Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, July 13, 2015

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG PALSU

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmathttp://nazrulnasir.blogspot.com/2009/03/perbicaraan-berkenaan-hadis.html

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Baca lagi

No comments: