleh lihat rakaman video tersebut terlebih awal jika bukan beliau sendiri yang turut sama bersubahat? Atau orang-orang ex-PKR iaitu katak-katak yang telah kenyang itu?
Samada video Anwar, Azmin atau sesiapa, yang jelas, setakat ini, takda satu pun yang benar-benar dapat mensahihkan pelakon-pelakon itu mereka.
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
Published on Kelab Greenboc
1 comment:
katak ni pun dah nak pupus dah,kalau xberbunyi orang ingat dah mampus.biaqla bagi dia bunyi sekali sekala kut najib sedekah 1 kerusi kat parlimen pekan ka.
Post a Comment