Seperti yang kita semua maklum, pagi tadi Samsung telah pun melancarkan telefon pintarnya yang terbaru iaitu Galaxy S 3. Selaku pengguna Android tegar, sedikit kekecewaan timbul bila menyaksikan pelancarannya pagi tadi.
Aku mengharapkan bezel/rangka yang lebih nipis, kualiti skrin yang lebih baik berbanding Galaxy Note atau HTC One X namun ia agak mengecewakan kerana ia hanya setanding dengan Galaxy Nexus yang setengah tahun dahulu telah dilancarkan. Hanya Amoled biasa dan ppi yang sedikit rendah berbanding HTC One X dan bukan ada plus dihadapannya. Kalau di buat perbandingan umum dengan HTC One X yang sedang aku gunakan sekarang, SGS3 ini menang dari beberapa aspek manakala HTC One X menang bagi yang selebihnya.
Ada beberapa kelebihan yang aku nampak jelas dari flagship baru dari Samsung ini, iaitu software yang cukup maju berbanding saingan yang ada dipasaran sekarang. S-Voice serta beberapa gesture baru yang diperkenalkan bagi memenuhi slogan mereka iaitu teknologi insan. S-Voice seakan SIRI untuk iPhone yang telah dipertingkatkan kualitinya serta lebih cekap dalam menerima arahan berasaskan suara (Hanya bahasa Inggeris buat setakat ini) juga beberapa gerakan unik yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi mengaktifkan sesuatu aplikasi seperti Kamera dan membuat panggilan.
Kamera pada aku hanya biasa-biasa sahaja dan aku merasakan kamera pada HTC One X lebih berkuasa kerana ia dilengkapkan dengan teknologi ImageSense yang mampu menangkap gambar selaju 99 keping seminit dan Video mode yang mana membenarkan kita menangkap kepingan gambar. Sesuatu yang baru pada aku dari Samsung ialah ketika kita sedang menonton video dan kita masih lagi boleh melakukan task lain dengan mengecilkan video tersebut sambil membalas sms misalnya. Namun untuk kehidupan seharian aku, aku tidaklah memerlukan sangat fungsi sebegini. Dengan S-Voice yang belum menyokong sepenuhnya bahasa Melayu, aku kira fungsi ini pasti jarang-jarang aku gunakan untuk kerja seharian malahan mungkin lebih melambatkan kerja pulak.
Lagi yang uniknya Samsung Galaxy S 3 ini ialah penggunaan proximity sensor serta kamera hadapan yang mampu menjadikan skrin peranti anda sentiasa menyala sewaktu membaca teks yang panjang, eBook atau sebagainya. Dan hanya akan gelap atau pergi ke standby mode jika anda mengalihkan pandangan mata anda dari skrin atau pun terlelap. Menarik bukan?
Skrin sebesar 4.8 inci dengan 305ppi resolusi 720HD adalah biasa aku rasakan. Sepatutnya Samsung mengambil langkah berani dengan memperkenalkan resolusi 1080 fullHD bagi menjadikan teknologi super retina pada peranti mereka agar iFags semua menjadi seperti cacing kepanasan. Pentile Amoled yang menjadi isu pada Galaxy Nexus juga masih dikekalkan dan ini sedikit sebanyak memberi kelebihan pada HTC One X dengan skrin S-LCD with IPS yang sangat memukau mata dan kualiti gambar yang tidak over saturated seperti yang ada pada skrin Amoled.
Processor 4 teras dari Exynoss dan gpu Mali-400 ini bukanlah kejutan lagipun aku sebenarnya mengharapkan Samsung menggunakan Processor yang baru dari mereka yang khabarnya lebih berkuasa iaitu Exynoss 5250 walaupun 2 teras sahaja namun mampu mencapai kelajuan sehingga 2.0GHz.
Dari segi binaan pula secara peribadi aku memilih body polycorbonate yang kini disarungkan di badan HTC One X namun yang lebih utama pastinya kapasiti storan. Galaxy S3 ini khabarnya di datangkan dalam 3 jenis kapasiti iaitu 16GB, 32GB serta 64GB bersama sokongan untuk SDcard yang boleh mencecah sehingga 64GB . Dan bateri yang jauh lebih berkuasa dari HTC One X iaitu 2100mha.
Apapun dari segi kepantasan, sudah pasti Samsung Galaxy S3 lebih berkuasa dari telefon pintar yang lain yang berada di pasaran seperti Galaxy Note, Galaxy Nexus dan Xperia S. Dan terpulang pada anda untuk membuat pilihan.
Pada aku yang gemar menggodek hp ini sudah pastinya software yang dibekalkan itu tidak relevan andainya aku tetap memilih rom custom yang mana frameworknya tidak berasaskan samsung seperti MIUI, Cyanogen atau AOKP/AOSP. Kerana bagi aku, rom yang ringan dan tidak penuh dengan bloatware yang entah hapa-hapa dari Samsung inilah yang memuaskan citarasa aku.
Kredit: Androidcentral, Soyacincau
No comments:
Post a Comment