Ini adalah sifat pemerintahan UMNO semenjak 1990. Rakyat Malaysia dan orang Melayu terutamanya terus menerus dihimpit tekanan ekonomi.
Gaji dan pendapatan orang Melayu sentiasa rendah dan tidak berkembang. Syarikat2 di Malaysia mengeksploitasi pekerja2 Melayu dan Malaysia. Kalau tak suka, boleh sahaja digantikan pekerja2 Melayu dan Malaysia dgn pekerja2 Bangladesh dan Myanmmar.
Kalau masih nak komplen, beri sahaja hak mengundi pada Bangla dan Myanmmar. Beri IC "instant" kepada pendatang2 asing.
Kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kena hidup dengan gai yang kecil, harga rumah tinggi melangit dan harga kerta yang mahal.
Itu tak masuk lagi dgn harga minyak yang mahal serta kos tol yang tinggi.
Harga barang jangan cerita la. Tak pernah turun sentiasa naik.
UMNO pula tak kesah. Asalkan ada pilihanraya, cuma perlu bagitau pada orang Melayu, Cina nak perintah MAlaysia.
Hidup terhimpit takpa. Anak tak makan takpa. Anak2 terbiar sampai jadi bohsia takpa.
Asalkan Cina tak memerintah.
Tulang Besi baru periksa. Rumah 20x70 di kawasan berhampiran Teluk Panglima Garang pun harganya hampir RM450k. Agaknya kalau ambil pinjaman, kena bayar RM3500 sebulan. Tak makan la anak bini.
Padahal UMNO kononnya tubuhkan Syarikat Perumahan Negara (SPN) untuk bina rumah untuk rakyat.
Tapi pada waktu yang sama serah tugas buat rumah pada syarikat2 kroni/swasta.
Di Singapura, 85% rumah dibina oleh kerajaan. Jadi, setiap rakyat ada rumah tak kira dia kerja kuli kontrak, penjaja ataupun jurutera. Semua orang boleh ada rumah.
Takpa kroni jadi kaya. Rakyat Melayu akan terus undi UMNO sebab takut CIna memerintah.
Yang herannya apabila Cina mengundi Pakatan, yang tambah kerusi di Selangor adalah PAS bukan DAP.
Kebodohan orang Melayu adalah asset bagi UMNO.
Mudahnya orang Melayu ditipu propaganda2 bodoh UMNO membuktikan Melayu tak layak untuk mentadbir ekonomi Malaysia.
Kalau Melayu pandai, sudah tentu dah lama UMNO dicampak ke Laut Cina Selatan.
Tahniah orang2 Melayu sekelian.
Undi kamu orang Melayu telah menyebabkan kamu hidup merempat dan terhimpit ekonomi sekurang2nya lima tahun lagi.
Terimalah akibat dari kebodohan kamu
TULANG BESI
1 comment:
Kebetulan pulak, rumah-2 mahal tersebut adalah di P.Pinang dan Selangor... hidup umno!!!!!
Post a Comment