Bising bila orang keluar BERSIH. Ada yang kata haramlah.
Dr Yusuf al-Qardhawi pernah cerita dalam buku beliau Risalah al-Azhar Baina al-Ams Wa al-Yaym Wa al-Ghad bagaimana para ulamak al-Azhar buat demonstrasi yang turut disertai oleh rakyat dalam proses pemecatan gabenor Mesir lantikan KHILAFAH Turki Uthmaniah. Kesnya apabila rakyat mengadu kepada para ulama al-Azhar tentang kezaliman Khursyid Basya, akhirnya para ulama al-Azhar bersidang di Dar al-mahkamah al-Syar`iyyah dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk PECAT Khursyid Basya. Mereka bersetuju untuk melantik Muhammad Ali al-Albani sebagai gabenor Mesir yang baru.
Selepas itu para ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar sendiri ketika itu Syeikh al-Syarqawi dan ketua Niqabat al-Asyraf (badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan keturunan Rasulullah di Mesir) iaitu al-Sayyid Umar Makram telah berarak ke kediaman Muhammad Ali. Perarakan seumpama demonstrasi ini turut disertai oleh rakyat Mesir dengan jumlah hampir 40 RIBU orang.
Lepas Khursyid Basya kena pecat, dia hantar wakil untuk bertemu dengan para ulamak al-Azhar. Wakil Khursyid sebut: "Bagaimana kamu berani memecat Khursyid Basya sedangkan Allah berfirman: Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri daripada kalangan kamu"? Dengan sempoinya wakil Niqabat al-Asyraf iaitu al-Sayyid Umar Makram jawab balik: Ulul Amri adalah para ulamak, pendokong syariat dan pemimpin yang adil. Adapun sahabat kamu itu (Khursyid Basya) dia adalah seorang yang zalim. Sudah menjadi tradisi semenjak zaman berzaman bahawa penduduk sesuatu negeri akan memecat para gabenor bahkan Khalifah dan sultan sekalipun sekiranya mereka zalim".
Rujuk Risalah al-Azhar m/s 38 - 40.
Kalau Syeikh al-Azhar ketika itu pun join sama BERSIH untuk pecat Khursyid Basya dalam keadaan Khilafah Islamiah masih ada, rasa-rasanya nak buat BERSIH untuk bersihkan pilihanraya lagi-lagilah patut kena buat.. Apalah ulamak UMNO.. kesian.
Published on SiasahKini
No comments:
Post a Comment