Bagi yang celik realiti politik cara Umno BN, kalau takat situasi 16-16 tu senang sangat depa nak pusing sekurang-kurangnya jadi 17-15 ataupun tak mustahil jugak akan jadi 17-16 dengan maksud Umno BN akan tetap memerintah Terengganu.
BuletinOnline melaporkan:
Tempoh kempen sedang berjalan sekarang untuk PRK Kuala Besut dimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi adalah pada 24 Julai 2013.
Menurut MAFREL, pemerhatian yang dibuat dari kempen hari pertama pada 12 Julai sehingga hari ini, 17 Julai, Barisan Nasional (BN) tanpa sedikit pun merasa malu menggunakan taktik lama 'menyogok' rakyat dengan rasuah pembangunan.
"nampaknya Barisan Nasional (BN) sudah kembali kepada taktik lama, tanpa rasa segan dan dengan alasan sama..."ini kebetulan",kata Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh Al Habshi. - BO.
Kalau ikut tajuk laporan Buletin Online tu setakat ni dah buat sogokan yang bernilai RM 288.847juta. Begitu murah 'rezeki' warga Kuala Besut selepas kematian Dr. Abdul Rahman, Adun yang menang dengan majoriti 2,434 undi masa PRU13 baru ni.
Tu belum masuk lagi bayaran tunai dan jugak dalam bentuk barangan yang depa dapat sepanjang tempoh kempen dan jugak pada hari mengundi yang aku yakin bernilai jutaan ringgit pulak.
Aku taktau la kalau majoriti pengundi bukan mata duitan tapi kalau ikut trend PRU13 lepas terutama sekali pengundi melayu sangat susah untuk tak terhutang budi, tambah-tambah lagi la untuk yang kena ugut sama.
Betul ka dak setakat ni sogokan dah bernilai RM 288.847juta, aku tak pasti pasai malas nak kira, hangpa boleh kira sendiri kalau rajin.
Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini) Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama) TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini) TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com) Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian) Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama) - Ibid.
Dan aku yakin nilai tu akan bertambah pasai hari mengundi lambat lagi mungkin berjumlah melebihi RM300juta kalau Umno BN tak berapa nak yakin depa boleh menang.
Tambah-tambah pulak PRK ni depa bukan takat menang nak mudah tapi depa kena menang selesa untuk jaga 'maruah' depa. Umno BN boleh dianggap gagal kalau calon PAS berjaya kurangkan majoriti walaupun sikit.
Di pihak PAS pulak, hampir takdak apa yang boleh dibuat melainkan terus berkempen dan berdoa moga-moga pengundi Kuala Besut tak terpengaruh dengan semua sogokan tu dan berharap pengundi Kuala Besut tertarik dengan idea 16-16 yang PAS bawa, yang pada aku tak menarik tara mana.
Pasainya bagi yang celik realiti politik cara Umno BN, kalau takat situasi 16-16 tu senang sangat depa nak pusing sekurang-kurangnya jadi 17-15 ataupun tak mustahil jugak akan jadi 17-16 dengan maksud Umno BN akan tetap memerintah Terengganu.
Kecuali la kalau Sultan Mizan sanggup 'buat gila' suruh buat 'kerajaan campuran' atau lebih popular dengan istilah UG.
Published on Cenangau Daun Kari
No comments:
Post a Comment